Pergi ke kandungan

Nowadays (album single)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
NOWADAYS
Album single oleh
Dilancarkan pada2 April 2024 (2024-04-02)
TempatKorea Selatan
Genre
Panjang8:24
BahasaKorea
SyarikatCube
PengedarKakao
Kronologi album NOWADAYS
NOWADAYS
(2024)
NOWHERE
(2024)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Nowadays (digayakan dengan semua huruf besar) ialah album single pertama dan album penampilan sulung bagi kumpulan muzik lelaki Korea Selatan, Nowadays. Album single ini dilancarkan pada 2 April 2024 oleh Cube Entertainment dan diedarkan oleh Kakao Entertainment. Terdiri daripada tiga buah runut, lagu "OoWee" dipilih sebagai runut utamanya.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Pada 30 Oktober 2023, syarikat Cube Entertainment (Cube) mengumumkan untuk menubuhkan kumpulan muzik lelaki baharu, lapan tahun selepas penubuhan Pentagon. Kumpulan baharu tersebut terdiri daripada lima orang anggota dan akan dikenali secara tentatifnya sebagai "Nowadays".[1] Pada 11 Mac 2024, Cube Entertainment memperkenalkan anggota kumpulan itu (Hyeonbin, Yoon, Yeonwoo, Jinhyuk dan Siyun), membuka laman-laman media sosial serta mendedahkan bahawa kumpulan tersebut akan membuat penampilan sulung mereka pada 2 April.[2][3]

Pada 15 Mac, syarikat Cube mengumumkan jadual promosi penampilan pertama kumpulan, di mana Nowadays dirancang untuk mendedahkan video runut, imej konsep, poster, iklan acah dan video muzik secara berturutan, bermula dengan senarai runut.[4] Senarai runut tersebut kemudiannya didedahkan di media-media sosial pada 18 Mac, yang menampilkan tiga buah lagu iaitu "NOW", "OoWee" dan "TICKET".[5][6] Beberapa siri imej konsep untuk album didedahkan dari 20 Mac hingga 23 Mac, manakala video persembahan lagu "NOW" dan video runut "TICKET" telah dilancarkan masing-masing pada 19 Mac dan 25 Mac.[7][8] Pada 28 Mac, poster lagu utama untuk album, "OoWee" didedahkan[9] dan ini diikuti dengan dua video acah untuk lagu tersebut masing-masing dilancarkan pada 29 Mac dan 1 April.[10][11] Pada 2 April, video muzik untuk lagu utama itu bersama-sama dengan album single Nowadays dilancarkan.[12]

Senarai runut

[sunting | sunting sumber]
Senarai runut Nowadays
No.TajukSeni kataGubahanSusunanMasa
1."NOW" (Sekarang)
  • Ellie Suh (153/Joombas)
  • CiELO
  • Moode
  • ONE.KI
  • CiELO
  • Moode
  • ONE.KI
  • chAN's
  • CiELO
  • chAN's
1:54
2."OoWee"
  • Jo Yoon-kyung
  • Jinhyuk
  • Siyun
  • KAIROS
  • CELOTRON (Decade+)
  • KEI-JIN (Decade+)
  • K.O (Decade+)
  • KAIROS
  • KEI-JIN (Decade+)
  • K.O (Decade+)
3:00
3."TICKET" (Tiket)
  • Hwang Yoo-bin (XYXX)
  • Jinhyuk
  • Siyun
  • samUIL (Decade+)
  • INFX
INFX3:30
Jumlah masa: 8:24

Sejarah pelancaran

[sunting | sunting sumber]
Sejarah pelancaran dan format untuk NOWADAYS
Kawasan Tarikh Format Syarikat
Pelbagai 2 April 2024
  • Cube
  • Kakao
  1. ^ Kim Jin-suk (30 Oktober 2023). "[단독]큐브, 8년만에 보이그룹 론칭… 나우어데이즈(가칭)" (dalam bahasa Korea). JTBC. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Februari 2024. Dicapai pada 29 September 2024 – melalui Daum.
  2. ^ Yoon Se-yeon (11 Mac 2024). "Cube Entertainment's new boy band Nowadays to debut in April" (dalam bahasa Inggeris). Korea JoongAng Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Mac 2024. Dicapai pada 29 September 2024.
  3. ^ Lee Sang-kyu (26 Mac 2024). "'큐브엔터 야심작' 완성형 신인 나우어데이즈, 4월 2일 데뷔" (dalam bahasa Korea). Maeil Business. Dicapai pada 5 Oktober 2024 – melalui Naver.
  4. ^ Choi Lee-jung (16 Mac 2024). "보이그룹 또 센 팀 하나 온다..'큐브 신예' 나우어데이즈, 데뷔 카운트다운" (dalam bahasa Korea). Osen. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Mac 2024. Dicapai pada 5 Oktober 2024.
  5. ^ Kim Saet-byul (18 Mac 2024). "'큐브 男신인' 나우어데이즈, 데뷔싱글 트랙리스트 공개" (dalam bahasa Korea). The Fact. Dicapai pada 5 Oktober 2024 – melalui Naver.
  6. ^ Ahn Yoon-ji (18 Mac 2024). "Nowadays, First Single Tracklist Revealed" (dalam bahasa Inggeris). StarNews. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Oktober 2024. Dicapai pada 5 Oktober 2024.
  7. ^ Maeng Seon-mi (19 Mac 2024). "나우어데이즈, 'NOW' 퍼포먼스 비디오 속 폭발적 에너지 '기대감 UP'" (dalam bahasa Korea). BizEnter. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Oktober 2024. Dicapai pada 5 Oktober 2024.
  8. ^ Hwang Hye-jin (25 Mac 2024). "'큐브 신인' 나우어데이즈, 트랙 비디오 공개…청량美 가득" (dalam bahasa Korea). Newsen. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mac 2024. Dicapai pada 5 Oktober 2024.
  9. ^ Yoon Jun-ho (28 Mac 2024). "'데뷔 D-5' NOWADAYS(나우어데이즈), 타이틀곡 'OoWee' 티저 포스터 공개" (dalam bahasa Korea). TenAsia. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mac 2024. Dicapai pada 5 Oktober 2024.
  10. ^ Ji Dong-hyun (29 Mac 2024). "'큐브 야심작' 나우어데이즈, 데뷔곡 MV 티저 공개…5세대 남돌 열풍 잇는다" (dalam bahasa Korea). Sports World. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Mac 2024. Dicapai pada 5 Oktober 2024.
  11. ^ Park Jae-hwan (1 April 2024). "큐브 신예 '나우어데이즈' 2 데뷔.. 싱글 1집 "NOWADAYS"" (dalam bahasa Korea). KBS. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 April 2024. Dicapai pada 5 Oktober 2024.
  12. ^ Jang Jin-ri (2 April 2024). "나우어데이즈, 큐브의 근거 있는 자신감 '우위'[신곡읽기]" (dalam bahasa Korea). SPOTV NEWS. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2024. Dicapai pada 5 Oktober 2024.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]