Nu'man ibn Muqarrin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Biografi[sunting | sunting sumber]

Nu'man ibn Muqarrin merupakan ketua suku bagi Bani Muzainah yang tinggal agak jauh dari Yathrib. Beliau masuk Islam berserta sepuluh orang saudara lelakinya bersama empat ratus orang penunggang kuda ketika Nabi Muhammad berada di Madinah.

Jasa dan Perjuangannya[sunting | sunting sumber]

Semasa kempen siri Peperangan Islam-Riddah, Khalifah Abu Bakar melancarkan serangan terhadap kaum yang murtad. Ketika ini, beliau dan kaumnya terlibat aktif dalam peperangan tersebut. Kemuncak perjuangannya apabila kerajaan Islam pimpinan Khalifah Umar Al-Khattab melancarkan pembukaan Islam di negara Parsi.

Nu'man pernah berjuang di bawah pimpinan dua orang panglima Islam yang terkenal iaitu Khalid bin al-Walid dan Sa'ad ibn Abi Waqqas. Berikutan pengalamannya yang berada di bawah pimpinan dua panglima tersebut, beliau dilantik sebagai panglima besar dalam Perang Nihawand.

Kejayaannya menewaskan tentera Parsi Sassanid merupakan kejayaan umat Islam secara keseluruhannya berikutan tumbangnya empayar Parsi. Namun beliau juga turut terkorban syahid dalam pertempuran tersebut.