Nur Amira Syahira

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Nur Amira Syahira
Nur Amira Syahira.jpg
KelahiranNur Amirah Syahira binti Azizul Abidin
(2003-04-25) 25 April 2003 (umur 15)
Pulau Pinang
KediamanPulau Pinang
WarganegaraMalaysia
Nama lainAmira
PekerjaanPemuzik, Pelakon, Pengacara, Penyanyi
Kampung asalPulau Pinang

Nur Amira Syahira atau nama panggilan Amira (lahir 25 April 2003 di Pulau Pinang) ialah seorang pemain dram, pengacara, penyanyi dan pelakon di Malaysia. Beliau juga sedang menempah nama di peringkat antarabangsa dengan pencapaiannya di pertandingan HitLikeAGirlContest[1][2] dan di laman YouTube. Beliau mula belajar bermain dram di Internet dan belajar dram dengan hanya melayari laman YouTube.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Penglibatan Awal[sunting | sunting sumber]

Beliau bermula bermain dram seawal usia 8 tahun[3] pada tahun 2011 dengan hanya belajar bermain dram atas talian dan melayari laman YouTube. Malah Nur Amira Syahira juga tiada guru dram dan tidak pernah ke kelas muzik. Sejak dari umur 8-Tahun Nur Amira Syahira telah kembangkan bakatnya dengan merekodkan dram cover ke laman YouTube dan dapat mempelajari skil dram dari jaguh-jaguh pemain dram di seluruh dunia.

Tahun 2012[sunting | sunting sumber]

Dari masa ke semasa, permainan serta skil Nur Amira Syahira semakin bertambah baik. Seusia 9-Tahun Nur Amira Syahira telah menyertai band pertamanya yang diberi nama DMP MUSICIAN. Persembahan pertama Nur Amira Syahira di khalayak ramai bersama DMP Musician di My Karnival NGO 1Malaysia yang bertempatkan di Politeknik Seberang Perai Pulau Pinang. Disusuli pula dengan persembahan di UITM Arau Perlis, Pertandingan Battle of the Band Gemilang Usahawan, Karnival Meriah Belia (dihadapan Menteri Pulau Pinang iaitu Lim Guan Eng), Francais Komuniti Pulau Pinang (dihadapan YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob), Bintang Kecil Akhir 2012 RTM Kedah dan Pesta Pulau Pinang 2012.

Kumpulan yang menjadi inspirasi kepada Nur Amira Syahira diantaranya ialah Metallica, Slipknot, Bullet For My Valentine, Wali Band, Wings, Search dan kumpulan yang paling diminatinya Black Veil Brides. Pemain dram yang diminatinya ialah Meytal Cohen, Joey Jordison, Christian Coma, S White, Lux dan ramai lagi. Pelbagai rentak muzik yang dimainkan oleh Nur Amira Syahira diantaranya Zapin, Pop, Rock, Metal, Joget, Dance dan sebagainya.

Tahun 2013[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2013, nama Kumpulan DMP Musician telah ditukar kepada Kumpulan Delova dan telah menyertai Program Realiti TV1 Sentuhan Ikon. Kumpulan Delova di bawah Ikon Kumpulan Lefthanded malah merupakan finalis Sentuhan Ikon TV1. Klip video pertama Kumpulan Delova ditaja sepenuhnya oleh Myracles Beauty yang berjudul "Sengketa Pardigma". Selepas kejayaan itu, pelbagai undangan yang diterima oleh Nur Amira Syahira seperti di Majlis Keramaian, Majlis Makan Malam, Majlis Koprat dan sebagainya.

Selain bermain dram, Nur Amira Syahira juga mempunyai bakat besar dalam bidang lakonan. Beliau juga pernah berlakon sebagai watak utama di dalam iklan komersil Doa Untuk Ayah, iklan masyarakat Seringgit Pun Takpe (Gabungan Penghibur Prihatin) di laman YouTube dan pelakon tambahan untuk short movie Hantu Tiang di laman YouTube.

Tahun 2014[sunting | sunting sumber]

Pada masa yang sama, Nur Amira Syahira juga telah mencipta sebuah lagu ciptaan pertamanya yang bertajuk Superstar Hatiku. Nur Amira Syahira turut menyanyikan lagu itu dan lagu tersebut telah dimuatnaik ke laman YouTube. Video tersebut telah mendapat sebanyak 28,905 tontonan umum di laman YouTube pada awal tahun 2014. Pada pertengahan tahun (2014), Nur Amira Syahira telah dinobatkan sebagai Bintang Harapan 2014 sempena Karnival Belia PSIM yang dianjurkan oleh Pakatan Setia Malaysia(PSIM). Sekali lagi Nur Amira Syahira bersama bandnya Delova telah menyertai Pertandingan Passport To Fame anjuran Magnum dan layak ke Peringkat Negeri. [4]

Manakala video dram cover Nur Amira Syahira lagu yang berjudul IN THE END oleh Kumpulan Black Veil Brides menjadi viral selepas video itu dimuatnaik ke page facebook Drum Talk TV dan Nur Amira Syahira mendapat gelaran Malaysian Young Lady Rocker dari page facebook Drum Talk TV. Sejurus itu, video itu juga dimuatnaik ke ruangan Twitter pemain dram Kumpulan Black Veil Brides sendiri iaitu Christian Coma sebagai tanda penghargaannya kepada Nur Amira Syahira kerana memainkan lagu kumpulan mereka. Beliau amat teruja dengan kebolehan serta bakat Nur Amira Syahira yang baru berusia 11-Tahun lincah bermain dram. Disusuli dengan video-video dram cover yang berentak Metal turut viral di page facebook Templat:Majalah Karisma. Impak dari video itu memberi kesan kepada Nur Amira Syahira dan semakin dikenali diserata pelusuk negara seperti Amerika Syarikat, Canada, Brazil, Argentina, Perancis, Sepanyol, Jordan dan negara lain-lain. Pada penghujung 2014, Nur Amira Syahira telah menerima jemputan oleh Kumpulan Instinct untuk menjadi pembukaan Kumpulan Rock 80an iaitu Kumpulan CRK di Tapak Pesta Pulau Pinang.

Tahun 2015[sunting | sunting sumber]

Nur Amira Syahira terus bergiat merekodkan dram covernya sehingga video dram cover lagu dari Senario yang berjudul Zapin Usik Mengusik viral di laman YouTube dan Facebook memberi satu impak yang besar kepada media elektronik dan stesen-stesen TV di Malaysia. [5] Akhirnya buat julung kalinya Nur Amira Syahira di undang ke stesen TV9 dalam rancangan NASI LEMAK KOPI O untuk membuat persembahan dan temuramah secara langsung di kaca televisyen. [6] Selepas berjaya membuat persembahan di TV9, tidak lama kemudian Nur Amira Syahira pula di undang ke rancangan Apa Kata Wanita RTM TV1, Selamat Pagi Malaysia RTM TV1 dan Malaysia Hari Ini (MHI) TV3.

Media elektronik dan suratkhabar seperti Berita Harian, Utusan Malaysia dan Harian Metro juga tidak melepaskan peluang untuk mempamerkan artikel tentang kejayaan yang dikecapi oleh Nur Amira Syahira. Malah pihak Utusan Malaysia turut menjemput Nur Amira Syahira ke program Jom Chat Live Utusan Online. Pada awal tahun bulan Mac 2015, Nur Amira Syahira telah menyertai pertandingan world drummer untuk wanita dibawah kategori 18-Tahun. Nur Amira Syahira satu-satunya salah seorang wakil dari Malaysia dan merupakan 10 Finalist pilihan peminat untuk pertandingan world drummer iaitu HITLIKEAGIRLCONTEST di laman web www.hitlikeagirlcontest.com [[1]]. Beliau mendapat undian tertinggi diantara semua peserta, undian terkumpul sebanyak 3003 undian. Sekaligus mencatat undian tertinggi di dalam sejarah HITLIKEAGIRLCONTEST. Kini Nur Amira Syahira juga dinobatkan sebagai Top 3 Female World Drummer di YouTube.

Pada bulan Mei 2015, Nur Amira Syahira dijemput ke di Ibu Pejabat Korporat Kumpulan Utusan bagi merasmikan Panggung Utusan bersama Pengarah Urusan Utusan Malaysia iaitu Datuk Noordin Abbas, Datuk M.Nasir, Datuk Hattan, Amy Search, Datuk Mohamed Juhari Shaarani, Datuk Othman Mohamad, Datuk Abdul Aziz Ishak & Erma Fatima. Kehebatan Nur Amira Syahira Ini Bermain Dram Boleh Buat 'Drummer' Malaysia Gigit Jari.[7] Pengalaman yang paling berharga buat Nur Amira Syahira apabila di undang oleh Achey (Juara Bintang Mencari Bintang Musim Kedua) di pentas akhir QU PUTEH BINTANG BERSAMA BINTANG TV3. Persembahan yang mantap dan menghiburkan para penonton diseluruh Malaysia itu telah memberi kesan yang mendalam kepada karier seni Nur Amira Syahira. Pada musim perayaan tahun (2015), Nur Amira Syahira turut di undang untuk rancangan raya Ketupat Rendang Kopi O TV9 dan Saffiya Raya TV9. Pada bulan September 2015, Nur Amira Syahira telah menjadi artis jemputan dalam rancangan BANANANA SQUAD TV3 & TV9 bersama-sama hos BANANANA SQUAD iaitu Daniel, Tasha dan Afieq. Pada bulan September 2015, Nur Amira Syahira telah mendapat jemputan untuk membuat persembahan bersama Flaming Percussion di Lost World of Tambun Ipoh Perak. Kolaborasi diantara Nur Amira Syahira dan Flaming Percussion telah memberi satu impak yang luarbiasa kerana persembahan yang bertenaga dan disusuli dengan permainan api yang menakjubkan oleh Flaming Percussion.

Nur Amira Syahira akan keluarkan produknya sendiri iaitu Amira Perfumes pada bulan November 2015. Ada 3 jenis haruman minyak wangi inspirasi dari genre muzik yang berbeza. Beliau juga telah mendapat jemputan dari Saiful Apek Senario & Yassin Senario untuk persembahan pembukaan Konsert Wings 30 Tahun di Stadium Merdeka pada 31 Oktober 2015.

Tahun 2016[sunting | sunting sumber]

Pada tanggal 8 Januari 2016, Nur Amira Syahira telah dinobatkan sebagai Juara Ceria All Stars Musim Pertama (ASTRO). Nur Amira Syahira membawa pulang RM15,000 beserta trofi. Rancangan MeleTOP (ASTRO) telah menjemput Nur Amira Syahira sebagai tetamu jemputan pada 12 Januari 2016. Pada 10 Februari 2016, kali kedua pihak UTUSAN ONLINE telah menjemput Nur Amira Syahira sebagai tetamu JOM CHAT LIVE UTUSAN ONLINE yang dihoskan oleh Haszrul Mohamed.

Pada 28 Februari 2016 buat julungkalinya, Nur Amira Syahira telah berkolaborasi bersama Shah Slam di pentas ANUGERAH MELETOP ERA 2016. Manakala pada 18 April 2016, akhbar KOSMO! telah siarkan artikel tentang perjalanan seni dan perancangan masa hadapan Nur Amira Syahira. [8]

Manakala pada tanggal 8 Mei 2016, Syarikat Avedis Zildjian pereka Cymbal No.1 Dunia & pihak Bentley Music Sdn Bhd telah melantik Nur Amira Syahira sebagai artis bersekutu Zildjian di Malaysia.[9] Nur Amira Syahira juga terlibat dalam sesi fotografi untuk Majalah Mingguan Wanita untuk Edisi Syawal.

Pada pertengahan bulan Mei, Syarikat Etiqa Insurance & Takaful telah menjemput Nur Amira Syahira sebagai artis jemputan untuk membuat persembahan di Majlis Etiqa Takaful Premier ADAP 2015 pada 14 Mei 2016.

Pada awal bulan Julai 2016 Nur Amira Syahira telah diundang untuk MV Raya terbaru terbitan ASTRO lagu berjudul ‘Ceria Raya’ bersama artis-artis yang lain. Nur Amira Syahira telah dijemput untuk menjadi artis jemputan untuk majlis pelancaran filem Kabali di Federal Cinema Jalan Raja Laut Kuala Lumpur pada 21 Julai 2016. Manakala pada tanggal 26 Julai 2016, Nur Amira Syahira telah dijemput oleh syarikat telco Maxis untuk membuat persembahan di Majlis Maxis Frontliner Rockstarz. Persembahan kemuncak ialah Nur Amira Syahira 'Drum Battle' bersama CEO Maxis iaitu Encik Morten Lundal.

Pada awal Ogos 2016, Nur Amira Syahira telah menerima hadiah istimewa dari peminatnya dari Canada, Singapore dan juga dari Amerika Syarikat. Rata-rata peminat Nur Amira Syahira bukan sahaja di Malaysia malah juga di luar negara. Manakala pada 13 Ogos 2016, Nur Amira Syahira telah dijemput untuk membuat persembahan di SK Sungai Buloh sempena BSN School Carnival.

Pada awal bulan Oktober 2016, syarikat telco Digi telah menjemput Nur Amira Syahira untuk membuat persembahan di Majlis Digi Cyber Bullying. Pada tanggal 22 Oktober 2016 pula, Nur Amira Syahira telah dijemput untuk membuat persembahan di Majlis Annual Dinner Henry Butcher Glam Rock Night.

Pada tanggal 20 November 2016, pihak ASTRO telah menjemput Nur Amira Syahira untuk membuat persembahan di taman tema Sunway Lagoon sempena Sambutan Ulangtahun Astro Ceria ke-10. Pihak Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan(ASWARA) turut menjemput Nur Amira Syahira sebagai artis undangan sempena Istiadat Konvokesyen Aswara ke-12 pada 28 November 2016.

Pada 3 Disember 2016 buat julung kalinya Nur Amira Syahira jelajah ke Ban Pecah Tanjung Piandang, Kerian, Perak untuk menjayakan Amira Perfumes Road Tour di Karnival Persuka Amalfest. Ia mendapat sambutan yang sangat baik oleh orang ramai yang datang ke booth Amira Perfumes untuk membeli minyak wangi Amira Perfumes dan menyaksikan persembahan dari Nur Amira Syahira. Pada 8 Disember 2016, Nur Amira Syahira telah dijemput oleh YouTube Asia Tenggara untuk menyertai YouTube Content Lab bersama Youtubers yang terkenal di seluruh Asia Tenggara. Manakala pada 9 Disember 2016, Nur Amira Syahira telah menerima Anugerah 100,000 Pelanggan di YouTube (100K Creator Silver Button) di Majlis Penghormatan YouTube Malaysia Terbaik 2016.[10][11]

Pada 18 Disember 2016 Nur Amira Syahira telah dijemput menjadi artis jemputan untuk memeriahkan industri muzik tanahair di pentas gemilang Anugerah Industri Muzik yang ke-22(AIM22) bersama Projector Band dan Kumpulan Khalifah.


Tahun 2017[sunting | sunting sumber]

Pada awal tahun 2017, Nur Amira Syahira telah mendapat jemputan untuk membuat persembahan di Festival SOUQ "Tiada Sepertinya" di Kuala Ibai, Kuala Terengganu bersama artis-artis tanahair. Selain membuat persembahan disana, Nur Amira Syahira juga turut menjadi juri jemputan untuk pertandingan karaoke di Festival tersebut.

Manakala pada pertengahan bulan Mac 2017 syarikat Dutch Lady Malaysia telah memilih Nur Amira Syahira sebagai duta untuk minuman Dutch Lady. Video promosi Dutch Lady dijangka keluar pada 1 April 2017 disemua rangkaian media sosial dan stesen-stesen TV.[12] Pada tanggal 30 Mac 2017 Nur Amira Syahira telah diundang untuk membuat persembahan di Hari Terbuka Kementerian Kewangan 2017 bertempatkan di Kompleks Kementerian Kewangan di Putrajaya.

Pada tanggal 29 April 2017 Nur Amira Syahira sekali lagi telah diundang untuk membuat persembahan serta menjadi juri jemputan untuk pertandingan karaoke di Festival SOUQ "Tiada Sepertinya" di Dungun, Terengganu. Manakala pada 13 Mei 2017 pihak Utusan Malaysia telah menjemput Nur Amira Syahira sebagai artis jemputan di Konsert Mega Pancaindera Johor Bahru bersama artis-artis tanahair.

Pada 1 Jun 2017 pihak Digi telah menaja Facebook LIVE Nur Amira Syahira untuk mempromosikan kempen Digi Jom Internet bersama Digi Prepaid. Manakala pada 8 Jun 2017, akhbar The Sun, Malaysia telah siarkan artikel tentang Nur Amira Syahira.[13]

Tahun 2018[sunting | sunting sumber]

Satu permulaan tahun baru yang baik bagi Nur Amira Syahira kerana pada awal JAN 2018 beliau telah dilantik sebagai duta TAMA. Nur Amira Syahira juga telah berjaya membuka mata penaja barangan aksesori muzik dari Bentley Music Malaysia dan Canada.

Pada tarikh 27 Februari 2018,Nur Amira Syahira dijemput oleh badan kerajaan iaitu SPRM bagi memeriahkan lagi pelancaran Sahabat Cilik SPRM yang bertemakan 'Kami Benci Rasuah'yang berlangsung di Sekolah Rendah Hashim Awang, Pulau Pinang.

Pada bulan Mac 2018 Amira dilantik oleh Bently Music untuk mengadakan Drum Lesson di Damansara.Ramai yang hadir turut serta dari serata tempat termasuk Singapura. Drum Lesson tersebut mendapat sambutan di luar jangkaan penganjur. Nur Amira Syahira juga bercita-cita untuk membuka kelas drumnya sendiri.

Pada 25 Mac 2018 Nur Amira Syahira dijemput untuk mengadakan persembahan di MAPS(Movie Animation Park Studio ) Ipoh selama 2 minggu.Pertama kali syarikat gergasi menjemput Nur Amira syahira membuat persembahan drum cover dan mendapat sambutan di luar jangkaan.Manakala pada 26 Mac 2018 Channel Nur Amira Syahira mencecah 400 subscriber dan beliau sangat menghargai sokongan dari peminat-peminat dari seluruh dunia.

Pada Tarikh 4 Julai 2018 Amira antara Artis jemputan di konsert Padi Reborn dari Indonesia yang berlangsung di Live in Kuala Lumpur. Hanya 4 bulan sahaja Youtube Channel Nur Amira Syahira mencecah 800k subscriber pada 15 Julai 2018. Beliau sangat menghargai peminat-peminatnya dari seluruh dunia.Pada 18 Julai Linda Onn Table Talk menjemput Nur Amira Syahira sebagai artis jemputan.Beliau kongsikan bakat dan juga pengalamannya dengan para penonton.Nur Amira Syahira mendapat jemputan makan malam bersama Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Sultanah Nur Zahirah, Sultanah Terengganu.

Pada 9 Ogos Nur Amira Syahira dijemput oleh Club MIckey Mouse sebagai Artist jemputan dalam rancangan Club Mickey Mouse episod yang ke 3. Nur Amira Syahira juga turut menjadi idola kanak-kanak yang mempunyai hobi yang tersendiri.

Pada 2 November Nur Amira Syahira menerima Youtube Gold Play Button kerana channel youtube mencecah 1 juta subscriber.Nur Amira Syahira mendapat sokongan dari keluarga dan juga peminat-peminatnya dari dalam dan luar negara.

Pada 5 November Nur Amira Syahira juga di digelar YouTuber terbaik Asia dan menjadi idola di seluruh dunia.[perlu rujukan]

Matlamat[sunting | sunting sumber]

Matlamat utama Nur Amira Syahira ingin menaikkan nama Malaysia diperingkat antarabangsa dan ingin membuktikan bahawa di Malaysia juga mempunyai pemuzik professional yang bertaraf antarabangsa.[14] Cita-cita dan impian Nur Amira Syahira ialah ingin menjadi pemain dram wanita bertaraf antarabangsa dan usahawanita yang berjaya.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Youtuber Terbaik Asia
  • Artis Jemputan Club Mickey Mouse 2018
  • Artis Jemputan pelancaran kempen Benci Rasuah anjuran SPRM 2018
  • TAMA Associate Artist 2018
  • Duta Dutch Lady Malaysia -2017
  • Artis Jemputan Anugerah Meletop Era - 2017
  • Artis Jemputan di Souq , Terengganu -2017
  • Artis Jemputan IM4U -2017
  • Artis Jemputan Youtube Award -2017
  • World Diebetis Month Charity -2017
  • Artis Undangan di Karnival Kementerian kewangan Malaysia -2017
  • Artis Jemputan di Utusan Busking bersama Buskers -2017
  • Anugerah 100,000 Pelanggan di YouTube (100K Creator Silver Button)
  • Zildjian Associate Artist
  • Pemenang Minggu Kelima HIT LIKE A GIRL CONTEST 2016 (Female World Drummer Under 18)
  • Duta Dutch Lady Malaysia
  • Konsert Mega Pancaindera 2017
  • Persembahan di Hari Terbuka Kementerian Kewangan 2017
  • Persembahan di Festival SOUQ "Tiada Sepertinya"
  • Artis Jemputan di Anugerah Industri Muzik ke-22(AIM22)
  • Persembahan di Majlis Istiadat Konvokesyen Aswara ke-12
  • Persembahan di Sambutan Ulangtahun Astro Ceria ke-10
  • Persembahan di Majlis Annual Dinner Henry Butcher Glam Rock Night
  • Persembahan di Majlis Digi Cyber Bullying
  • Persembahan di Majlis Maxis Frontliner Rockstarz
  • Persembahan di SK Sungai Buloh BSN SCHOOL CARNIVAL
  • MV Ceria Raya ASTRO 2016
  • Artis Jemputan Anugerah Meletop Era 2016
  • Persembahan di Majlis Pelancaran Filem KABALI
  • Jom Chat Utusan Online 2016
  • Artis Jemputan rancangan ‘MeleTOP’ ASTRO
  • Pembukaan Konsert Wings 30 Tahun Johor Bahru
  • Pembukaan Konsert Wings 30 Tahun Stadium Merdeka Kuala Lumpur
  • Persembahan di Lost World of Tambun bersama Flaming Percussion
  • TV Show ‘BANANANA SQUAD’ TV3 & TV9 - 2015
  • TV Show ‘SAFFIYA RAYA’ TV9 - 2015
  • TV Show ‘KETUPAT RENDANG KOPI O’ TV9 - 2015
  • Qu Puteh Bintang Bersama Bintang Akhir bersama Achey TV3 - 2015
  • Festival Tari DBKL 2015
  • KL Big Kitchen 2015
  • Majlis Santapan Mesra Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Sultanah Hajjah Haminah Bersama Anak-Anak Yatim di Istana Negara KL - 2015
  • Konsert Amal Wali Band - 2015
  • Konsert Pancaindera Utusan Malaysia & Festival Hari Guru 2015
  • Jom Chat Utusan Online 2015
  • Finalist Hit Like A Girl Contest (Female World Drummer Under 18) - 2015
  • Rancangan TV Malaysia Hari Ini TV3 – 2015
  • Rancangan TV Nasi Lemak Kopi O TV9 – 2015
  • Rancangan TV Apa Kata Wanita TV1 - 2015
  • Rancangan TV Selamat Pagi Malaysia TV1 - 2015
  • Bintang Harapan Karnival Belia PSIM - 2014
  • Program Realiti TV Sentuhan Ikon RTM TV1 – 2013

Rujukan[sunting | sunting sumber]


15. http://www.thesundaily.my/news/2017/06/08/drumming-her-beat

16.http://www.utusan.com.my/hiburan/amira-aiman-berkongsi-panggung-utusan-dalam-busking-bersama-buskers-petang-ini-1.573303

17. https://www.utusan.com.my/hiburan/nur-amira-syahira-dilamar-sebagai-duta-tama-1.583998

18. https://www.hmetro.com.my/utama/2018/10/386533/amira-youtuber-terbaik-asia

19. http://www.utusan.com.my/hiburan/youtube-channel-nur-amira-syahira-cecah-1-juta-pelanggan-1.756738

20.https://www.columnlife.com/index.php/biographies/item/410-nur-amira-syahira

Pautan luar[sunting | sunting sumber]