Nurcholis Madjid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nurcholis Madjid
Prof Dr Nurcholis Madjid
Kelahiran
Nurcholis Madjid

17 Mac 1939
Meninggal duniaRalat: Tarikh kematian (tarikh pertama) perlu mempunyai tarikh terkemudian berbanding tarikh lahir (tarikh kedua)
Rumah Sakit Pondok Indah, Jakarta Selatan
Sebab kematianPenyakit hati
WarganegaraIndonesia
Pusat pendidikanInstitut Agama Islam Negeri (IAIN ), Jakarta
Universiti Chicago
Pekerjaancendekiawan muslim
Terkenal keranaKetua Dewan Penasihat Ikatan Cedekiawan Muslim Indonesia
Rektor Universiti Paramadina, Jakarta (1998-2005).
Nurcholis Madjid.

Prof Dr Nurcholis Madjid (17 Mac 1939 - 29 Ogos 2005; juga dipanggil Cak Nur) adalah seorang cendekiawan muslim dan merupakan ikon pembaruan pemikiran dan gerakan Islam di Indonesia. Gagasan tentang pluralisme , toleransi dan demokrasi telah menempatkannya sebagai intelektual muslim terdepan, terlebih pada masa Indonesia terperosok daripada perpecahan bangsa. Ketika muda,beliau aktif dalam Himpunan Mahasiswa Islam dan kemudian menjadi Ketua Dewan Penasihat Ikatan Cedekiawan Muslim Indonesia dan Rektor Universiti Paramadina, Jakarta (1998-2005).

Maasa kecil dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Mojoanyar, Jombang, Jawa Timur kepada KH Abdul Madjid yang dikenali sebagai pendukung parti Masyumi, Nurcholis dibesarkan di lingkungan keluarga kiai termashyur. Beliau di sekolah agama Indonesia yang dikenali sebagai pesantren.

Nurcholis belajar peringkat sarjana di Institut Agama Islam Negeri (IAIN ), Jakarta pada tahun 1961 sehingga 1968, dan kemudiannya PhD jurusan falsafah dan tulisan Ibnu Taimiyah di Universiti Chicago, Amerika Syarikat (1978-1984). Ketika belajar ,beliau mendapat tajaan Fazlur Rahman - Pakistan - Amerika.

Nurcholis pernah menjadi anggota Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) pada 1987 hingga 1997.

Pemikiran[sunting | sunting sumber]

Pemikirannya tersebar melalui tulisan yang dimuat secara berkala di tabloid "Mimbar Demokrasi" yang diterbitkan oleh Himpunan Mahasiswa Islam (HMI). Saat beliau melontarkan penyataan "Islam Yes, Parti Islam No" merupakan pemikirannnya yang paling menggegarkan khalayak, terutamanya kegiatan-kegiatan gerakan Islam. Beliau pada masa itu menganggap bahawa parti-parti Islam telah menjadi "Tuhan" baru bagi umat Islam.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Nurcholis menghembuskan nafas terakhir pada Isnin, 29 Ogos 2005 jam 14.05 WIB di Rumah Sakit Pondok Indah (RSPI), Jakarta Selatan, akibat daripada penyakit hati yang dideritanya. Sejumlah tokoh datang berta'ziah dan melakukan solat jenazah, termasuknya Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.