Pergi ke kandungan

Elfira Loy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Nurul Elfira Loy)
Elfira Loy
إلفيرا لوي
Kelahiran
Nurul Elfira Loy binti Ahmad Sabri

(1994-03-08) 8 Mac 1994 (umur 32)
Nama lainElfira, El
PendidikanUniversiti Kolej KDU
PekerjaanPelakon, model, pengacara, usahawan
Tahun aktif2006–kini
Karya
Filemografi
PasanganMuhamad Faris Khairol Anuar (k. 2019)
Anak-anak
  • Muhamad Rayyan Khalaf bin Muhamad Faris
  • Nur Aria Mikayla binti Muhamad Faris
IbuFilzah Yusoff
BapaAhmad Sabri Haji Ariffin
Keluarga
  • Ahmad Ezzraa Loy (abang)
  • Ezlisa Loy (adik perempuan)
  • Ezzrin Loy (adik lelaki)
  • Ahmad Evvraa Loy (adik lelaki)
Laman web rasmiNurul Elfira Loy

Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri (lahir 8 Mac 1994) ialah seorang pelakon, model, selebriti berpengaruh, pengacara dan usahawan muda Malaysia.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Nurul Elfira Loy binti Ahmad Sabri dilahirkan pada 8 Mac 1994 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak kedua daripada lima adik-beradik kepada pasangan Ahmad Sabri Haji Ariffin dan Filzah Yusoff. Wanita cantik ini juga mempunyai darah keturunan Melayu, Cina dan Arab Yaman. Bapanya merupakan seorang pengarah, manakala ibunya merupakan seorang pengurus kepada beberapa selebriti terkenal tanah air. Elfira mempunyai lima orang adik-beradik iaitu abang sulungnya Ahmad Ezzraa Loy, adiknya Nurul Ezlisa, Ahmad Ezzrin dan bongsu Ahmad Evvraa Loy. Elfira juga merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2 dan menuntut dalam aliran sains tulen di sekolahnya. Malah, beliau juga telah memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sebelum ini, beliau juga merupakan seorang pengusaha dan pengurus sebuah kafe yang terkenal di ibu negara di samping melanjutkan pelajarannya di sebuah universiti antarabangsa swasta pertama, UOW Malaysia KDU University College, di Utropolis Glenmarie, Shah Alam. Beliau akhirnya berjaya menghabiskan pengajiannya pada tahun 2017 berkelulusan Communication, Creative Arts, Entertainment Arts, Entrepreneurial Design.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Elfira Loy telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Muhamad Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019. Pasangan ini telah dikurniakan sepasang cahaya mata bernama Muhamad Rayyan Khalaf yang lahir pada 1 Oktober 2019, dan adiknya Nur Aria Mikayla yang lahir pada 20 Mei 2022.

2008–2011: Permulaan kerjaya

[sunting | sunting sumber]

Sebelum beliau meneruskan watak dalam drama, dia dilamar pula membintangi teater kanak-kanak popular, Ali Baba The Muzikal yang dipentaskan di Istana Budaya (IB) pada 2006, juga Ibu Zain Musim 1 dan 2, semakin dikenali ramai tatkala lakonan hebatnya dalam drama. Seterusnya menjadi seorang model dan pelakon pada tahun 2006, juga model dalam The New Face Of Maybelline New York (Malaysia). Elfira Loy mula melakonkan wataknya pada 2008, dalam sebuah telemovie drama iaitu Cinta Itu Buta dia sahaja yang lakonan dan terus memainkan watak dalam Persis, Biar Mimpi Sampai Ke Bintang dan Selaginya Ada Cinta juga drama Indonesia, sama dikeluarkan ketiga - tiga drama, seterusnya merupakan watak dalam Disney Waktu Rehat sebagai Amirah bersama dengan adik - beradik iaitu Ahmad Ezzrin Loy dan Nurul Ezzlisa Loy. Pada Tahun 2009 dan 2010, Elfira Loy juga mula berlakon seperti dalam drama bersiri Roh Natrah , Qalesya 1 ditayangkan sepanjang bulan ramadhan dan Senja Permai. Pada tahun 2010 dan 2011 terusnya watak memainkan seperti Tentang Bulan The Series, Syurgamu Ramadhan, Qalesya 2 juga sepanjang bulan ramadhan ditayangkan, Kum Kum : The Series, Jangan Ambil Padang Kami, Hani, Mahligai Itu Milikku dan Second Chance. Wataknya terus menerus ke telemovie drama seperti Kak Long, Permata Hati, Sanggar Cinta Raudhah, Sayang Abah, Ekspress Dania. Pada awal tahun juga terusnya usaha berlakon dalam filem seperti Damping Malam dan Kum Kum : The Movie.

2012–Kini: Kemuncak populariti

[sunting | sunting sumber]

Elfira Loy mula teruskan kerjayaan seperti lakonan bersama dengan Zoey Rahman sebuah drama Demi Dia, juga bersama Randy Pangalila merupakan drama Malaysia - Indonesia iaitu Dalam Hati Ada Taman dan Untuk Terakhir Kali juga merupakan drama Malaysia - Indonesia lakonan bersama Baim Wong. Kini Elfira Loy berlakon lagi dalam drama dan filem seperti Rentap : The Movie, Aku Bukan Malaikat, Permata Hati, Laikatong. Elfira Loy meneruskan lakonannya dalam telefilem seperti akan datang Marrisa, Ketika Cinta Merintih, Sebalik Kasyafmu dan banyak lagi. Pada tahun 2020, sekali lagi Elfira Loy berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila beliau satu-satunya selebriti Malaysia yang disunting untuk bekerjasama bagi peringkat antarabangsa dengan jenama tudung popular di Indonesia iaitu, Buttonscarves yang berpangkalan di sana. Hobinya pula adalah membaca bahan ilmiah dan sebagainya.

Aktiviti lain

[sunting | sunting sumber]

Elfira Loy juga diberikan peranan utama sebagai model dalam iklan televisyen dan penyiaran di sosial media. Beliau menjadi jurucakap produk seperti Motosikal Honda, Mee Sedap, Institut Jantung Negara, Bank RHB, Mamee Slurp dan baru ini The New Face Of Maybelline New York (Malaysia) and Plus One. Line New York (Malaysia) and Plus One.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2010
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–24
Artis Baru Wanita Popular Tercalon
2011
Anugerah Skrin ke–15
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Kum Kum Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–25
Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
Artis Wanita Paling Popular Online Tercalon
2012
Anugerah Stail EH!
People Choice of Selebriti Tercalon
2018
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–31
Artis Sensasi Popular Tercalon

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]