Nurul Fariha Onn

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Nurul Fariha Onn
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPengacara, wartawan, penerbit
Tahun aktif2004–kini
MajikanMedia Prima Berhad

Nurul Fariha Onn merupakan seorang wartawan dan pengacara televisyen Malaysia, terkenal dengan rancangan televisyen terbitan TV3 termasuk Malaysia Hari Ini dan Majalah 3.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Selepas menamatkan pelajarannya di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam jurusan penyiaran,[1][2] Fariha memulakan kerjaya di TV3 sebagai wartawan penyiaran untuk rancangan Medik TV, kemudian diserapkan pula dalam rancangan Bersamamu di mana beliau berurusan dengan insan kurang bernasib baik.[1] Pada tahun 2006, beliau diberi tugasan yang lebih besar dan mencabar apabila ditukarkan pula ke Majalah 3 yang ketika itu dihoskan oleh Norzie Pak Wan Chek, beliau sejak itu berkhidmat sebagai penerbit. Sejak 2012, beliau menjadi salah seorang pengacara rancangan Malaysia Hari Ini.[1]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau telah berkahwin dengan mempunyai seorang anak.[3]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Nor Akmar Samudin (18 September 2015). Perguna pengalaman sebagai wartawan Harian Metro. Dicapai pada 10 April 2017.
  2. ^ Azanis Shahila Aman (6 Jun 2016). Nurul Fariha Onn on her journey as broadcast journalist IIUM Today. Dicapai pada 10 April 2017.
  3. ^ Ridzuan Abdul Rahman (21 Jun 2018). Raya 'orang kuat' MHI Harian Metro. Dicapai pada 21 Jun 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]