Nurul Hana Che Mahazan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Nana AF" dan "Nana Mahazan" dilencongkan di sini.
Nana Mahazan
Kelahiran Nurul Hana Che Mahazan
(1983-07-01) 1 Julai 1983 (umur 35)
Muar, Johor, Malaysia
Pendidikan Diploma Pengurusan Teknologi Maklumat, Cosmopoint
Pekerjaan Penyanyi, pengacara
Tahun aktif 2003–kini
Pasangan Raqeem Brian Abdullah (berkahwin 2009)
Anak Althea
Aaqib

Nurul Hana Che Mahazan [1] atau lebih dikenali sebagai Nana Mahazan merupakan seorang pelakon , pengacara televisyen dan penyanyi wanita Malaysia. Nana menceburi bidang hiburan sewaktu menyertai program realiti TV, Akademi Fantasia Musim Pertama pada tahun 2003.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Nurul Hana Che Mahazan dilahirkan pada 1 Julai 1983. Dilahirkan di Muar, Johor dan dibesarkan di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Beliau adalah anak perempuan tunggal daripada 4 orang adik-beradik Superitendan Polis Che Mahazan Che Aik dan Rosnah Harun. Membesar di Kuching, Sarawak dan kemudian berpindah ke Seremban dan bersekolah di Sekolah Rendah Dato' Bandar Rasah sehingga Tahun 3. Kemudian keluarga beliau berpindah ke Kota Bharu, Kelantan dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Dato' Hashim (1) sehingga tamat Tahun 6.

Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Pengkalan Chepa sehingga tamat Tingkatan 5 kerana bapa beliau bertugas sebagai seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia.

Kemudian beliau melanjutkan pengajian ke Universiti Tun Abdul Razak di Pekan, Pahang dan kemudian menyambung pengajian dalam bidang pengaturcaraan multimedia di Cosmopoint Muar.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau telah berkahwin dengan Raqeem Brian Abdullah yang berasal dari Sarawak pada tahun 2009 [2] [3] [4] dan dikurniakan dengan sepasang cahaya mata, iaitu, Althea dan Aaqib.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Program TV[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2017 Ketuk - Ketuk Ramadan Artis Jemputan TV1 18 Jun

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]