Nusa Tenggara Barat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Peta yang menunjukkan provinsi Nusa Tenggara Barat di Indonesia

Nusa Tenggara Barat ialah sebuah provinsi yang terletak di bahagian selatan-tengah Indonesia. Ia merangkumi bahagian barat Kepulauan Sunda Kecil tetapi tidak termasuk pulau Bali.

Dua pulau terbesar di provinsi ini ialah Lombok di barat dan Sumbawa di timur. Kota Mataram di Lombok ialah ibu kota dan bandar terbesar provinsi ini. Provinsi ini terbahagi kepada enam buah kabupaten dan sebuah daerah berkerajaan sendiri, kotamadya Mataram.

Lombok diduduki oleh orang Sasak dengan sebuah masyarakat kecil Bali. Sumbawa diduduki oleh kelompok etnik Sumbawa dan Bima. Setiap golongan ini memiliki bahasa mereka yang tersendiri. Jumlah penduduk provinsi ini ialah 3,821,134 dan 71% daripada mereka tinggal di Lombok (Banci 2000).