Pergi ke kandungan

Nushi Mahfodz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nushi Mahfodz
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia Negeri Selangor
Menyandang jawatan
3 April 2023
PresidenAbdul Hadi Awang
Pesuruhjaya negeriAhmad Yunus Hairi
(3 April–31 Oktober 2023)
Ab Halim Tamuri
(sejak 2023)
Didahului olehMohd Fadli Ghani
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor
bagi Semenyih
Menyandang jawatan
12 Ogos 2023
Didahului olehZakaria Hanafi
(BNUMNO)
Majoriti1,262 (2023)
Maklumat peribadi
Lahir
Nushi bin Mahfodz

(1975-12-27) 27 Disember 1975 (umur 50)
Glasgow, Scotland Scotland, United Kingdom United Kingdom
Kewarganegaraan Malaysia
Parti politikParti Islam Se-Malaysia (PAS)
Gabungan politik
lain
Gagasan Sejahtera (GS)
(2016–2020)
Perikatan Nasional (PN)
(sejak 2020)
PertalianDato' Dr. Haji Mahfodz Mohamed (bapa)
Ahmad Nawfal Mahfodz (adik lelaki)
Tempat belajarUniversiti Yarmuk (Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam bidang Syariah)
Universiti Al al-Bait (Ijazah Sarjana Sastera dalam bidang Syariah)
Pekerjaan
  • Ahli politik
  • pendakwah
  • pensyarah

Nushi bin Dato' Dr. Haji Mahfodz (lahir 27 Disember 1975) merupakan seorang ahli politik, pendakwah dan pensyarah kelahiran Britain yang berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi kawasan Semenyih sejak Ogos 2023.[1]

Sekembalinya dari Jordan pada tahun 2001, beliau berkhidmat sebagai pensyarah di Sekolah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dari tahun 2001 hingga 2011 selama sedekad. Sejak 2011, beliau menjadi pensyarah di Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), serta dilantik sebagai timbalan pengarah KUISCELL Sendirian Berhad (Sdn Bhd) sejak 2014. Dalam masa yang sama, beliau turut berperanan sebagai penasihat syariah di beberapa institusi perbankan. Beliau dilantik sebagai penasihat syariah di Asian Finance Bank yang berpangkalan di Qatar dari 2014 hingga 2017. Apabila Asian Finance Bank diambil alih dan dinamakan semula sebagai MBSB Bank, khidmat beliau sebagai penasihat syariah diteruskan sehingga 2018.[2][3]

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (sejak 2023)

[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya negeri Selangor 2023

[sunting | sunting sumber]

Dalam pilihan raya negeri Selangor 2023, Nushi telah dicalonkan oleh Perikatan Nasional (PN) untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih. Beliau memenangi kerusi tersebut dan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi kawasan Semenyih untuk penggal pertama selepas menewaskan Wan Zulaika Anua dari UMNO mewakili Barisan Nasional (BN) dengan majoriti tipis sebanyak 1,262 undi.[4][5]

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Selangor[6]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2018 N26 Sungai Ramal Nushi Mahfodz (PAS) 13,961 29.13% Mazwan Johar (AMANAH) 24,591 51.31% 48,366 10,630 88.00%
Abdul Rahim Mohd Amin (UMNO) 9,372 19.56%
2023 N24 Semenyih Nushi Mahfodz (PAS) 37,068 50.87% Wan Zulaika Anua (UMNO) 35,806 49.13% 72,874 1,262 74.90%
  1. "Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz". Dewan Negeri Selangor. Dicapai pada 19 Januari 2024.
  2. "Sheikh Dr Nushi Bin Dato Mahfodz". Islamic Markets. 28 Januari 2019. Dicapai pada 18 Januari 2024.
  3. "Cabaran Mazwan Johar pertahan Sungai Ramal". Utusan Malaysia. 6 Ogos 2023. Dicapai pada 19 Januari 2024.
  4. "Selangor polls: Official Results". New Straits Times. 13 Ogos 2023. Dicapai pada 18 Januari 2024.
  5. "State polls: Perikatan's Nushi wins Semenyih with over 1,200-vote majority". The Star. 13 Ogos 2023. Dicapai pada 19 Januari 2024.
  6. "Keputusan Pilihan Raya Negeri Selangor ke-15". Dicapai pada 5 Oktober 2023.