Nusyuz Berkiblat Cinta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Nusyuz Berkiblat Cinta 3
Genre
Ditulis olehRozie Rashid
PengarahHadith Omar
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Mainan" oleh Naim Daniel
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod7
Penerbitan
Penerbit
  • Norley Aimi Nadiah Shaari
  • Arisz Ab. Rahman
Tempoh siaran90–95 minit
Syarikat penerbitan
Mache All Star United
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital Plus
Siaran asal3 April 2022 – 15 Mei 2022

Nusyuz Berkiblat Cinta ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Hadith Omar dengan skrip oleh Rozie Rashid, dibintangi oleh Fikry Ibrahim, Emma Maembong, Nadhir Nasar dan Shaza Bae. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Astro Ria bermula 3 April sehingga 15 Mei 2022.[1][2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan dua pasangan suami isteri, Adam dan Hawa, dan Erfhan dan Safiana. Apabila Hawa mendapat tahu yang Safiana menjadi mangsa keganasan rumah tangga, dia membuat keputusan untuk mengawal rumah tangganya sendiri dan bertegas untuk tidak tunduk sedikitpun pada suaminya.

Hawa menetapkan syarat dalam perkahwinannya bersama Adam dan Adam hingga Adam sanggup mengenepikan keluarga dan kawan-kawannya demi Hawa. Tanpa disedari, Adam dikawal sepenuhnya oleh Hawa.

Malang sekali, keadaan tidak berubah untuk Safiana apabila dia seringkali didera dari segi emosi, fizikal dan seksual oleh Erfhan. Patutkah Adam dan Safiana terus kekal dalam perkahwinan masing-masing? Adakah Hawa dan Erfhan akan berubah menjadi pasangan yang lebih baik?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Menurut Hadith Omar, pelakon utamanya, Fikry Ibrahim tidak dapat menjayakan episod akhir kerana urusan keluarga. Beliau dimaklumkan bahawa ibu Fikry berdepan masalah kesihatan. Hadith menjelaskan bahawa Fikry tetap memberi kerjasama bagi meneruskan penggambaran untuk babak penting untuk kesinambungan jalan cerita.[7]

Aiman Hakim Ridza melakonkan watak sebagai Syazwan, bekas kekasih Hawa. Ini merupakan projek lakonan pertama Aiman Hakim dan Emma Maembong dalam tempoh 5 tahun sejak Kimchi Untuk Awak (2017).[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Nusyuz Berkiblat Cinta. MyInfoTaip. Dicapai 2 April 2022.
  2. ^ Aqmar Mustaza (4 April 2022). "Realiti tersirat dalam Nusyuz Berkiblat Cinta". Sinar Harian. Dicapai pada 25 April 2022.
  3. ^ Georgie Joseph (1 April 2022). "Fikry Ibrahim sering dapat gangguan seksual lisan". Harian Metro. Dicapai pada 25 April 2022.
  4. ^ Nor Emira Saizali (2 April 2022). "Watak dera suami, Emma terbawa emosi panas baran". Kosmo!. Dicapai pada 25 April 2022.
  5. ^ "Peminat wanita nak jadi 'dewi' sebab Nadhir Nasar". Kosmo!. 9 April 2022. Dicapai pada 25 April 2022.
  6. ^ "Hati remuk bawa watak isteri didera". Kosmo!. 5 April 2022. Dicapai pada 25 April 2022.
  7. ^ a b Sairul Zamri Misrani (15 Mei 2022). "Aiman Hakim ganti Fikry Ibrahim dalam NBC? Ini penjelasan pengarah". Kosmo!. Dicapai pada 16 Mei 2022.