Nyaa Torrents

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nyaa Torrents
Maklumat umum
URLnyaa.si
Eponimngiau dan BitTorrent Edit the value on Wikidata
JenisEnjin meta-gelintar torrent
Tersedia dalamInggeris
Ditubuhkan2005 Edit the value on Wikidata
Kandungan dan sokongan
TemaPerkongsian fail Edit the value on Wikidata
PendaftaranTidak wajib
Dilancarkan pada2005; 19 tahun yang lalu (2005)
Status terkiniHidup
Perangkaan
Kedudukan Alexa736 (7 Februari 2021)
200,047 (30 November 2017) Edit the value on Wikidata
Pautan luar berkaitan
Pautan lainTwitter: NyaaV2 Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

RRC

Nyaa Torrents (Jawi: ڽا تورن‌ت) (dinamakan sempena kata tiru bunyi Jepun untuk bunyi kucing ngiau') adalah laman web BitTorrent yang menumpukan pada media Asia Timur (Jepun, Cina, dan Korea). Nyaa Torrents merupakan salah satu indeks torrent yang khusus untuk anime.[1] [2]tu Yuan

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2011, beberapa pengguna laman web ini telah disaman atas pelanggaran hak cipta.[3] Laman web ini juga telah menjadi sasaran keatas serangan DDoS terbesar pada awal September 2014.

Pada 1 Mei 2017, nama domain .se, .eu dan .org mereka telah dinyahaktifkan, dan moderator laman web tersebut kemudian mengesahkan bahawa pemiliknya menyahaktifkannya secara sukarela.[4][5][6] Pada minggu-minggu yang berikutnya, beberapa fork (cabang) yang mana sebahagiannya berdasarkan kod Nyaa dan pangkalan data torrents telah dibuat, masing-masing menggunakan nama 'nyaa'.[7]

Dalam kenyataan rasmi soalan lazim yang disiarkan oleh komuniti Nyaa, dikatakan bahawa beberapa data antara 2016 hingga Mei 2017 telah hilang dan tidak ada sandaran pangkalan data Nyaa yang boleh dipercayai pada jangka masa tersebut.[8]

Pada bulan Jun 2017 TorrentFreak melaporkan bahawa Goodlabs yang berasaskan dari Jerman, telah membuat laman web .eu versi tiruan dengan cubaan ingin membuatkan pengguna memuat turun perisian hasad.[9]

Dari bulan Mac 2021, hanya satu cabangan sahaja yang tinggal iaitu .si.

Laman Sesawang[sunting | sunting sumber]

Peraturan laman sesawang[sunting | sunting sumber]

Laman Nyaa pada 16 April 2022

Laman ini mempunyai peraturan pada sumber video yang dikongsi, contohnya pada video DVD hanya terhad kepada 1024×576p, manakala UHD pula terhad sehingga 3840×2160p.[10] Ini bagi memastikan kualiti asli video terpelihara.

Pengguna tidak boleh menambah tera air atau merendahkan kualiti menjadi lebih teruk dengan mengekod video. "Kiriman sampah" secara berterusan akan mengakibatkan pengguna disekat. Kandungan pula terhad kepada Cina, Jepun dan Korea sahaja.[10]

Pengelasan[sunting | sunting sumber]

Pengelasan dibahagikan kepada Anime, Audio, Sastera, Aksi Langsung, Gambar, dan Perisian. Masing-masing juga mempunyai pembahagian tersendiri, contohnya Audio dibahagikan kepada mampatan nirhilang dan hilang.

Pengguna juga boleh menggunakan Penapisan yang akan menapis torrent dari pemuat naik yang terpercaya dan bukan dibuat semula.

Masukan[sunting | sunting sumber]

Masukan yang dimuat naik dikelaskan kepada hijau, merah, jingga dan kelabu. Masukan hijau adalah torrent dari pemuat naik yang dipercayai. Masukan merah adalah yang dibuat semula seperti berikut:

  • Dikodsemula dari terbitan asal.
  • Dimultipleks semula dari pemuat naik asal demi membaik pulih atau tujuan paparan kekal sari kata (hardsub).
  • Muat naik semula dari terbitan asal dengan nama bukan lagi yang asal.
  • Muat naik semula dari terbitan asal dengan fail yang hilang atau tidak berkaitan.

Masukan jingga adalah himpunan atau kumpulan keseluruhan siri dan masukan kelabu adalah torrent yang tersembunyi.[11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

 

  1. ^ "KickAss Proxy 2016: Think Twice Before Considering These Alternative Sites". www.thebitbag.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-16. Dicapai pada 2017-05-16.
  2. ^ "Top 10 Most Popular Torrent Sites of 2017 - TorrentFreak". TorrentFreak (dalam bahasa Inggeris). 2017-01-07. Dicapai pada 2017-06-16.
  3. ^ Ernesto. "Anime Distributor Launches Piracy Assault, Sues 1337 BitTorrent Users". TorrentFreak. torrentfreak.com. Dicapai pada 2014-09-05. ... The complaint specifically mentions the BitTorrent sites isohunt.com, kickasstorrents.com and nyaatorrents.org as potentially playing a role in the sharing process. ...
  4. ^ Ernesto. "Anime Torrent Site NYAA Goes Down After Domain Name Deactivation". TorrentFreak. torrentfreak.com. Dicapai pada 2017-05-02.
  5. ^ "Major anime torrenting site 'NYAA' goes offline". technology.inquirer.net (dalam bahasa Inggeris). 4 May 2017. Dicapai pada 2017-06-16.
  6. ^ web@horriblesubs.info. "Spread the word: Nyaa is down, use magnet links » HorribleSubs". horriblesubs.info (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-27. Dicapai pada 2017-06-16.
  7. ^ "Nyaa Anime Torrents". torrents.me. 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-09.
  8. ^ "NYAAPOCALYPSE FAQ - Pastebin.com". archive.fo. 2017-05-04. Dicapai pada 2021-01-18.
  9. ^ "Scammers Pick Up NYAA Torrents Domain Name". TorrentFreak. 2017-06-24. Dicapai pada 2018-09-18. Just a few weeks after the domain names of anime torrent site NYAA were deactivated, one of them is back in action. However, the domain no longer belongs to the old crew, but to scammers who are trying to lure irreproachable users into downloading harmful content.
  10. ^ a b "Rules". Nyaa (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-06-07. Dicapai pada 2022-04-16.
  11. ^ "Help". Nyaa (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-06-07. Dicapai pada 2022-04-16.