Pergi ke kandungan

Nyctibius

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Nyctibius
Nyctibius griseus
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Nyctibiiformes
Keluarga: Nyctibiidae
Subkeluarga: Nyctibiinae
Genus: Nyctibius
Vieillot, 1816
Spesies jenis
Caprimulgus grandis
Spesies-spesies

Lihat text

Nyctibius ialah genus burung nokturnal dalam keluarga Nyctibiidae.[1] Spesies-spesies burung ini ditemui di seluruh Mexico, Amerika Tengah, Amerika Selatan, dan bahagian Karibia.

Taksonomi

[sunting | sunting sumber]

Genus Nyctibius diperkenalkan pada tahun 1816 oleh Louis Jean Pierre Vieillot, seorang pakar ornitologi Perancis, untuk menampung spesies burung Nyctibius grandis yang menjadi spesies jenisnya.[2][3] Nama genus ini diberikan menggabungkan kata-kata νύξ núx "malam" dan βίος bios "hidup" dalam bahasa Yunani.[4]

Genus ini salah satu daripada dua genus yang wujud dalam keluarga Nyctibiidae selain genus Phyllaemulor yang hanya mengandungi spesies Phyllaemulor bracteatus. Genus ini pernah dianggap satu-satunya genus dalam keluarga Nyctibiidae sehingga kajian pada tahun 2018 mendapati perbezaan yang mendalam antara spesies burung yang asalnya dilabel Nyctibius bracteatus dan semua spesies burung lain dalam genus ini, maka ia diperihalkan dalam genus baharu sekaligus menambahkan bilangan genus dalam keluarganya.[5] Maklumat ini disetujui Kongres Ornitologi Antarabangsa pada 2022.[1]

Genus Nyctibius mengandungi enam spesies:[1]

Imej Nama saintifik Taburan
Nyctibius grandis (Gmelin 1789) Selatan Meksiko melalui timur laut Guatemala dan melalui sebahagian besar Amerika Tengah ke bawah melalui Amerika Selatan sejauh tenggara Brazil dan Bolivia.
Nyctibius aethereus (zu Wied-Neuwied 1820) Dari Ekuador dan Peru timur melalui selatan Kolombia dan Venezuela ke Guiana, jauh di utara Bolivia, timur laut Argentina, tenggara Paraguay, dan tenggara Brazil
Nyctibius jamaicensis (Gmelin 1789) Merentasi Amerika Tengah dan Karibia.
Nyctibius griseus (Gmelin 1789) Dataran Karibia di Kolombia
Nyctibius maculosus (Ridgway 1912) Bolivia, Kolombia, Ekuador, Peru, dan Venezuela
Nyctibius leucopterus (zu Wied-Neuwied 1821) Brazil, Guiana Perancis, Guyana, Peru, Surinam, dan Venezuela
  1. 1 2 3 Gill, Frank; Donsker, David; Rasmussen, Pamela, penyunting (Julai 2026). "Pheasants, partridges, francolins". IOC World Bird List Version 15.2. Kesatuan Ahli Ornitologi Antarabangsa. Dicapai pada 29 Julai 2026.
  2. Vieillot, Louis Jean Pierre (1816). Analyse d'une Nouvelle Ornithologie Élémentaire (dalam bahasa Perancis). Paris, Perancis: Deterville/self. m/s. 38.
  3. Peters, James Lee, penyunting (1940). Check-List of Birds of the World. 4. Cambridge, Massachusetts: Harvard University Press. m/s. 179.
  4. Jobling, James A. (2010). The Helm Dictionary of Scientific Bird Names. London: Christopher Helm. m/s. 277. ISBN 978-1-4081-2501-4.
  5. Costa, Thiago V. V.; Whitney, Bret M.; Braun, Michael J.; White, Noor D.; Silveira, Luís Fábio; Cleere, Nigel (April 2018). "A systematic reappraisal of the Rufous Potoo Nyctibius bracteatus (Nyctibiidae) and description of a new genus". Journal of Ornithology. 159 (2): 367–377. doi:10.1007/s10336-017-1511-2. ISSN 2193-7206.