OLX

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
OLX, Inc.
Swasta
IndustriIklan
DitubuhkanMac 2006
Ibu pejabatNew York, NY
Perancang utama
Fabrice Grinda, Pengasas bersama/CEO bersama dan A. C.F. Oxenford, Pengasas bersama/CEO bersama
Keluaranolx.com, mundoanuncio.com, edeng.cn
Bilangan pekerja
lebih kurang 120 orang
Laman sesawangwww.olx.com

OLX ialah sebuah syarikat internet yang beroperasi di New York, Buenos Aires, Moscow, Beijing dan Mumbai. Laman web OLX ialah tempat pengurusan iklan yang dihasilkan oleh pengguna secara percuma di pelbagai lokasi di seluruh dunia dalam pelbagai kategori seperti Harta Tanah, Pekerjaan, Kereta, Untuk dijual, Perkhidmatan, Komuniti dan Peribadi.

Syarikat ini telah ditubuhkan bersama pada bulan Mac 2006 oleh usahawan Internet Fabrice Grinda dan Alejandro Oxenford. Fabrice sebelum ini telah menubuhkan Zingy[4], sebuah syarikat nada dering telefon bimbit yang dijual kepada For-Side dengan harga $80 juta pada bulan Mei 2004.[1][2] Alec sebelum ini telah menubuhkan DeRemate[5], peneraju laman web lelongan dalam talian di Latin Amerika. DeRemate dijual kepada MercadoLibre.com, sebuah gabungan eBay, pada bulan November 2005.

Skop geografi[sunting | sunting sumber]

Setakat bulan April 2009, OLX boleh di dapati di 88 buah negara dan tersedia dalam 39 bahasa. [3]

Negara: Algeria, Argentina, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Belarus, Belgium, Belize, Bolivia, Brazil, Bulgaria, Kanada, Chile, China, Colombia, Costa Rica, Croatia, Republik Czech, Denmark, Dominica, Republik Dominica, Ecuador, Estonia, Finland, Perancis, Jerman, Greece, Grenada, Guatemala, Haiti, Honduras, Hong Kong, Hungary, India, Indonesia, Ireland, Israel, Itali, Jamaica, Jepun, Jordan, Kazakhstan, Latvia, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Malaysia, Mexico, Monaco, Maghribi, Belanda, New Zealand, Nicaragua, Norway, Pakistan, Panama, Paraguay, Peru, Filipina, Poland, Portugal, Puerto Rico, Romania, Persekutuan Rusia, Serbia, Singapura, Slovakia, Slovenia, Afrika Selatan, Korea Selatan, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Taiwan, Negara Thai, Trinidad dan Tobago, Tunisia, Turki, Kepulauan Turks dan Caicos, Ukraine, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom, Amerika Syarikat, Uruguay, Venezuela, Vietnam.

Bahasa: Bengali, Catalan, Cina (Tradisional), Cina (Ringkas), Belanda, Inggeris, Bulgaria, Croatia, Czech, Denmark, Estonia, Perancis, Jerman, Greek, Ibrani, Hindi, Hungaria, Indonesia, Itali, Jepun, Korea, Latvia, Lithuania, Norway, Poland, Portugis, Romania, Rusia, Serbia, Slovak, Slovene, Sepanyol, Swedan, Tagalog, Thai, Turki, Ukraine, Urdu, Vietnam, Bahasa Melayu.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Ciri-ciri OLX termasuklah:

  • Keupayaan untuk mereka bentuk penyenaraian menggunakan HTML
  • Kawalan Pusat bagi penjualan, pembelian dan aktiviti komuniti
  • Kawalan Spam
  • Keupayaan untuk mempromosikan penyenaraian pada laman web lain seperti Fotolog, Facebook dan Friendster
  • Keupayaan untuk berbincang mengenai penyenaraian dengan pengguna lain yang berminat
  • Keupayaan untuk mencari item yang ada berdekatan dengan anda di mana sahaja anda tinggal
  • Akses ke laman web dari telefon bimbit
  • Boleh didapati dalam banyak bahasa

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Temu ramah VentureVoice [1]
  2. ^ Artikel Forbes 'Zingy Founder Steps Down'[2]
  3. ^ Halaman 'Tentang Kami' OLX [3]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]