OTO Melara 76 mm

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
OTO Melara 76 mm
76/62 Super Rapid
OTO Melara 76mm Super Rapid sepertimana dipasang pada sebuah kupola halimunan (bagi mengurangkan keratan rentas radar) di atas sebuah kapal frigat Norway Fridtjof Nansen.
JenisMeriam laut
Tempat asalItali
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1964–kini
Digunakan olehLihat Pengguna
Sejarah pengeluaran
PerekaOto Melara
DirekaKompak: 1963
Super Rapid: 1985
Strales: 2004
PengeluarOtobreda: 1963–2001
BHEL Haridwar : 1995- kini (secara berlesen)
Oto Melara (anak syarikat Finmeccanica): 2001–2015
Leonardo-Finmeccanica: sejak tahun 2016
Leonardo: sejak tahun 2017
DihasilkanKompak: 1964
Super Rapid: 1988
Strales: 2008
AnekaLihat Kelainan
Spesifikasi
BeratKosong: 7.5 tonne (17,000 lb)
Panjang larasKaliber 62 : 4,724.4 mm (186.00 in)
KrewKawalan jauh

Shel76×636mmR
berat katrij 12.5 kilogram (28 lb)
berat kelongsong 6.3 kilogram (14 lb)
berat pendorong 2.35 kilogram (5.2 lb)
Kaliber76.2 mm (3.00 in)
Ketinggian−15°/+85°
halaju: 35°/s (pecutan: 72°/s²)
Rentas360°
halaju: 60°/s (pecutan: 72°/s²)
Kadar tembakanKompak: 85 butir/min
Super Rapid: 120 butir/min
Halaju muncung915 m/s (3,000 ft/s)
Jarak tembakan maksimumHE-PFF 16,000 m

SAPOMER 20,000 m
76 Vulcano 40,000 m

(masa depan)
Sistem suapanMuatan kelopak:
80 butir peluru telah tersedia bagi pemasangan meriam Kompak

OTO Melara 76 mm adalah sebuah meriam laut yang direka dan dibina oleh sebuah syarikat pertahanan Itali, Oto Melara. Ia berdasarkan rekaan Oto Melara 76/62C dan kemudian berevolusi menjadi 76/62 SR dan 76/62 Strales.

Sistem ini cukup kompak untuk dipasang pada kapal perang kecil. Kadar tembakan yang tinggi dan kesediaan julat peluru menjadikan ia sebagai sebuah pelantar pertahanan titik anti peluru berpand, anti pesawat, anti permukaan dan sokongan darat yang versatil. Jenis pelurunya termasuk perobek armor, incendiary, kesan pecahan tertumpu; membolehkan ia dipasarkan sebagai sebuah senjata yang mampu memusnahkan peluru berpandu anti kapal yang sedang terbang.[perlu rujukan] Sistem meriam ini bersama dengan sebuah kupola halimunan kini juga ditawarkan.

OTO Melara 76 mm telah dieksport secara meluas dan kini digunakan lebih daripada 60 buah tentera laut. Baru-baru ini ia telah dipilih berbanding dengan meriam laut Perancis 100mm untuk digunakan bagi project bersama Itali/Perancis kelas-Horizon dan frigat FREMM.

Pada 27 September 2006, Iran telah mengumumkan bahawa ia telah memulakan pengeluaran besar-besaran sebuah meriam artileri laut bernama Fajr-27, yang mana merupakan sebuah kejuruteraan berbalik ke atas meriam Oto Melara 76 mm.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Iran to mass produce new artillery gun". Middle East Online. 27 September 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 September 2007. Dicapai pada 5 Ogos 2012. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]