Oasis (kugiran)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Oasis
Oasis Liam and Noel.jpg
Vokalis Liam Gallagher, dan Gitaris Noel Gallagher membuat persembahan di San Diego, California pada 18 September 2005
Latar belakang
Berasal dariManchester,  England
GenreRock, Britpop, alternative rock
Tahun aktif1991–2009
Syarikat rakaman
Creation, Epic, Columbia, Sony Music, Big Brother, Reprise
Pengkarya berkait
The Rain, Beady Eye, Ride, Heavy Stereo, Hurricane No. 1, Noel Gallagher's High Flying Birds
Laman sesawang
oasisinet.com
Bekas ahliLiam Gallagher
Paul "Guigsy" McGuigan
Paul "Bonehead" Arthurs
Tony McCarroll
Noel Gallagher
Alan White
Gem Archer
Andy Bell

Oasis ialah sebuah kugiran rock Inggeris yang ditubuhkan di Manchester pada 1991. Pada asalnya dikenali sebagai The Rain, Oasis dibentuk oleh Liam Gallagher (vokal dan tamburin), Paul Arthurs (gitar), Paul McGuigan (gitar bes) dan Tony McCarroll (dram, perkusi). Tidak lama kemudian Abang kepada Liam, Noel Gallagher (gitar utama dan vokal) turut bergabung membentuk Oasis. Mereka mempunyai 8 Single Nombor Satu di UK dan 8 Album Nombor Satu di UK serta pernah memenangi 15 penghargaan di NME Awards, 9 di Q Awards, 4 di MTV Europe Music Awards dan 6 di Brit Awards. Mereka juga telah tercalon sebanyak tiga kali di Anugerah Grammy. Sehingga 2009, Kumpulan ini telah berjaya mengutip penjualan album sebanyak 70 juta di seluruh dunia.[1] Kumpulan ini tersenarai di Guinness World Records pada 2010 untuk “Longest Top 10 UK Chart Run by a Group”.[2] Kumpulan ini juga memegang rekod dunia di Guinness World Record kerana menjadi penggiat muzik dari United Kingdom paling berjaya pada 1995 dan 2005 dengan berada selama 765 minggu di carta Top 75 Singles and Albums.[3][4]

Ahli kumpulan Oasis telah menandatangi kontrak bersama syarikat rakaman bebas, Creation Records dan kemudian mengeluarkan album studio debut pertama berjudul Definitely Maybe pada 1994. Pada tahun berikutnya, mereka merakam album kedua berjudul (What's the Story) Morning Glory? (1995) bersama pemain dram baru iaitu Alan White. Ketika itu, mereka sedang berada dalam saingan sengit bersama musuh tradisi dalam dunia Britpop iaitu kumpulan Blur dalam Carta lagu. Adik-beradik Gallagher sering dipaparkan dalam tabloid-tabloid dan majalah-majalah kerana persengketaan mereka dan gaya hidup yang liar. Pada tahun 1997, Oasis mengeluarkan album ketiga, Be Here Now lalu menjadi album yang paling cepat laris di pasaran dalam sejarah. Walau bagaimanapun, populariti album tersebut dengan pantas merundum. Paul McGuigan dan Paul Arthurs menarik diri dari Oasis ketika mereka sedang sibuk mengeluarkan album Standing on the Shoulder of Giants pada tahun 2000 lalu telah digantikan oleh Gem Archer dan Andy Bell. Kumpulan Oasis kemudian kembali mencapai populariti serta kejayaan tahun pada 2005 dengan album Don't Believe the Truth.[5] Pada Bulan Ogos 2009, Noel Gallagher mengumumkan menarik diri dari Oasis.[6][7][8] Kumpulan yang dibentuk oleh ahli kumpulan yang masih kekal itu kemudiannya meneruskan perjuangan dengan dipimpin oleh Liam Gallagher di atas nama baru Beady Eye,[9] Sementara Noel meneruskan projek solonya Noel Gallagher's High Flying Birds.

Ahli kumpulan[sunting | sunting sumber]

Ahli terakhir
Bekas ahli

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Some might say Oasis are still world beaters after Slane gig". The Belfast Telegraph. 22 Jun 2009. Dicapai pada 4 Mei 2010.
  2. ^ "Oasis, Coldplay & Take That enter Guinness World Records 2010 Book – Guinness World Records Blog post". Community.guinnessworldrecords.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-11. Dicapai pada 23 Jun 2010.
  3. ^ Oasis receive Outstanding Brit Award . Dicapai pada 4 Mei 2010.
  4. ^ Oasis get the guinness' in. Dicapai pada 4 Mei 2010.
  5. ^ "Oasis top best British album poll". BBC News. 18 Februari 2008. Dicapai pada 21 Februari 2009.
  6. ^ "Oasis split as Noel quits group". BBC News. 29 Ogos 2009.
  7. ^ "Oasis annule son concert à Rock-en-Seine et se sépare". Le Parisien. France. 29 Ogos 2009. Dicapai pada 29 Ogos 2009.
  8. ^ "Oasis annonce la fin du groupe rock". Ouest France. 29 Ogos 2009. Dicapai pada 29 Ogos 2009.
  9. ^ "Oasis – Liam Gallagher renames Oasis". Contactmusic.com. 5 Februari 2010. Dicapai pada 7 Februari 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]