Pergi ke kandungan

Oasis Siwa

Oasis Siwa
واحة سيوة
Mengikut arah jam dari atas:
Perkampungan Gunung Shali, Runtuhan Siwa Lama, Tasik Aftnas, Menara-Menara Merpati, oasis berhampiran Siwa.
Lokasi dalam Lekukan Qattara
Lokasi dalam Lekukan Qattara
Oasis Siwa yang terletak di Mesir
Oasis Siwa
Oasis Siwa
Lokasi di Mesir
Koordinat: 29°12′19″U 25°31′10″T / 29.20528°U 25.51944°T / 29.20528; 25.51944
NEgaraMesir
KegabenoranMatrouh
Keluasan
  Jumlah
78 batu persegi (201 km2)
Ketinggian
62 ft (19 m)
Penduduk
   Anggaran 
(2021)
25,031
Zon waktuUTC+2 (EST)

Oasis Siwa atau Wahah Siwa (Arab: واحة سيوة Wāḥat Sīwah [ˈwæːħet ˈsiːwæ]) ialah sebuah oasis dan bandar di Mesir. Ia terletak di antara Lekukan Qattara dan Laut Pasir Besar di Gurun Barat, 50 kilometer (31 bt) timur dari sempadan Mesir–Libya dan 560 kilometer (350 bt) dari ibu kota Mesir Kaherah.[1][2][3] Ia terkenal kerana pada zaman Mesir Purba ia merupakan tempat takahun Amun, yang runtuhannya kini merupakan tarikan pelancong yang popular. Oleh itu, nama purbanya ialah Oasis Amun-Ra, sempena nama dewa Mesir utama itu.[4]

sxtiAmiAmiAmxAst
sḫt jꜣmw[5][6]
dalam hieroglif Mesir

Nama Mesir Purba bagi oasis ini ialah sḫt jꜣmw, yang bermaksud "Padang Pokok". Nama tempat aslinya daripada bahasa Libya mungkin dikekalkan dalam bahasa Mesir sebagai t̠ꜣ(j) n d̠rw "tꜣj di pinggir" yang mana t̠ꜣ ialah transkripsi untuk nama tempatnya daripada bahasa Paleo-Berber, *Se atau *Sa.[7] Nama ini kekal dalam karya-karya ahli geografi Muslim sebagai سنترية Santariyyah.

Siwah ialah nama Arab bagi oasis yang dipanggil Sali dalam bahasa Berber.[8] Oasis ini juga dipanggil Isiwan dalam bahasa Berber moden.

Etimologi perkataan سيوة Siwah tidak jelas. Champollion menyatakan ia berasal daripada bahasa Qibti ⲥⲟⲟⲩϩ (soouh) – bentuk cacat perkataan Mesir untuk "oasis", ⲟⲩⲁϩ (ouoh).[9] Terdapat juga bukti ia daripada nama tempat lain di Oasis Kharga yang mungkin mempunyai etimologi sama – S.t-wȝḥ, kini Deir el-Hagar).[10] Basset mengaitkannya dengan nama suku Berber swh yang direkodkan lebih jauh di barat pada zaman Islam awal,[11] manakala Ilahiane,[12] mengikut Chafik, mengaitkannya dengan perkataan bahasa Berber Shilha asiwan, sejenis burung pemangsa, dan seterusnya dengan Amun-Ra, dewa yang dilambangkan dengan burung falkon.[13] Beberapa pengarang klasik memanggil tempat ini "Ammonium".[14]

Sistem pengelasan iklim Köppen-Geiger mengelaskan iklimnya sebagai gurun panas (BWh),[15] sama seperti seluruh Mesir.

Data iklim untuk Siwa (1961–1990)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Rekod tinggi suhu, °C (°F) 29.3
(84.7)
34.6
(94.3)
41.6
(106.9)
44.8
(112.6)
48.0
(118.4)
48.2
(118.8)
45.2
(113.4)
46.2
(115.2)
42.8
(109.0)
41.9
(107.4)
37.5
(99.5)
29.0
(84.2)
48.2
(118.8)
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 19.3
(66.7)
21.5
(70.7)
24.5
(76.1)
29.9
(85.8)
34.0
(93.2)
37.5
(99.5)
37.5
(99.5)
37.0
(98.6)
34.6
(94.3)
30.5
(86.9)
25.0
(77.0)
20.5
(68.9)
29.3
(84.7)
Purata suhu harian, °C (°F) 12.1
(53.8)
14.0
(57.2)
17.3
(63.1)
21.9
(71.4)
25.8
(78.4)
29.2
(84.6)
29.9
(85.8)
29.4
(84.9)
27.1
(80.8)
22.8
(73.0)
17.3
(63.1)
13.2
(55.8)
21.7
(71.1)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) 5.6
(42.1)
7.1
(44.8)
10.1
(50.2)
13.7
(56.7)
17.8
(64.0)
20.4
(68.7)
21.7
(71.1)
21.4
(70.5)
19.5
(67.1)
15.5
(59.9)
10.2
(50.4)
6.5
(43.7)
14.1
(57.4)
Rekod rendah suhu, °C (°F) −2.2
(28.0)
−1.3
(29.7)
0.3
(32.5)
5.7
(42.3)
7.5
(45.5)
14.0
(57.2)
17.5
(63.5)
15.9
(60.6)
11.7
(53.1)
7.8
(46.0)
2.9
(37.2)
−0.7
(30.7)
−2.2
(28.0)
Purata kerpasan, mm (inci) 2
(0.1)
1
(0.0)
2
(0.1)
1
(0.0)
1
(0.0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
2
(0.1)
1
(0.0)
9
(0.4)
Purata bilangan hari kerpasan (≥ 1.0 mm) 0.3 0.1 0.1 0.2 0 0 0 0 0 0 0.1 0.2 1.0
Purata kelembapan relatif (%) 56 50 46 38 34 33 37 41 44 50 56 59 45.3
Purata titik embun, °C (°F) 2.8
(37.0)
2.7
(36.9)
4.7
(40.5)
5.5
(41.9)
7.5
(45.5)
9.8
(49.6)
12.5
(54.5)
13.5
(56.3)
13.2
(55.8)
11.5
(52.7)
7.7
(45.9)
4.4
(39.9)
8.0
(46.4)
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari 230.7 248.4 270.3 289.2 318.8 338.4 353.5 363.0 315.6 294.0 265.5 252.8 3,540.2
Sumber: NOAA[16]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. Siwa, Encyclopædia Britannica, 2007
  2. Bard, Kathryn A.; Shubert, Steven Blake, penyunting (1999), Encyclopedia of the Archaeology of Ancient Egypt, Routledge (UK), ISBN 978-0-415-18589-9
  3. Arnold, Dieter; Strudwick, Helen; Strudwick, Nigel, penyunting (2003), The Encyclopaedia of Ancient Egyptian Architecture, I B Tauris, ISBN 978-1-86064-465-8
  4. Deities in Ancient Egypt – Amun
  5. Gauthier, Henri (1928). Dictionnaire des Noms Géographiques Contenus dans les Textes Hiéroglyphiques Vol. 5. m/s. 49–50.
  6. Budge, E. A. Wallis (1920). An Egyptian hieroglyphic dictionary : with an index of English words, king list and geological list with indexes, list of hieroglyphic characters, coptic and semitic alphabets, etc. Vol. II. m/s. 1035.
  7. Kaper, Olaf (January 1998). "Life on the Fringe: Living in the Southern Egyptian Deserts During the Roman and Early-Byzantine Periods" (dalam bahasa Inggeris): 160. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  8. Miller, Catherine (1996). "Nubien, berbère et beja : Notes sur trois langues vernaculaires non arabes de l'Égypte contemporaine". Égypte/Monde Arabe (27–28): 411–431. doi:10.4000/ema.1960.
  9. Champollion, Jean-François (1814). L'Égypte sous les pharaons, ou recherches sur la géographie, la religion, la langue, les écritures et l'histoire de l'Égypte avant l'invasion de Cambyse. Bure Frères. m/s. 294.
  10. "TM Places". www.trismegistos.org. Dicapai pada 2020-01-09.
  11. Basset, René (1890), Le dialecte de Syouah, Paris: Ernest Leroux, m/s. 3
  12. Ilahiane, Hsain (2006), "Siwa Oasis", Historical dictionary of the Berbers (Imazighen), Historical dictionaries of peoples and cultures, 5, Lanham, MD: Scarecrow Press, Inc, m/s. 111, ISBN 978-0-8108-5452-9
  13. "Siwa Oasis | oasis, Egypt". Encyclopedia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-05-19.
  14. Howatson, M.C. Oxford companion to classical literature. 3rd ed. Oxford: Oxford UP, 2013, 626.
  15. "Climate Siwa – Climate graph, Temperature graph, Climate table (altitude: −15m)". Climate-Data.org. Dicapai pada 19 October 2013.
  16. "Siwa Climate Normals 1961–1990". National Oceanic and Atmospheric Administration. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 October 2023. Dicapai pada 3 October 2023.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]