Obor Rakyat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Obor Rakyat
Jenis Akhbar
Format Terbitan lebar sehelai
Pemilik Media Prima Berhad
Penyunting Setyardi Budiono
Diasaskan 5 Mei 2014
Ibu pejabat Jakarta, Indonesia
Laman sesawang www.oborrakyat.com


Obor Rakyat ialah akhbar Indonesia yang dahulunya saiz lejar akhbar besar, diterbit dalam bentuk tabloid. Ia diasaskan pada 5 Mei 2014. Merupakan lidah rasmi Kerajaan Indonesia di bawah pentadbiran presiden Susilo Bambang Yudhoyono. Diterbit seperti Berita Harian, sehingga akhbar ini dimiliki oleh Media Prima Berhad.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Akhbar ini bersaiz kompak dan menyasarkan kepada semua peringkat lapisan masyarakat dengan cogankata "Indonesia Bebas Bicara". Ia merupakan akhbar bebas yang diterbit untuk kali pertama dalam Pilihanraya Presiden Indonesia 2014. Akhbar ini diedarkan sebagai akhbar Islam di pelbagai masjid dan surau.

Tuduhan[sunting | sunting sumber]

Obor Rakyat telah dituduh menghina Joko Widodo, bekas datuk bandar Surakarta.[1] Seorang pengkritik bahkan mendakwa bahawa akhbar ini memiliki pertalian dengan Kerajaan Indonesia, yang pada masa itu di bawah pentadbiran Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.[2] Tetapi, perkara tersebut telah dinafikan ketika Setyardi Budiono bercakap bahawa Oey Hong Liong masih hidup. Oey Hong Liong ialah anak kepada usahawan Indonesia, Eka Tjipta Widjaja.

Rencana diteruskan Utusan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Rencana mengenai Joko Widodo merupakan proksi Amerika Syarikat[3] yang pernah diterbit oleh Obor Rakyat beberapa bulan lepas telah diteruskan oleh Utusan Malaysia melalui isu bahawa Joko Widodo memohon supaya Susi Pudjiastuti mengkaramkan bot dan menahan 200 nelayan Malaysia.[4] Utusan Malaysia dikecam oleh para cyber troopers daripada Indonesia, kerana memaparkan rencana tersebut. Pada pendapat mereka, Utusan Malaysia digelar "pemilik syarikat Obor Rakyat". Bukan itu sahaja, mereka juga mengecam Susilo Bambang Yudhoyono yang juga bersetuju dengan rencana Utusan Malaysia tersebut.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]