Oktovia Manrose

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Octovia Manrose)
Oktovia Manrose
Kelahiran
Wan Syamira Putri Oktovia binti Wan Syahman

(1991-10-29) 29 Oktober 1991 (umur 31)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2013–kini
Pasangan
  • Mohd. Izat Abdul Rahman (k. 2011; c. 2015)
  • Mohamad Khairul Efsan Mdisa (k. 2021)
Anak-anak1
Ibu bapa
Saudara
  • Ramada Manrose (Abang Kandung)
  • Aprena Manrose (Adik Kandung)
  • Nelissa Senrose (Sepupu Belah Ibu)
  • Uqasha Senrose (Sepupu Belah Ibu)
  • Nelydia Senrose (Sepupu Belah Ibu)
  • Raysha Rizrose (Sepupu Belah Ibu)
  • Danitra Rizrose (Sepupu Belah Ibu)
  • Qirana Rizrose (Sepupu Belah Ibu)
  • Arjuna Rizrose (Sepupu Belah Ibu)
KeluargaRosmizai Mohd Noor (Ibu Saudara)

Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman atau lebih dikenali sebagai Oktovia Manrose (juga disebut Octovia Manrose; lahir 29 Oktober 1991) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia.[1] Beliau merupakan anak kepada pasangan penyanyi dangdut terkenal, Iwan dan pelakon Allahyarhamah Rosnah Mohd Noor. Adiknya, Aprena Manrose juga merupakan seorang pelakon.[2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada Selasa 29 Oktober 1991 Masihi bersamaan 20 Rabitul Akhir 1412 Hijrah di Kuala Lumpur kepada ibu bapanya, Iwan Syahman yang merupakan penyanyi dangdut terkenal era 90-an dan Allahyarhamah Rosnah Mohd Noor, pelakon terkenal era 80-an. Beliau merupakan anak kedua daripada tiga beradik. Abang sulungnya ialah Ramada Manrose dan adiknya ialah Aprena Manrose, juga bergiat aktif dalam bidang lakonan.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Mengikut jejak langkah sepupunya, Nelydia dan Uqasha Senrose yang terlebih dahulu bergiat aktif dalam bidang lakonan, Octovia menerima pendedahan awal dalam bidang lakonan menerusi peranan kecil dalam drama Cinta Si Wedding Planner yang dibintangi oleh Adi Putra dan Mira Filzah.

Beliau berlakon di samping Nabila Huda dan Ungku Ismail Aziz dalam drama Dendam Aurora; Octovia memegang watak sebagai Hanna. Beliau juga pernah muncul dalam beberapa episod drama Gerak Khas. Beliau berlakon di samping sepupunya, Nelydia Senrose yang bergandingan dengan Addy Ashraf dalam drama Cinta Tiada Ganti, yang diadaptasi dari telenovela Filipina, Sana'y Wala Nang Wakas. Octovia memegang watak sebagai Fatin.

Octovia membuat penampilan sulungnya di layar lebar menerusi filem Minah Moto (2017) arahan Ahmad Idham lakonan Dayana Roza; beliau memegang watak Aju.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Octovia berkahwin dengan Mohd Izat Abd. Rahman pada 23 Februari 2011 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Zulkarnain (lahir 23 Disember 2011). Octovia dan Mohd Izat memfailkan perceraian mereka pada 2015.[3] Pada 27 Februari 2019, Octovia dikaitkan mempunyai hubungan dengan Aliff Aziz. Kisah tersebut menyebabkan spekulasi yang hangat antara Octovia dan isteri Aliff, Bella Astillah.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2017 Minah Moto Aju Filem pertama
2020 Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda Teratai

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2014 Gerak Khas (Musim 14) Sherry TV2 Episod: "Sherry"
Yati Episod: "Durjana"
Bercakap Dengan Jin Astro Mustika HD Drama adaptasi naskah
2015 Cinta Si Wedding Planner TV3
Gerak Khas (Musim 15) Zarina TV2 Episod: "Dukun"
Dhia Sofea Lorena Muda TV3
2016 Biar Aku Jadi Penunggu Hayati
Hajah Heathrow Kembali
Umairah Puteri Nur Sabrina
Tanah Kubur (Musim 15) Astro Oasis Episod: "Makbul Sudah Doa Ibu"
2017 Encik Suami Mat Salih Celup TV3
Dendam Aurora Hanna Astro Prima
Gerak Khas (Musim 17) TV2 Episod: "Misteri Black Maria"
2018 Cinta Tiada Ganti Fatin Astro Prima
2019 Setelah Cinta Itu Pergi Asra Jihan TV3
Pop Yeah Yeah Mira
Iktibar Hafizah Episod: "Ke Mana Tumpahnya Kuah Kalau Tak Ke Nasi"
2020 Bukan Kahwin Paksa Nita
Bila Cupid Jatuh Cinta Fira
2021 Hari Kita Jatuh Cinta Julia Anita Awesome TV
2022 Roxy Katalina TV3

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2016 Tercipta Untukku Astro First Eksklusif
2017 Tangisan Kubur Astro Citra
2018 Adakah Aku Bersalah Leya TV3
Abang Kandung Sara
2020 Tuan Petri Saadong Puteri Saadong Astro Citra
2021 Dosa Itu Bukan Miliknya Munirah TV2
2022 Tanam Apa Tu Bang Aji TV3

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Norhayati Nordin (29 Oktober 2017). Via belum sedia jadi heroin Harian Metro. Dicapai pada 20 Jun 2018.
  2. ^ Biodata Octovia Manrose Azhan (30 April 2017). Dicapai pada 6 Julai 2018.
  3. ^ Syarridzuan Abdul Rashid (27 Februari 2017). Octovia Manrose bangga besarkan anak seorang diri Berita Harian. Dicapai pada 6 Julai 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]