Odette Annable

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Odette Annable
OdetteYustmanJun09.jpg
Annable pada Jun 2009
Kelahiran
Odette Juliette Yustman

(1985-05-10) 10 Mei 1985 (umur 38)
Los Angeles, California, A.S.
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1990–kini
PasanganDave Annable
(2010–kini)

Odette Juliette Annable (nee Yustman, lahir 10 Mei 1985) ialah seorang pelakon wanita Amerika Syarikat. Beliau dikenali menerusi peranannya dalam filem dan televisyen, termasuk watak utamanya sebagai Dr. Jessica Adams dalam siri drama perubatan Fox House, Beth McIntyre dalam filem Cloverfield, Aubrey Diaz dalam siri drama ABC October Road, Samantha Arias/Reign dalam Supergirl, dan Nola Longshadow di Banshee.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Annable dilahirkan di Los Angeles, California. Bapanya berwarganegara Colombia yang berketurunan Itali dan Perancis, ibunya berasal dari Fuba. Beliau menamatkan pelajaran di Woodcrest Christian High School di Riverside, California.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Annable di San Diego Comic-Con 2017.

Annable melakonkan watak sebagai mahasiswa penutur bahasa Sepanyol dalam Kindergarten Cop pada usia 5 tahun. Beliau kemudian membintangi siri TV South Beach dan October Road. Beliau menjayakan peranan utama dalam filem Lifetime Reckless Behavior: Caught on Tape, dan Cloverfield,[2] serta penampilan dalam filem komedi Walk Hard, dan juga filem The Unborn.

Pada tahun 2011, beliau memegang watak sebagai seorang jururawat bernama Annie Miller di musim kelima Brothers & Sisters.[3] Annable melakonkan watak Melanie Garcia dalam siri komedi Breaking News sebagai pelakon tetap di musim pertamanya yang muncul sebagai pelakon undangan dalam musim seterusnya.[4][5] Beliau berlakon dalam siri TV House sebagai Dr. Jessica Adams, dan terus kekal bersama siri itu sehingga Mei 2012.[6]

Pada Mac 2014, Annable memegang watak sebagai Trudy Cooper dalam siri ABC The Astronaut Wives Club.[7]

Pada tahun 2017, beliau menjadi salah seorang pelakon utama dari siri CW Supergirl sebagai Samantha Arias.[8]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Annable berkahwin dengan pelakon Brothers & Sisters Dave Annable pada Oktober 2010.[9] Beliau melahirkan seorang anak perempuan pada September 2015.[10] Pada Oktober 2019, pasangan itu mengumumkan perpisahan mereka, tetapi mengumumkan perdamaian mereka pada Ogos 2020.[11][12]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem
Tahun Tajuk Peranan Catatan
1990 Kindergarten Cop Rosa
1996 Remembrance Charlotte
Dear God Angela, Daughter
2006 The Holiday Kissing Couple
2007 Reckless Behavior: Caught on Tape Emma Norman
Transformers Socialite Girl
Walk Hard: The Dewey Cox Story Reefer Girl
2008 Cloverfield Elizabeth "Beth" McIntyre
2009 The Unborn Casey Beldon
Operation: Endgame Temperance
2010 Group Sex Vanessa
And Soon the Darkness Ellie
You Again Joanna
2011 Beverly Hills Chihuahua 2 Chloe Suara
The Double Joanie Geary
2017-2018 Supergirl Samantha Arias (Sam) / Reign
Televisyen
Tahun Tajuk Peranan Catatan
2004 Quintuplets Kelly Helberg 1 episod
2006 South Beach Arielle Casta Pelakon tetap; 6 episod
Monk Courtney 1 episod
2007-2008 October Road Aubrey Diaz Pelakon tetap; 19 episod
2008 Life on Mars Adrienne 1 episod
2010-2011 Brothers & Sisters Annie 5 episod
2011-kini Breaking In Melanie Garcia Pelakon utama; 7 episod
House Dr. Jessica Adams Pelakon utama
Permainan video
Tahun Tajuk Peranan Catatan
2008 Fallout 3 Amata Almodovar Suara

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Moreno Valley | PE.com | Southern California News | News for Inland Southern California". web.archive.org. 2009-03-11. Dicapai pada 2021-02-24.
  2. ^ "Odette Yustman Videos, Pics, News, Bio - AskMen". web.archive.org. 2012-03-26. Dicapai pada 2021-02-24.
  3. ^ "Brothers & Sisters: Dave Annable's Real-Life Fiancée Cast as His [Spoiler Alert]!". E! Online. 21 September 2010. Dicapai pada 2021-02-24.
  4. ^ "FOX Broadcasting Company - Breaking In TV Show - Breaking In TV Series - Breaking In Episode Guide". web.archive.org. 2012-04-04. Dicapai pada 2021-02-24.
  5. ^ "bi_23-odette-office_2611_ly | cast-promotional-photos | season-1 | Breaking In | Photos | SpoilerTV". images.spoilertv.com. Dicapai pada 2021-02-24.
  6. ^ "Odette Annable Discusses Doing Double Duty on 'House' and 'Breaking In'". The Hollywood Reporter (dalam bahasa Inggeris). 2011-09-13. Dicapai pada 2021-02-24.
  7. ^ "Odette Annable to Co-Star in ABC's 'Astronaut Wives Club'". The Hollywood Reporter (dalam bahasa Inggeris). 2014-03-14. Dicapai pada 2021-02-24.
  8. ^ Petski, Denise; Petski, Denise (2017-05-31). "'Supergirl': Odette Annable To Play Reign In Season 3". Deadline (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-02-24.
  9. ^ "Dave Annable and Odette Yustman Wed". PEOPLE.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-02-24.
  10. ^ "Dave and Odette Annable Welcome Daughter Charlie Mae". PEOPLE.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-02-24.
  11. ^ "Dave and Odette Annable Separate After 9 Years of Marriage". PEOPLE.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-02-24.
  12. ^ "Dave and Odette Annable Confirm They're Back Together 9 Months After Separation". PEOPLE.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-02-24.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]