Odoacer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Odoacer
Raja Itali
Syiling Odoacer, Ravenna, 477, dengan profil Odoacer, digambarkan dengan misai "barbarian".
Pemerintahan476 - 493
Didahului olehRomulus Augustus
Diikuti olehTheodoric Agung
AyahandaEdeko

Flavius Odoacer (435–493) , juga dikenali sebagai Flavius Odovacer (Bahasa Itali: Odoacre, Bahasa Latin: Odoacerus, Bahasa German: Odoaker), adalah seorang tentera pada tahun 476 seterusnya menjadi raja Itali pertama (476-493). Pemerintahan beliau menandakan runtuhnya Empayar Rom Barat. Walaupun seluruh Semanjung Itali berkuasa di tangan beliau, beliau mewakili diri beliau sendiri sebagai klien Julius Nepos dan selepas kematian Julius Nepos pada tahun 480, beliau mewakili dirinya sebagai klien Maharaja Bizantin. Odoacer menggunakan nama panggilan Roman iaitu patrician (Bangsawan), nama panggilan yang diberikan oleh Maharaja Zeno, tetapi beliau juga dirujuk sebagai seorang raja (Bahasa Latin: Rex) di dalam banyak dokumen dan beliau sendiri menggunakan nama panggilan tersebut di dalam konsul Basilius. Odoacer memperkenalkan beberapa perubahan terpenting di dalam sistem pentadbiran Itali. Beliau pernah menyokong Senat Rom dan dapat mengagihkan kawasan kepada pengikutnya tanpa banyak bantahan. Pergolakan di antara pahlawan-pahlawan beliau membawa kepada keganasan pada tahun 477-478, tetapi tiada gangguan berlaku semasa tempoh pemerintahannya selepas tahun 478. Walaupun Odoacer ialah penganut agama Kristian Arianisme, beliau jarang mengikuti upacara keagamaan gereja negeri ortodoks dan trinitarian Empayar Rom.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • "Odoacer" . The American Cyclopædia. 1879.

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Thompson, E. A. Romans and Barbarians: The Decline of the Western Empire. Madison: University of Wisconsin Press, 1982. ISBN 0-299-08700-X.
Didahului oleh
Romulus Augustus
Maharaja Rom Barat
Raja Itali
476–493
Diikuti oleh:
Theodoric Agung

Templat:Antique Kings of Italy