Ogdoad (Mesir purba)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Gambaran Ogdoad dengan kepala ular dan katak (Ukiran timbul dari zaman Rumawi di kuil Hathor di Denderah).
Gambaran menunjukkan Ogdoad di kuil Philae.[1]

Dalam kepercayaan Mesir purba, Ogdoad (Bahasa Yunani Kuno: ὀγδοάς "lapan Agung"; Mesir purba: ḫmnyw, nisba majmuk ḫmnw "lapan") atau Parasta (daripada pinjaman Sanskrit: para "tinggi, agung", dan asta "lapan") merupakan lapan dewa kuno asal yang disembah dahulu kala di Hermopolis.

Sumber yang menyebut Ogdoad berasal daripada zaman Kerajaan Lama Mesir, dan kelihatan begitu kuno dan lapuk sehingga telah dilupakan semua orang kecuali pakar bidang keagamaan, walaupun digubah masa Prasasti Ahram hingga ke penghujung Kerajaan Lama. Ogdoad sering dinyatakan dalam Teks Keranda dari Kerajaan Pertengahan Mesir. Gambaran tertua Ogdoad yang ditemui tidak berasal dari zaman sebelum Firaun Seti I (Kerajaan Baharu, kurun ke-13 SM), dan ia dijumpai semula semasa ahli bidang keagamaan Hermopolis mencari hikayat penciptaan Mesir yang lebih teliti.[2]

Teks-teks dari Zaman Akhir menceritakan bahawa dewa mempunyai kepala katak manakala dewi mempunyai kepala ular, dan sering digambarkan dalam ukiran timbul dalam Kerajaan Ptolemy.[3]

E. A. Wallis Budge (1904) membandingkan kepercayaan ini dengan empat pasang dewa kuno yang disebut dalam mitos penciptaan Babylon Enûma Eliš, iaitu Abzu dan Tiamat, Lakhmu dan Lakhamu, Ansyar dan Kisyar, Anu danNudimmud.[4]

Budge juga suarakan pendapatnya bahawa Ogdoad ialah "para dewa" yang asal, atau pꜣwt nṯrw, dilambangkan dengan sembilan "paksi" atau "tiang bendera" (tulisan lambang untuk "tuhan",

N10
t
R8 R8 R8 R8 R8 R8 R8 R8 R8

), terhasil dengan menambah seorang dewa agung Heliopolis kepada para Ogdoad yang asal, iaitu Tem, oleh penggubah sistem ketuhanan yang menyerupai Prasasti Ahram.[5]

Nama[sunting | sunting sumber]

Kelapan-lapan dewa dipasangkan secara dewa-dewi (dan nama dewi berasal daripada nama dewa), seperti berikut:[6]

Nu
W24 W24 W24
N1
N35AA40
Naunet
W24 W24 W24
N1
N35AX1
H8
B1
Ḥeḥu
V28V28G43A40
Ḥeḥut
V28V28G43X1
H8
B1
Kekui
V31
V31
yG43N2A40
Kekuit
V31
V31
yG43N2X1
H8
B1
Qerḥ
W11
r
V28D41A40
Qerḥet
W11
r
V28D41
X1 H8
B1

Nama Nu and Naunet ditulis dengan huruf penerang (huruf yang membezakan antara dua maksud untuk satu perkataan) untuk langit dan air, dan mungkin juga ia melambangkan air dari hikayat penciptaan Mesir.

Pasangan keempat mempunyai banyak nama lain; kadangkala nama Qerḥ diganti dengan Ni, Nenu, Nu, atauAmun, dan Qerḥet diganti dengan Ennit, Nenuit, Nunu, Nit, atau Amunet. Maksud baku untuk qerḥ ialah "malam", tetapi penerang yang diimbuhkan (D41 untuk "berhenti, tamat, menolak") juga bermaksudkan rehat.[7]

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Ḥeḥu dan Ḥeḥut tidak mempunyai huruf penerang; menurut Brugsch (1885), nama mereka dikaitkan dengan perkataan untuk 'tidak terperi' atau anta permana (infiniti), ḥeḥ, dan juga memaksudkan aion atau berzaman-zaman. Tetapi menurut konteks dalam beberapa petikan yang menyebut Ḥeḥu, Brugsch juga berkata yang ia mungkin sebuah personifikasi atmosfera antara langit dan bumi (bandingkan. Shu, dewa udara).

Nama Kekui dan Kekuit ditulis dengan sebuah penerang dengan menggabungkan lambang langit dengan tongkat atau cokmar yang digunakan untuk perkataan yang memaksudkan kegelapan dan kesamaran, dan kkw sebagai perkataan biasa bermaksud "kegelapan", menunjukkan bahawa dewa-dewi ini melambangkan kegelapan awal zaman.

Pasangan keempat tidak mempunyai ciri-ciri yang tetap kerana mempunyai banyak nama. Maksud baku qerḥ ialah "malam", tetapi penerang (D41 untuk "berhenti, tamat, menolak") juga bermaksud rehat.[8]

Tiada satu cara yang benar untuk cirikan tugas kempat-empat pasangan dewa-dewi ini, dan jelas sekali "orang Mesir purba sendiri tidak mempunyai satu faham yang jelas" berkenaan tugasan sebegitu.[9] Apapun, ada yang cuba untuk kaitkan mereka dengan "empat konsep tepat"[10] kepada empat pasangan. Contohnya, dalam konteks Kerajaan Baharu, Karenga (2004) menggunakan "kebendaliran" (untuk "banjir, air"), "kegelapan", "ketakterbatasan" dan "kehalimunanan" (untuk "rehat, lahu").[11]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Dilukis oleh Faucher-Gudin dari foto ditangkap oleh Béato. C.f. Lepsius, Denkm, iv.pl.66 c.", diterbit oleh Maspero (1897). Adegan dipecah dari "dua hujung adegan yang hebat di Philae, di mana para lapan, dipecahkan kepada dua kumpulan berempat, memuji-muji raja."
  2. ^ Sethe (1929), 35ff, 65f.
  3. ^ Smith, Mark (2002), On the Primaeval Ocean, m/s. 38 
  4. ^ Budge (1902), m/s 287f.
  5. ^ Budge 1904, m/s. 282.
  6. ^ Budge 1904, m/s. 283.
  7. ^ Budge 1904, m/s. 283-286.
  8. ^ Budge 1904, m/s. 283–286.
  9. ^ Budge 1904, m/s. 287–288.
  10. ^ Harco Willems (1996) - The Coffin of Heqata: (Cairo JdE 36418) : a Case Study of Egyptian Funerary Culture of the Early Middle Kingdom [Keranda Heqata: (Kaherah JdE 36418) : Sebuah Kajian Kes Berkenaan Budaya Pengebumian Mesir dalam Kerajaan Pertengahan Awal]. - m.s. 470f Peeters Publishers, 1996.
  11. ^ Maulana Karenga (2004) - Maat, the Moral Ideal in Ancient Egypt: A Study in Classical African Ethics [Maat, Keunggulan Akhlak di Mesir Purba: Sebuah Kajian dalam Etika Afrika Klasik] - m.s.177 Psychology Press, 2004 ISBN 0415947537 - Jilid 70 dalamOrientalia Lovaniensia analecta.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]