Oh My English! (musim ke-2)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Oh My English!
Logo-Oh My English! (musim ke-2).jpg
Logo Oh My English! musim kedua
GenreKomedi, pendidikan
Negara asal Malaysia
Bahasa
Bilangan episod20 (Senarai episod)
Penerbitan
Tempoh siaran30 minit
Syarikat penerbitan
Red Communications
Penyiaran
Saluran asalAstro TVIQ
Siaran asal31 Mac 2013 (2013-03-31) – Julai 28, 2013 (2013-07-28)
Kronologi
MengikutiMusim pertama
Pautan luar
Oh My English!

Oh My English! ialah musim kedua siri Oh My English!, dan merupakan sekuel bagi Oh My English! yang disiarkan pada tahun 2012. Rancangan ini bermula pada 31 Mac 2013 yang lalu dan memperkenalkan beberapa watak yang baru, termasuk Aaron Aziz dan Tiz Zaqyah.[1] Berbeza dari musim pertama, Oh My English! musim kedua disiarkan pada pulul 7 malam, dan bukan lagi pada pukul 10 pagi. Selepas episod ke-14 (Banjir), waktu penyiarannya ditukar kepada pukul 6 petang, dengan menyiarkan dua episod berturut-turut, dan episod kemuncaknya disiarkan selama satu jam.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon undangan[sunting | sunting sumber]

Watak dan perwatakan[sunting | sunting sumber]

Bagi musim kedua ini, si kembar, Faiz dan Faiza, telah berpindah ke sekolah lain kerana bapa mereka telah ditukarkan ke tempat lain. Bagaimanapun sebanyak empat watak baru yang diperkenalkan. Watak tersebut terdiri daripada dua orang guru dan dua orang murid.

1. Tiz Zaqyah sebagai Cikgu Ayu
Cikgu Ayu merupakan seorang guru Bahasa Melayu dari Terengganu. Beliau merupakan seorang yang baik hati dan mempunyai loghat Terengganu yang sangat kuat. Murid 3 Merah sangka bahawa Cikgu Ayu mempunyai 3G. Beliau amat cantik dan sukakan Mr. Middleton. Beliau mengajar Bahasa Malaysia dan tidak dapat bertutur Bahasa Inggeris dengan lancar pada mulanya, namun Mr. Middleton membantu Cikgu Ayu memperbaiki Bahasa Inggerisnya. Beliau juga pandai menyanyi.

2. Aaron Aziz sebagai Cikgu Malik
Cikgu Malik merupakan seorang guru Pendidikan Jasmani dan mengetuai pasukan bola sepak. Beliau sangat kuat dan tegas dan dikatakan agak melucukan. Beliau juga suka membawa novel cinta.

3. Syafie Naswip sebagai Azlan bin Azroi
Azlan merupakan seorang murid baru yang tidak pernah bergaul dengan sesiapa. Beliau sering membuli murid lain dan berpura-pura baik depan guru. Beliau mula berkomunikasi dengan Mr Middleton pada penghujung Program Mentor. Beliau juga sukakan motosikal dan bercita-cita untuk menjadi seorang pensyair.

4. Iezahdiyana sebagai Nurul Farhani
Hani merupakan seorang murid baru yang yakin dengan Bahasa Inggeris. Beliau seorang yang berani dan bersikap positif.

Senarai episod[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Senarai watak Oh My English (musim ke-2)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Walaupun muncul dalam video pembukaan, Aaron Aziz dikreditkan sebagai pelakon undangan.

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Aaron Aziz, Tiz Zaqyah, Antara Muka Baru 'Oh My English'". Malaysia: mStar Online. 21 Mac 2013. Dicapai 8 Mei 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]