Oh My English! (musim pertama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Oh My English! (musim pertama)
Logo-Oh My English!.jpg
Logo Oh My English!
GenreKomedi, pendidikan
Lagu pembukaan"Oh My English!"
Negara asal Malaysia
Bahasa
Bilangan episod20 (Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit eksekutifLina Tan
Tempoh siaran30 minit
Syarikat penerbitan
Red Communications
Syarikat pengedaran
Sony Pictures Television
Penyiaran
Saluran asalAstro TVIQ
Siaran asal20 Mei 2012 (2012-05-20) – September 16, 2012 (2012-09-16)
Kronologi
Diikuti olehMusim kedua
Pautan luar
Oh My English

Oh My English! ialah sebuah drama bersiri yang bertemakan komedi dan pendidikan di Malaysia yang bersiaran melalui Astro TVIQ.[1][2] Siri ini disiarkan pada pukul 10 pagi dan episod kemuncaknya disiarkan selama satu jam.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon undangan[sunting | sunting sumber]

Senarai watak dan perwatakan[sunting | sunting sumber]

1. Zain Saidin sebagai Mr. Henry Middleton

Beliau merupakan seorang pemuda yang berusia 27 tahun yang baru tiba dari UK untuk mengajar subjek bahasa Inggeris di SMK Ayer Dalam. Beliau merupakan seorang yang peramah dan berkeyakinan. Bapanya merupakan warganegara UK dan ibunya merupakan warganegara Malaysia. Henry berhijrah ke UK ketika berusia 6 tahun. Henry mempunyai minat di dalam bidang pendidikan dan bersedia untuk menghadapi cabaran baru. Namun begitu, bukan mudah baginya untuk berhadapan dengan pelajar-pelajar daripada kelas 3 Merah yang terkenal dengan kenakalan mereka.

2. Adibah Noor sebagai Puan Noor Hajar

Beliau ialah guru besar di SMK Ayer Dalam. Perwatakannya ialah bijak dan tabah. Beliau juga sangat disayangi oleh para pelajar. Beliau mempunyai falsafah bahawa pendidikan yang baik tidak hanya bergantung kepada buku teks. Oleh itu, beliau menggalakkan pelajar-pelajarnya untuk mencintai dunia pembelajaran.

3. Mr. Os sebagai Pak Sham

Beliau bertugas sebagai penjaga am atau penjaga sekolah. Beliau telah menyimpan cita-cita untuk mempelajari bahasa Inggeris tetapi berasa malu berikutan usianya yang telah lanjut. Beliau menyesal kerana tidak mengambil kesempatan untuk mempelajari bahasa tersebut ketika di sekolah dahulu. Namun begitu, beliau ingin membuktikan bahawa mempelajari ilmu sememangnya tidak mengenal usia.

4. Harun Salim Bachik sebagai Encik Mohd Salleh

Beliau mempunyai peranan sebagai penolong guru besar dan berperwatakan tegas dan garang dalam kalangan pelajar-pelajar di SMK Ayer Dalam. Malah, guru-guru di sekolah tersebut juga mempunyai anggapan yang sama. Beliau mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu untuk menjadi guru besar sekolah tersebut pada masa yang akan datang. Namun, beliau masih mempunyai masalah pertuturan di dalam bahasa Inggeris dengan betul. Beliau juga mempunyau moto iaitu “Jangan banyak fikir, nanti jadi gila”.

5. Izara Aishah sebagai Azlin

Beliau merupakan seorang gadis manja dan lebih senang disapa sebagai "Lynn". Beliau juga merupakan gadis tercantik di SMK Ayer Dalam. Beliau sangat suka untuk mendapat perhatian dan pujian tetapi kadangkala berasa kurang yakin terhadap dirinya sendiri. Beliau bercita-cita untuk menceburi bidang lakonan dan menjadi bintang handalan.

6. Addy Ashraf sebagai Shafiq bin Hamdi

Beliau amat meminati bola sepak dan bercita-cita untuk menjadi pemain ‘Harimau Muda’ serta mewakili negara. Minatnya yang mendalam terhadap bola sepak. Namun begitu, semua ini tidak menghalangnya untuk memikat Azlin, seorang gadis yang tercantik di SMK Ayer Dalam.

7. Ahmad Ezzrin Loy sebagai Faiz

Beliau seringkali digelar sebagai ‘mat rock’ di dalam kelasnya dan mempunyai saudara kembar iaitu Faiza. Perangainya dilihat agak kekok sedikit. Beliau juga suka menyakat Shafiq sehingga menaikkan kemarahan Shafiq. Beliau juga seorang yang santai dan gemar untuk memetik gitar.

8. Nurul Ezlisa Loy sebagai Faiza

Beliau merupakan saudara kembar kepada Faiz. Beliau mempunyai perwatakan yang cekal dan lasak. Beliau sentiasa melindungi Faiz kerana berasa Faiz memerlukan bantuan apabila berhadapan dengan murid lelaki yang lain. Beliau amat menyayangi haiwan dan bercita-cita untuk menjadi doktor haiwan pada suatu hari nanti. Beliau juga rapat dengan Anusha.

9. Mohd. Zhafir Muzani sebagai Mazlee

Beliau merupakan seorang yang kelakar dan suka menyindir rakan-rakannya. Beliau juga merupakan sahabat karib kepada Azlin. Beliau juga tidak pernah diam di dalam kelasnya. Selain itu, beliau sukakan kepada gosip dan seorang yang pakar di dalam bidang fesyen. Perkara ini telah menjadikan beliau sangat popular dalam kalangan pelajar-pelajar perempuan. Namun begitu, beliau sentiasa dibuli di sekolah. Beliau mempunyai ungkapan yang menjadi kegemarannya seperti “Oh My Gucci!”.

10. Kaameshaa Ravindran sebagai Anusha

Beliau ialah sahabat karib kepada Faiza. Pada setiap hari, beliau akan membawa mangkuk tingkat ke sekolah sehinggakan rakan-rakannya sentiasa menunggu kedatangannya untuk mengetahui apakah hidangan lazat yang dibawanya. Beliau adalah seorang yang pelupa tetapi disayangi oleh rakan kerana sikapnya yang periang.

11. Amer Sharrif sebagai Farouk

Beliau dianggap sebagai seorang yang kacak, angkuh dan pembuli. Beliau bersikap baik di hadapan gurunya tetapi bersikap sebaiknya apabila berhadapan dengan rakan-rakanya. Beliau suka membuli Mazlee kerana Mazlee rapat dengan Azlin. Beliau juga meminati Azlin secara rahsia.

12. Tan Teong Sik sebagai See Yew Soon

Beliau merupakan anak kepada pemilik kedai runcit. Beliau juga berpotensi untuk menjadi usahawan muda. Baginya, peluang untuk berniaga terbuka pada bila-bila masa. Beliau mempunyai ungkapan popularnya iaitu “Mesti boleh dapat!”

13. Muhd. Akhmal Mohd. Nazri sebagai Jibam

Beliau bernama Jamil (atau lebih dikenali sebagai Jibam), seorang yang digelar ‘Raja Lawak’ atau badut di dalam kelasnya. Beliau juga merupakan seorang yang tidak cermat, selalu tersandung dan jatuh. Jamil amat mengagumi Shafiq dan sentiasa mengekorinya ke mana beliau pergi. Beliau bercita-cita untuk menjadi pelawak seperti di dalam rancangan televisyen ‘Raja Lawak’, tetapi lawaknya seringkali tidak menjadi.

Senarai episod[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah senarai episod yang disiarkan pada musim pertama.

Siri Tajuk Tarikh penyiaran Sinopsis
1"Tak Kenal Maka Tak Cinta"20 Mei 2012 (2012-05-20)
2"Kita Boleh!"20 Mei 2012 (2012-05-20)
3"Cakap Atau Bayar?"27 Mei 2012 (2012-05-27)
4"Tunjuk Dan Cerita"3 Jun 2012 (2012-06-03)
5"Pengganti Mak Cik"10 Jun 2012 (2012-06-10)
6"Salah Sangka!"17 Jun 2012 (2012-06-17)
7"Chickenpox"24 Jun 2012 (2012-06-24)
8"Olimpik"1 Julai 2012 (2012-07-01)
9"Hari Bunga"8 Julai 2012 (2012-07-08)
10"Panasnya!"15 Julai 2012 (2012-07-15)
11"Selebriti"22 Julai 2012 (2012-07-22)
12"Blog Misteri"29 Julai 2012 (2012-07-29)
13"Kelas 3 Merah Cungkil Bakat!"5 Ogos 2012 (2012-08-05)
14"Tekanan"12 Ogos 2012 (2012-08-12)
15"Ucapan"19 Ogos 2012 (2012-08-19)
16"Pecah Tembelang"26 Ogos 2012 (2012-08-26)
17"Debat Hebat"2 September 2012 (2012-09-02)
18"Jualan Lambak"9 September 2012 (2012-09-09)
19"Perpisahan, Bahagian 1"16 September 2012 (2012-09-16)
20"Perpisahan, Bahagian 2"16 September 2012 (2012-09-16)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Astro. "Oh My English!". 
  2. ^ Budley (26 Mei 2012). "Oh My English". 

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]