Oh My English!

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Oh My English! (siri TV))
Oh My English!
Juga dikenali sebagai
OME
GenreSitkom
Remaja
Pendidikan
Cebisan hidup
PengarahUmi Salwana Omar
Dibintangi oleh
Lihat di bawah
Penggubah lagu tema
Liyana Jasmay dan Altimet
Lagu pembukaanOh My English! oleh Liyana Jasmay ft. Altimet
Lagu penutupSama seperti pembukaan (Versi instrumen)
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Inggeris
Bahasa Melayu
(Disertakan dengan sarikata Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris)
Bilangan musim6
Bilangan episod120 (Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit eksekutifLina Tan
Tempoh siaran
  • 23 - 25 minit (Musim 1-5)
  • 12 minit (Musim 6)
  • 120 minit (Telemovie)
Syarikat penerbitan
  • Red Communications
  • Astro Entertainment
Syarikat pengedaran
Astro
Penyiaran
Saluran asalAstro TVIQ
Astro Mustika HD (Musim 1 disiar semula dalam HD, Musim 2-3 untuk kesemua episod)
Astro Maya HD (Musim 2 untuk telemovie, Musim 3-6 untuk kesemua episod dan telemovie)
Astro Prima
Astro Ceria (Oh My Ganu! sahaja)
Astro Warna (Singapura Sahaja)
Format gambar
Siaran asal20 Mei 2012 (2012-05-20) – 17 Disember 2017 (2017-12-17)
Pautan luar
Laman rasmi Oh My English!

Oh My English! ialah sebuah drama bersiri yang bertemakan komedi dan pendidikan di Malaysia yang bersiaran di Astro TVIQ dan Astro Maya HD.[1][2]

Matlamat[sunting | sunting sumber]

Drama ini merupakan salah satu usaha pihak Astro dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memperbaiki pertuturan di dalam bahasa Inggeris dalam kalangan rakyat Malaysia. Perkara ini juga selaras dengan dasar KPM iaitu ‘Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris’ (MBMMBI). Pada tahun 2009, Astro telah bekerjasama dengan KPM untuk menyiarkan rancangan pembelajaran yang bertaraf antarabangsa kepada sekolah-sekolah di seluruh Malaysia melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), iaitu Kampus Astro. Projek ini juga telah melengkapkan 10,000 buah sekolah di Malaysia dengan kelengkapan set televisyen berskrin rata, dekoder Astro dan 17 buah saluran pendidikan dan maklumat termasuk saluran History, Discovery, National Geographic, Astro Tutor TV, Astro TVIQ dan lain-lain.

Sejak 2018, tidak ada rancangan atau pengumuman untuk meneruskan siri ini. Enam musim dan rancangan telemovie tersebut masih ditunjukkan di saluran Astro terpilih dan tersedia untuk ditonton di Astro On Demand.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Musim 1[sunting | sunting sumber]

Sebuah sekolah rekaan yang bernama SMK Ayer Dalam mempunyai kelas ‘3 Merah’ yang terkenal sebagai kelas yang mempunyai pelbagai ragam. Tiada guru yang ingin mengajar di kelas ini kerana pelajar-pelajarnya terkenal dengan sikap yang sangat nakal, suka membuat bising dan keputusan akademik mereka yang terburuk di dalam sekolah tersebut. Subjek mereka yang paling tidak digemari ialah bahasa Inggeris.

Akhirnya, muncul seorang guru bahasa Inggeris yang bernama Henry Middleton (lakonan Zain Saidin). Cara pengajaran Henry yang unik dan memberangsangkan telah dapat menarik perhatian dan minat pelajar untuk mempelajari bahasa Inggeris.

Musim 2[sunting | sunting sumber]

Mr. Middleton telah mengubah fikirannya untuk tidak kembali ke UK. Dia menyambung tugasnya di Kelas 3 Merah, dan belajar lebih mendalam tentang negara 'rumah baharu' nya.[3]

Musim 3[sunting | sunting sumber]

Oh My English kembali menemui anda dengan musim yang ke-3! Musim ini para pelajar mengembara di luar kawasan sekolah, bergerak ke masa hadapan, dan masa lalu serta lawatan di luar Ayer Dalam.[4]

Musim 4 - Class of 2015[sunting | sunting sumber]

Kelas 5 Merah akan menghadapi peperiksaan SPM. Hubungan antara Mr. Middleton dan Cikgu Ayu semakin terancam disebabkan kehadiran guru baharu. Taylor Marie Smith dari Amerika telah menyertai program pertukaran pelajar ke SMK Ayer Dalam.[5]

Musim 5 - After School[sunting | sunting sumber]

SYS telah diculik oleh seorang lelaki misteri yang mahu SYS menjadi anak didiknya. SYS memerlukan pertolongan dari Zack dan Jibam. Mereka juga disertai oleh sebuah jam maya A.I iaitu Mia yang sering membetulkan bahasa Inggeris mereka.[6]

Musim 6 - Level Up![sunting | sunting sumber]

Kelas 3 Merah bakal menerima beberapa orang guru baharu. Antaranya, Mr. James Blond (Mark Odea) seorang yang kelam kabut dan bersahaja. Pada masa yang sama, beliau cuba untuk menawan hati para pelajar namun niat beliau sering disalah anggap dan mengundang padah pada diri sendiri. Zack (Juzzthin) dan Jojie (Nadiya Nisaa) kembali ke SMK Ayer Dalam tetapi kini mereka menjadi guru. Cikgu Jojie mengajar subjek Pendidikan Jasmani (PE) dan Cikgu Zack mengajar Pendidikan Muzik.[7]

Watak[sunting | sunting sumber]

Pelakon Watak Musim
1 2 3 4 5 6
Juzzthin Zack Utama
Adibah Noor Puan Hajar Utama Utama
Nadiya Nisaa Jojie Utama Utama
Carmen Soo Miss Soo Utama Utama
Sherry Al-Hadad Cikgu Bedah Utama Jemputan Utama
Roax Tan SYS Utama Sampingan
Akhmal Nazri Jibam Utama
Amelia Henderson Amelia Utama
Kaameshaa Ravindran Anusha Utama Jemputan
Zhafir Muzani Mazlee Utama Jemputan
Juliana Evans Taylor Marie Smith Utama Jemputan
Zain Saidin Henry Middleton Utama
Tiz Zaqyah Cikgu Ayu Utama
Fauziah Ahmad Daud Puan Aida Utama
Rahim Sepahtu Sarjan Bin Mejar Utama
Chacha Maembong Bella Utama
Syamiem Alnisa Qila Utama
Azzam Sham Sayur Utama
Afeeq Emir Zeeq Utama
Nazrief Nazri Cikgu Ariff Utama
Cristina Suzanne Stockstill Cikgu Nurul Utama
Syafiq Kyle Khai Utama
Amyra Rosli Putri Utama
Iezah Diyana Hani Utama Sampingan
Aedy Ashraf Shafiq Utama
Izara Aishah Azlin Utama
Amer Sharrif Farouk Utama
Harun Salim Bachik Encik Mohd.Salleh Utama
Mr. Os Pak Sham Utama
Syafie Naswip Azlan Utama
Aaron Aziz Cikgu Malik Utama
Ezlisa Loy Faiza Utama
Ahmad Ezzrin Loy Faiz Utama
Izzy Zulkhazreef Wan Yunus Utama
Timothy Deeran Shegar Muthusam / Sam Utama
Harris Alif Danial Utama
Mark O'dea Mr. James Blond Utama
Qistina Enara Fiona Utama
Nur Shahidah Mawar Utama
Yuna Rahim Amelia Utama
Chen Su Ee See Mi Nau Utama
Sangeeta Krishnasamy Cikgu Lakshmi Utama
Fimie Don Ronaldo Utama
Tauke Raja Lawak Encik Yusof Utama

Senarai episod[sunting | sunting sumber]

Musim Episod Tarikh siaran
Episod pertama Episod akhir
1 20 20 Mei 2012 (2012-05-20) 16 September 2012 (2012-09-16)
2 20 31 Mac 2013 (2013-03-31) 28 Julai 2013 (2013-07-28)
3 23 18 Mei 2014 (2014-05-18) 19 Oktober 2014 (2014-10-19)
4 20 7 Jun 2015 (2015-06-07) 27 Disember 2015 (2015-12-27)
5 13 31 Julai 2016 (2016-07-31) 23 Oktober 2016 (2016-10-23)
6 24 1 Oktober 2017 (2017-10-01) 17 Disember 2017 (2017-12-17)
Telemovie 9 27 November 2013 (2013-11-27) 21 Mac 2018 (2018-03-21)


Penaja rancangan[sunting | sunting sumber]

  • Vitagen[8]
  • Nestle Crunch Wafer
  • Magic Sim oleh XPAX
  • ExxonMobil
  • Faber Castell

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2013 Anugerah Lawak Warna Siri TV Komedi Kanak-Kanak Terbaik Oh My English! Menang[9]
Astro On the Go Fan Choice Awards Favourite Drama TV Tercalon
2015 International Emmy Awards 2015 Digital Program: Children & Young People Tercalon[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Astro. "Oh My English!". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-07. Dicapai pada 2012-06-28.
  2. ^ Budley (26 Mei 2012). "Oh My English".
  3. ^ https://whatson.astro.com.my/search/?q=oh-my-english
  4. ^ https://whatson.astro.com.my/search/?q=oh-my-english
  5. ^ https://whatson.astro.com.my/show/oh-my-english-s4-ep18/?pid=PACK0000000000136982
  6. ^ https://whatson.astro.com.my/search/?q=oh-my-english
  7. ^ https://www.budiey.com/oh-my-english-level-up/
  8. ^ "New series of Oh My English filmed in US" [Siri terbaharu '‘Oh My English'’ difilemkan di AS]. BorneoPost Online (dalam bahasa Inggeris). 29 September 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-29. Dicapai pada 29 September 2018.
  9. ^ Velasrizal (16 Ogos 2013). "Keputusan Pemenang Anugerah Lawak Warna 2013 (18 Ogos 2013)".
  10. ^ https://www.instagram.com/p/1cohz9Da1f/

Pautan luar[sunting | sunting sumber]