Oh My Ganu!

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Oh My Ganu!
PengarahUmri Salwana Omar
PenulisLina Tan, Nik Jasmin Hiew
Dihasilkan olehZsa Zsa
DibintangiZain Saidin
Tiz Zaqyah
Disunting olehMick Seah
Syarikat
penerbitan
Red Communications
Diedarkan olehRed Communications
Tarikh tayangan
27 November 2013
Negara Malaysia

Oh My Ganu! merupakan filem yang diterbitkan di Astro TVIQ, ditayangkan pada 27 November 2013.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Henry berada di lapangan terbang untuk mencari Cikgu Ayu tetapi gagal. Jadi 5 pelajar bertolak ke Terengganu untuk mencari Cikgu Ayu. Alamat Cikgu Ayu berada di Jalan Ikang Mas. 5 pelajar tersebut gagal menemui jalan tersebut jadi mereka terpaksa berehat di Keropok Lekor Zizang. Tetapi Shafiq alahan keropok lekor.

Selepas mendapat jalan tersebut, mereka berjumpa dengan Cikgu Ayu dan adiknya, Aiman. Selepas itu, mereka memanggil Henry dan bertolak ke sana dengan segera selepas Zizang berada di rumah tersebut. Zizang dan Henry berlawan dalam tiga permainan.

Tetapi 5 pelajar mendapati Henry telah diculik dan Aiman bersama 2 pelajar ikut sama untuk memanggil ketua kampung ke sana. Zizang menyuruh yang lain mencari Henry. Tetapi mereka melepaskan Henry di kedainya. Cikgu Ayu memarahi Zizang sehingga dia putus cinta dengan Zizang dan akhirnya Zizang ditangkap.Tetapi Henry mula bertutur bahasa melayu dan Cikgu Ayu akan kembali SMK Ayer Dalam. Akhirnya mereka hidup bahagia.

Pelakon Utama[sunting | sunting sumber]

Nama Watak
Zain Saidin Henry Middleton
Harun Salim Bachik Mohd. Salleh
Tiz Zaqyah Cikgu Ayu
Addy Ashraf Shafiq
Izara Aishah Azlin
Zhafir Muzani Mazlee
Akhmal Nazri Jamil (Jibam)
Gabriella Robinson Sara
Zizan Razak Zizang
Izzue Islam Aiman
Amer Shariff Farouk
Roax Tan See Yew Soon (SYS)
Iezahdiyana Hani
Syafie Naswip Azlan
K. Ravindran Anusha