Ola Bola (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ola Bola
10931119 795898517155726 5069155859969213184 n.jpg
Pengarah Chiu Keng Guan
Penerbit Najwa Abu Bakar
Tung Yow Kong
Datuk Steven Lim
Lakon layar oleh Chan Yoke Yeng
Tan Pik Yee
Dibintangi oleh
  • JC Chee
  • Luqman Hafidz
  • Saran Kumar Manokaran
  • Marianne Tan
  • Katrina Ho
  • Bront Palarae
  • Taufiq Hanafi
  • Frankie Lee
Muzik oleh Onn San [1]
Sinematografi Chin Ting Chang
Disunting oleh Gwyneth Lee
Syarikat
produksi
Pengedar Golden Screen Cinemas
Mula ditayangan
28 Januari 2016
Tempoh tayangan
103 minit
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Bahasa Mandarin
Bahasa Inggeris
Bahasa Tamil
Perbelanjaan RM 5 Juta[2]
Box office RM 15.85 Juta

Ola Bola merupakan sebuah filem bertemakan sukan arahan Chiu Keng Guan dan dibintangi oleh JC Chee, Luqman Hafidz, Saran Kumar Manokaran, Marianne Tan, Katrina Ho, Bront Palarae, Taufiq Hanafi dan Frankie Lee. Filem ini mengisahkan mengenai kegemilangan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia sewaktu berjaya memasuki Sukan Olimpik Moscow 1980.[3][4] Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 28 Januari 2016.Filem ini telah memenangi empat dari lima belas pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-28.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Kisah Ola Bola bermula ketika seorang wartawan bernama Marianne yang ditugaskan untuk membuat kajian tentang pasukan bola sepak negara yang telah mencipta nama pada era 80-an dahulu yang mana ketika itu nama Malaysia dalam sukan bola sepak begitu digeruni oleh pasukan lawan khasnya di rantau Asia. Marianne mula berasa bosan dengan kerjanya dan membuat keputusan untuk berhijrah ke England. Sebelum dia meninggalkan negara, dia membuat keputusan untuk menyiapkan tugasannya buat kali terakhir. Namun, dia menemui suatu perkara yang ternyata mengubah hidupnya.

Mengimbau kembali ketika awal era 80-an, pasukan bola sepak negara ketika itu berdepan dengan cabaran apabila pemain-pemainnya mempunyai perbezaan pendapat dan tidak sehaluan sehingga menyebabkan kekalahan dalam perlawanan penting. Keadaan semakin rumit apabila hampir setiap pemain mempunyai isu dan masalah masing-masing. Walau bagaimanapun, mereka hanya mempunyai satu peluang untuk beraksi di persada mata dunia. Jadi, barisan pemain harus mengetepikan hal peribadi demi mengharumkan nama negara. Ketika semangat kembali menyemarak dalam diri, pasukan negara sekali lagi diduga dengan satu cabaran yang mematahkan semangat mereka dan harapan negara.

Ola Bola yang diilhamkan dari peristiwa sebenar ini akan membawa penonton dari pelbagai bangsa untuk sama-sama merasai semangat bersatu hati dan muhibah. Kisah yang penuh ikhtibar ini akan membawa penonton melihat semangat, keunikan dan kekuatan yang terdapat dalam kepelbagaian bangsa di Malaysia.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Bront Palarae melakonkan watak Rahman di dalam filem ini.
  • JC Chee sebagai Tauke
  • Luqman Hafidz sebagai Ali
  • Saran Kumar Manokaran sebagai Muthu
  • Marianne Tan sebagai Marianne
  • Haris Mohd Zainuddin sebagai Sanjeet Singh
  • Eric Teng sebagai Eric Wong
  • Katrina Ho sebagai Tan Siew Lee
  • Bront Palarae sebagai Rahman
  • Taufiq Hanafi sebagai Mohamad Abu
  • Mark Williams sebagai Coach Harry
  • Frankie Lee sebagai pengawal keselamatan stadium[5]
  • Said Sulaiman sebagai keeper simpanan

Produksi[sunting | sunting sumber]

Luqman Hafidz merupakan seorang pelakon baru. Pemain terbaik Khairy Jamaluddin Cup 2014 ini berjaya mendapat watak utama sebagai Ali di dalam filem ini hasil gambar selfienya bersama Khairy Jamaluddin yang diletakkan di dalam resumenya.[6] Pihak produksi telah menyediakan kelas selama dua bulan untuk pelakon yang terlibat bagi menghayati watak yang diberikan. Filem ini menjalani pergambaraan di Stadium Merdeka. Filem ini menggunakan 60 peratus Bahasa Melayu dan selebihnya dalam Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil.[7] Sebuah set fun fair telah dibina untuk filem ini.[8]

Tayangan[sunting | sunting sumber]

Trailer untuk filem ini telah dimuatnaik ke Youtube pada 9 Disember 2015.[9] Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 28 Januari 2016.

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Filem ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kutipan mencecah RM8 juta setakat 13 hari mula ditayangkan[10] Setelah 18 hari ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Ola Bola berjaya mendapat kutipan sebanyak RM12 juta.[11]Kutipan ini meningkat kepada RM 14.5 Juta dalam 29 hari.[12]Selepas 39 hari, filem berjaya mencapai kutipan RM 15.85 Juta.[13]

Ulasan[sunting | sunting sumber]

Rata-rata ulasan mengenai filem ini ialah positif.Hampir keseluruhan aspek filem ini mendapat pujian.Fadzlishah Johanabas dari Fadzjohanabas.com[14] dan portal perfileman,Wayangkini.com[15] mengangkat filem ini sebagai filem terbaik Malaysia.Jack Chan Wah dari Wljack.com mengulas filem ini sebagai filem masterpiece Chiu Keng Guan.[16]Portal sukan, Sarawakcrocs.com memuji filem ini sebagai "...antara filem tempatan yang terbaik".[17]Portal perfileman, Kakimuvee.com memberi filem ini "5 bintang".[18]Angelin Yeoh dari The Star mengulas filem ini sebagai "perlahan pada mulanya sebelum berakhir dengan pengakhiran yang cemerlang".[19]Rozaman Ismail dari Utusan Malaysia memuji jalan cerita dan tema filem ini.[20]Danielle Sendou dari The Borneo Post.com memuji lakonan Bront Palarae dan sinematografi filem.[21]Tony Teh dari Colourlessopinions.com memuji pengarahan Chiu dan usaha dari barisan pelakon muda.[22]Girish Kumar Nambiar dari portal perfileman, Cinemaniacs.com.my mengulas "..filem ini berjaya untuk menghiburkan dan mendidik penonton".[23]Kauser Hieu dari portal kehidupan,Jontheboy.com memberi pujian terhadap soundtrack dan bunyi filem ini.[24]Anna Lee dari portal kehidupan, Vulcanpost.com mengulas "...filem ini memberi harapan terhadap industri perfileman negara."[25]Ashraf Wahab dari portal kehidupan,Metros.events memberi filem ini rating 8 per 10.[26] Portal perfileman India,Astro Ulagam memberi filem ini rating 4.5 per 5.[27]Hafizan Mohd dari portal kehidupan, Stail.my mengucapkan terima kasih kepada pengarah filem kerana mengarahkan filem ini.[28]Deric Ect dari portal hiburan, Dailyseni.com mengangkat filem ini sebagai "...bukti Chiu Keng Guan sebagai pengarah terbaik Malaysia abad ini."[29]

Aidil Rusli dari The Malay Mail pula memberi ulasan yang bercampur, iaitu memuji keseluruhan aspek perfileman tetapi gagal dalam mencerap realiti kehidupan sebenar.[30]The Sun pula menyelar skrip dan dialog filem ini.[31]Portal kehidupan,Larxy.com mengkritik filem ini sebagai terlalu berusaha untuk memadatkan filem.[32]

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

"Arena Cahaya"
Single oleh Zee Avi
Dikeluarkan pada 23 November 2015 (Persembahan secara langsung)
Dirakam pada 2015
Genre Akustik
Panjang 4:15 minit
Penulis Zee Avi & Rendra Zawawi
Penerbit Astro Shaw

Runut bunyi asal (OST) untuk filem ini ialah Arena Cahaya oleh Zee Avi.[33][34][35]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
Festival Filem Malaysia ke-28 Filem Terbaik Najwa Abu Bakar, Tung Yow Kong & Datuk Steven Lim Dicalonkan
Anugerah Khas Juri Menang
Busana Terbaik Elaine Ng & Weng Shum Menang
Skor Muzik Asal Terbaik San Weng Onn & San Wai Lik Menang
Lagu Tema Asal Terbaik Zee Avi & Rendra Zawawi Menang
Pengarah Terbaik Chiu Keng Guan Dicalonkan
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Sri Balasubramaniam Dicalonkan
Cerita Asal Terbaik Chiu Keng Guan, Chan Yoke Yen & Tan Pik Yee Dicalonkan
Lakon Layar Terbaik Chan Yoke Yeng & Tan Pik Yee Dicalonkan
Suntingan Terbaik Gwyneth Lee Dicalonkan
Penataan Seni Terbaik Soon Yong Chow Dicalonkan
Pelakon Baru Lelaki Terbaik Saran Kumar Dicalonkan
Pelakon Baru Wanita Terbaik Marianne Tan Dicalonkan
Pelakon Kanak-kanak Terbaik Shivatharan Nambiar Dicalonkan
Kesan Visual Khas Terbaik Bak Chee Hong Dicalonkan
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2016 Filem Terbaik Najwa Abu Bakar, Tung Yow Kong & Datuk Steven Lim Dicalonkan
Pengarah Terbaik Chiu Keng Guan Dicalonkan
Sinematografi Terbaik Chin Ting Chang Dicalonkan
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Bront Palarae Dicalonkan

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Rezeki makin murah lepas jadi bapa
  2. ^ "You will believe again, says 'Ola Bola' — Lee Yew Meng". The Malay Mail. 27 Januari 2016. Dicapai pada 29 Februari 2016. 
  3. ^ Filem 'Ola Bola' angkat kegemilangan bola sepak kebangsaan
  4. ^ Journey to football
  5. ^ Dzulkifly, Siti Athirah (10 Mei 2015). "Selepas The Journey Chiu Keng Guan pertaruh Ola Bola". Utusan Malaysia. Dicapai pada 18 Januari 2016. 
  6. ^ Gara-Gara Foto Selfie Bersama KJ, Luqman Jadi Pelakon
  7. ^ Pengarah Filem The Journey Hasilkan Filem Baharu, Ola Bola
  8. ^ (Inggeris)Yeoh, Angelin (24 Oktober 2015). "5 things to know about football movie Ola Bola". The Star. Dicapai pada 18 Januari 2016. 
  9. ^ Bakeri, Nizam (10 Disember 2015). "Treler filem Ola Bola didedahkan, temui penonton Januari 2016". Astro Awani. Dicapai pada 16 Januari 2016. 
  10. ^ (Inggeris)Chua, Dennis (10 Februari 2016). "Ola Bola hits RM8 million at the box office". New Straits Times. Dicapai pada 13 Februari 2016. 
  11. ^ Sekaran, Kohilah (15 Februari 2016). "Filem Ola Bola raih lebih RM12 juta dalam tempoh 18 hari!". Astro Awani. Dicapai pada 15 Februari 2016. 
  12. ^ "Terus hangat di pawagam, Ola Bola kutip RM14.5 juta dalam 29 hari". Astro Awani. 26 Februari 2016. Dicapai pada 27 Februari 2016. 
  13. ^ Mohamad, Zaidi (7 Mac 2016). "Ola Bola pungut RM16 juta". Berita Harian. Dicapai pada 7 Mac 2016. 
  14. ^ (Inggeris)Johanabas, Fadzilah (7 Februari 2016). "Movie review: Ola Bola (aka the most depressing movie about Malaysia)". Dicapai pada 2016-03-22. 
  15. ^ "Ola Bola [Review]". Wayangkini.com. 29 Januari 2016. Dicapai pada 2016-03-22. 
  16. ^ (Inggeris)Wah, Jack Chan. "[Movie Review] Ola Bola". Dicapai pada 2016-03-22. 
  17. ^ (Inggeris)"A review of Ola Bola, the Malaysian Olympic story.". Sarawakcrocs.com. 28 Januari 2016. Dicapai pada 2016-03-22. 
  18. ^ "OLA BOLA REVIEW". Kakimuvee.com. 1 Februari 2016. Dicapai pada 2016-03-22. 
  19. ^ (Inggeris)Yeoh, Angelin (23 Januari 2016). "Review: Ola Bola". The Star. Dicapai pada 22 Mac 2016. 
  20. ^ Ismail, Rozaman (30 Januari 2016). "Ola Bola...cerita beginilah yang kita mahu". Utusan Malaysia. Dicapai pada 22 Mac 2016. 
  21. ^ {{en}Sendou, Danielle (30 Januari 2016). "MOVIE REVIEW: Ola Bola (2016)". The Borneo Post. Dicapai pada 22 Mac 2016. 
  22. ^ (Inggeris)Teh, Tony (1 Februari 2016). "Movie Review: Ola Bola (2016) JC Chee, Luqman Hafidz". Dicapai pada 2016-03-22. 
  23. ^ (Inggeris)Kumar Nambiar, Girish. "OLA BOLA REVIEW". Cinemaniacs.com.my. Dicapai pada 2016-03-22. 
  24. ^ (Inggeris)Hieu, Kauser (2 Februari 2016). "Kausern Reviews Ola Bola". Jontheboy.com. Dicapai pada 2016-03-22. 
  25. ^ (Inggeris)Lee, Anna. "7 Reasons Ola Bola Gives The Malaysian Movie Scene A Glimmer Of Hope". Vulcanpost.com. Dicapai pada 2016-03-22. 
  26. ^ Wahab, Ashraf. "Metros Movies: Believe The Hype! "Ola Bola" Is A Local Movie We Can Be Proud Of". Metros.events. Dicapai pada 2016-03-22. 
  27. ^ (Inggeris)"5 reasons you MUST watch Ola Bola". Astroulagam.com.my. Dicapai pada 2016-03-22. 
  28. ^ Mohd, Hafizan (4 Februari 2016). "Review: Ola Bola". Stail.my. Dicapai pada 2016-03-22. 
  29. ^ (Inggeris)Ect, Deric (8 Februari 2016). "IT'S TRICKY REVIEWING A FILM STARRING YOUR OWN BOSS, ESPECIALLY IF IT'S A GOOD ONE". Dailyseni.com. Dicapai pada 2016-03-22. 
  30. ^ (Inggeris)Rusli, Aidil (30 Januari 2016). "An honest review of 'Ola Bola'". The Malay Mail. Dicapai pada 22 Mac 2016. 
  31. ^ (Inggeris)"Movie Review - OlaBola". The Sun. 3 Februari 2016. 
  32. ^ (Inggeris)"Review: Ola Bola". Larxy.com. 31 Januari 2016. Dicapai pada 2016-03-22. 
  33. ^ Azizi, Mohd Al Qayum (24 November 2015). "Zee Avi Muncul Dengan 'Arena Cahaya'". mStar. Dicapai pada 16 Januari 2016. 
  34. ^ "Zee Avi pertaruh 'Arena Cahaya'". Sinar Harian. 25 November 2015. Dicapai pada 16 Januari 2016. 
  35. ^ (Inggeris)Chua, Dennis (23 November 2015). "Zee Avi performs theme song to footie movie OlaBola [VIDEO]". New Straits Times. Dicapai pada 16 Januari 2016.