Olga Syahputra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Olga Syahputra
Olga-dahsyat-Mac 2014.jpg
Olga Syahputra sewaktu menjadi seorang juruacara dalam acara bernama DahSyat dalam bulan Mac 2014.
Kelahiran Yoga Syahputra
8 Februari 1983(1983-02-08)
Nama lain Olga Syahputra
Pekerjaan Pelakon
Penyampai acara muzik
Pelawak
Penyanyi
Tahun aktif 1998 - 2015
Agama Islam
Pasangan Billy Syahputra (adik)
Ibu bapa Nur Rahman (bapa)
Nurshida (ibunda)

Yoga (Olga) Syahputra (lahir di Jakarta, 8 Februari 1983 – meninggal di Singapura, 27 Mac 2015 pada umur 32 tahun) ialah seorang pelawak, juruacara dan pelakon lelaki Indonesia.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Pada mulanya, anak sulung daripada tujuh beradik kepada pasangan Nur Rachman dan Nurhida ini hanya seorang peminat yang sering meminta tanda tangan dan bergambar dengan idola beliau. Kebertuahan mendekat saatmana beliau ditawarkan untuk berlakon dalam filem Lenong Bocah, tetapi lelaki berketurunan Minangkabau dan Jawa ini dikehendaki untuk melakukan latihan dalam Sanggar Ananda terlebih dahulu. Kerana tak punya wang, Olga terpaksa menjual peti sejuk supaya boleh membayar kursus kepada Sanggar Ananda. Sahabat Olga iaitu Bertrand Antolin kemudian menghulurkan bantuan dengan membeli peti sejuk baru untuk Olga.[1]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Isu mengenai teman lelaki Olga Syahputra[sunting | sunting sumber]

Olga Syahputra dikhabarkan menjalinkan hubungan cinta dengan orang dengan jantina yang sama iaitu seorang pelakon dan model Chand Kelvin.[2] Olga Syahputra tak mahu memberi sebarang ulasan-ulasan sempena dengan berita ini sehingga pernah menjadi berita utama di satu majalah.[3]

Masalah kesihatan[sunting | sunting sumber]

Dalam bulan April 2014, beliau menghidapi keradangan pada membran sekeliling otak. Dahulunya, beliau pernah dikhabarkan mengalami penyakit kanser. Ada pula waham yang beliau diserang dengan ilmu sihir. Ia boleh disaksikan dari rasa sakit daripada kepala beliau dan daya ketahanan beliau semakin teruk dari sehari ke sehari. Olga masih dapat dirawat di Hospital Pondok Indah. Kerana keadaan badan beliau masih belum sihat, beliau dipindahkan ke Jerman untuk rawatan sehingga akhirnya keputusan telah dibuat untuk memindahkan Olga ke Singapura untuk mendapat rawatan.

Kewafatan[sunting | sunting sumber]

Gambar-olga.jpg

Olga telah pun wafat dalam Hospital Mount Elizabeth di Singapura pada 27 Mac 2015 oleh penyakit meningitis atau penyakit keradangan pada membran sekeliling otak yang telah beliau alami. Mayat beliau dibawa balik ke Jakarta pada 28 Mac 2015 dan beliau dimandikan dalam rumah ibubapanya. Kemudian, masyarakat tempatan mula menjalankan sholat untuk beliau di Masjid Nurul Iman dan mayat beliau mula ditolakkan menuju ke tempat berehat terakhir beliau di TPU Malaka (Bahasa Melayu: Tanah Perkuburan Awam Malaka), Pondok Kelapa, Jakarta Timur.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Percalonan[sunting | sunting sumber]

2009

  • Pelawak Lelaki Terbaik (Panasonic Gobel Awards 2009)

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Medium Projek Tahun Watak Nota
Filem Susahnya Jadi Perawan 2008
Cintaku Selamanya

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]