Sukan Olimpik Musim Panas 2004

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Olimpik Athens 2004)
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Sukan Olimpik XXVIII
Logo Olimpik Athens 2004

Bandar tuan rumah Athens, Greece
Penyertaan negara 201[1]
Jumlah atlet 10,625[1]
Upacara perasmian 13 Ogos
Upacara penutupan 29 Ogos
Dirasmikan oleh Presiden Costis Stephanopoulos
Ikrar atlet Zoi Dimoschaki
Ikrar pengadil Lazaros Voreadis
Obor Olimpik Nikolaos Kaklamanakis
Stadium Stadium Olimpik Athens

Sukan Olimpik 2004 (Bahasa Inggeris: 2004 Summer Olympics, Bahasa Yunani: Θερινοί Ολυμπιακοί Αγώνες 2004, Therinoí Olympiakoí Agónes 2004) atau secara rasminya Sukan Olimpik XXVIII (Bahasa Inggeris: Games of the XXVIII Olympiad), dan turut dikenali sebagai Athens 2004, merupakan acara pelbagai sukan yang diadakan di Athens, Yunani dari 13 Ogos hingga 29 Ogos 2004. Sebanyak 10,625 orang atlet yang menyertai[1] (lebih 600 daripada yang dijangkakan oleh penganjur) serta diiringi oleh 5,501 pegawai pasukan dari 201 buah negara.[1] Temasya ini menandakan kali pertama semua negara yang mempunyai Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan menyertai Sukan Olimpik sejak Sukan Olimpik 1996 di Atlanta. Temasya ini juga menyaksikan Sukan Olimpik kembali ke tempat asalnya. Athens turut merupakan bandar yang keempat untuk menganjur dua edisi Sukan Olimpik selepas Paris, London dan Los Angeles. Terdapat 301 acara dalam 28 acara sukan yang berbeza telah dipertandingkan.[1]

Pembidaan[sunting | sunting sumber]

Athens diumumkan sebagai tuan rumah bagi Sukan Olimpik 2004 pada 5 September 1997 semasa Sesi IOC ke-106 yang dianjurkan di Lausanne.[2] Athens pernah membida untuk Sukan Olimpik Musim Panas 1996 tetapi gagal.[3] Ekoran daripada itu, mereka telah mempelajari daripada kesilapan mereka semasa 1996 dan mengambil tindakan untuk menambah baik kritikan dan masalah yang telah diajukan.[4]

Keputusan pembidaan Sukan Olimpik 2004
Bandar Negara Peringkat 1 Peringkat tambahan Peringkat 3 Peringkat 4 Peringkat 5
Athens  Greece 32 38 52 66
Rom  Italy 23 28 35 41
Cape Town  South Africa 16 62 22 20
Stockholm  Sweden 20 19
Buenos Aires  Argentina 16 44

Maskot[sunting | sunting sumber]

Maskot berdasarkan model tanah liat ini di Muzium Arkeologi Nasional.

Sejak Sukan Olimpik Musim Sejuk 1968 di Grenoble, Perancis, setiap Sukan Olimpik mempunyai maskot yang tersendiri. Bagi edisi 2004, maskot rasmi merupakan Athiná dan Phévos, yang merupakan kakak dan abang. Nama mereka berasal daripada Athena (dewi kebijaksanaan, perancangan dan perang) dan Phoebus, (dewa cahaya dan muzik). Mereka berilham oleh daidala kuno, sejenis patung yang digunakan untuk tujuan keagamaan.[5]

Liputan dalam talian[sunting | sunting sumber]

Untuk kali pertama, penyiar utama dibenarkan untuk serve liputan video Olimpik melalui Internet, asalkan mereka mengehadkan perkhidmatan geografi, untuk melindungi kontrak-kontrak penyiaran di kawasan lain. Misalnya, BBC membuat liputan secara langsung yang lengkap kepada pelanggan-pelanggan Internet laju UK dengan percuma; para pelanggan Amerika Syarikat hanya berupaya menerima siaran tertangguh.[6]

IOC melarangkan atlet, jurulatih, kakitangan dan pegawai lain daripada mewujudkan weblogs dan/atau laman web yang lain untuk meliputi temasya tersebut daripada perspektif mereka. Mereka dilarang memuat naik audio, video atau gambar yang telah diambil. Pengecualian diberi kepada atlet yang telah mempunyai laman web peribadi mereka yang bukan diwujudkan khas untuk temasya tersebut.[7]

NBC melancarkan laman web Olimpik tersendiri, NBCOlympics.com. Tertumpu dalam liputan televisyen temasya tersebut, platform tersebut juga mempunyai video, pungutan pingat dan keputusan secara langsung berkaitan temasya tersebut. Namun tujuan utamanya adalah untuk memaparkan jadual waktu bagi acara-acara yang disiarkan di NBC Universal. Penyiaran televisyen adalah sepanjang 24 jam setiap hari di beberapa saluran.

Temasya[sunting | sunting sumber]

Acara Sukan[sunting | sunting sumber]

Acara Sukan Olimpik Musim Panas 2004

Penyertaan[sunting | sunting sumber]

Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan yang menyertai

Pungutan pingat[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan sepuluh negara teratas yang memenangi pingat di Sukan Olimpik ini:[8]

 Ked.  Negara Emas Perak Gangsa Jumlah
1  Amerika Syarikat 36 39 27 102
2  China 32 17 14 63
3  Rusia 27 27 38 92
4  Australia 17 16 16 49
5  Jepun 16 9 12 37
6  Jerman 13 16 20 49
7  Perancis 11 9 13 33
8  Itali 10 11 11 32
9  Korea Selatan 9 12 9 30
10  Great Britain 9 9 12 30

Legasi[sunting | sunting sumber]

Beberapa prasarana telah dibina oleh kerajaan Yunani untuk menganjurkan Sukan Olimpik 2004, antaranya termasuklah Lapangan Terbang Antarabangsa Eleftherios Venizelos (lapangan terbang moden yang menjadi gerbang masuk baharu ke Yunani)[9], pemanjangan sistem metro Athens[10], sistem tram yang baharu[11], laluan kereta api yang baharu yang menghubungkan kawasan suburban dan lapangan terbang dengan bandaraya Athens, lebuh raya yang baharu[12] dan pengubahsuaian jalan raya ke laluan pejalan kaki di sekitar lokasi bersejarah.[13][14]

Namun, terdapat juga beberapa impak yang negatif bagi kerajaan Yunani dan bandar Athens. Beberapa tempat pertandingan yang pernah menganjurkan acara sukan semasa Sukan Olimpik telah dibiarkan.[15] Penganjuran Sukan Olimpik 2004 juga dikaitkan dengan krisis hutang yang berlaku di Yunani dari tahun 2010 hingga 2018.[16]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e "Athens 2004". International Olympic Committee. www.olympic.org. Dicapai pada 19 Januari 2008.
  2. ^ "International Olympic Committee – Athens 2004 – Election". Olympic.org. Dicapai pada 15 March 2010.
  3. ^ Weisman, Steven R. (19 September 1990). "Atlanta Selected Over Athens for 1996 Olympics". The New York Times. Dicapai pada 23 September 2008.
  4. ^ Anderson, Dave (7 September 1997). "Athens Can Thank Atlanta for 2004 Games". The New York Times. Dicapai pada 25 May 2010.
  5. ^ "Phevos and Athena". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-02-08. Dicapai pada 2008-09-08.
  6. ^ Pfanner, Eric (30 Ogos 2004). "Athens Games beating Sydney in TV race". International Herald Tribune. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-12. Dicapai pada 2006-08-18.
  7. ^ "You're Athletes, Not Journalists". Wired News. 20 Ogos 2004. Dicapai pada 2006-08-18.
  8. ^ "Athens 2004". International Olympic Committee. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 October 2009. Dicapai pada 9 March 2010.
  9. ^ "The Company". Aia.gr. 28 March 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 February 2010. Dicapai pada 15 March 2010.
  10. ^ "AttikoMetro Inside". Ametro.gr. 9 September 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 February 2010. Dicapai pada 15 March 2010.
  11. ^ "Tram Sa". Tramsa.gr. 22 February 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 March 2010. Dicapai pada 15 March 2010.
  12. ^ [1][pautan putus]
  13. ^ "Unification of Archaeological Sites in the Centre of Athens". Minenv.gr. 4 November 1995. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 July 2011. Dicapai pada 15 March 2010.
  14. ^ "As Olympic Glow Fades, Athens Questions $15 Billion Cost". Csmonitor.com. 21 July 2008. Dicapai pada 15 March 2010.
  15. ^ Bloor, Steven (13 Ogos 2014). "Abandoned Athens Olympic 2004 venues, 10 years on – in pictures". The Guardian. Dicapai pada 29 September 2021.
  16. ^ "Olympic Cities: Booms and Busts". Cnbc.com. 19 January 2012. Dicapai pada 7 February 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
Sydney
Sukan Olimpik Musim Panas
Athens

XXVIII Olympiad (2004)
Diikuti oleh:
Beijing