Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Olimpik Sochi 2014)
Sukan Olimpik Musim Sejuk XXII
Hos BandarSochi, Rusia
Cogan kataHot. Cool. Yours.[1]
(Rusia: Жаркие. Зимние. Твои.)
Negara88
Atlet2,800+ (anggaran)
Acara98 acara dalam 7 sukan
Pembukaan7 Februari 2014
Penutupan23 Februari 2014
Dibuka oleh
Kawah Obor
Vladislav Tretiak
Irina Rodnina
StadiumStadium Olimpik Fisht
Musim Sejuk
Musim Panas
Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2014
Logo Bidaan Sochi 2014
Pertunjukan bunga api di Stadium Olimpik Fisht selepas obor olimpik dinyalakan.

Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014, secara rasmi dikenali sebagai XXII Olympic Winter Games, ialah acara pelbagai sukan musim sejuk utama yang diadakan dari 7 Februari hingga 23 Februari 2014. Tuan rumah, Sochi, Rusia, telah dipilih pada 4 Julai 2007, semasa sesi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) ke-119 di Kota Guatemala, Guatemala.[2] Ini merupakan kali pertama Rusia menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk (Kesatuan Soviet pernah menganjurkan Sukan Olimpik Musim Panas 1980 di Moscow). Majlis pembukaan dilangsungkan pada 7 Februari 2014 di Stadium Olimpik Fisht.

Sejumlah 98 acara dalam 15 disiplin sukan musim sejuk telah dipertandingkan dalam Sukan Olimpik ini. Beberapa pertandingan baharu—12 jika diasingkan mengikut jantina—disertakan dalam edisi kali ini, antaranya biatlon berganti-ganti campuran, lompat ski wanita, luncur ais berbunga berpasukan campuran, luge berpasukan campuran, ski halfpipe, slopestyle ski dan papan luncur salji, dan slalom selari papan luncur salji. Acara-acara sukan ini diadakan di sekitar dua gugusan lokasi; Taman Olimpik yang dibina di Lembah Imeretinsky Sochi di persisir Laut Hitam, dengan Stadium Olimpik Fisht dan lokasi dalam Sukan terletak dalam jarak berjalan, dan acara salji di bandar peranginan Krasnaya Polyana.

Upacara penutup diadakan pada 23 Februari 2014 antara 20:14 dan 22:25 MSK (UTC+4) di Stadium Olimpik Fisht di Sochi.[3]

Proses pembidaan[sunting | sunting sumber]

Keputusan pembidaan Olimpik Sochi 2014
Bandar Nama NOC Pusingan 1 Pusingan 2
Sochi Rusia 34 51
Pyeongchang Korea Selatan 36 47
Salzburg  Austria 25

Pembiayaan[sunting | sunting sumber]

Setakat akhir 2013, anggaran kos keseluruhan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 ini telah mencapai AS$51 bilion.[4] Anggaran ini termasuklah kos projek infrastruktur Sochi (jalan, landasan, stesen kuasa). Jumlah ini ialah empat kali ganda belanjawan asal $12 bilion (berbanding $8 bilion yang dibelanjakan oleh Vancouver bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk 2010), dan menjadikan edisi 2014 sebagai Sukan Olimpik termahal dalam sejarah, mengatasi anggaran kos $44 bilion Sukan Olimpik Beijing 2008.[5]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Dengan suhu Februari purata 8.3 °C (42.8 °F) dan iklim subtropika lembap, Sochi ialah bandar terpanas yang pernah menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk.[6]

Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan yang mengambil bahagian[sunting | sunting sumber]

Rekod baharu Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 telah dicatatkan di Sochi apabila 88 negara disahkan untuk bertanding dalamnya, mengalahkan rekod sebelumnya yang tercatat oleh Sukan Olimpik Musim Sejuk 2010 di mana hanya 82 kontinjen berkelayakan untuk bertanding dalamnya. Bilangan atlet yang layak bagi setiap negara telah disenaraikan di bawah. Tujuh negara baharu yang belum pernah bertanding di Olimpik Musim Sejuk sebelum ini ialah Dominica, Malta, Paraguay, Timor Leste, Togo, Tonga, dan Zimbabwe.

Negara-negara yang mengambil bahagian di Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 di Sochi:
  Negara-negara yang baharu bertanding di Sukan Olimpik Musim Sejuk
  Negara-negara peserta, bukan negara baharu
Penyertaan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (Bilangan atlet yang layak bertanding)
Negara-negara yang mengambil bahagian dalam 2010, tetapi tidak 2014. Negara-negara yang mengambil bahagian pada tahun 2014, tetapi tidak pada tahun 2010.

a Atlet India asalnya bertanding sebagai Peserta Olimpik Bebas dan berarak di bawah Bendera Olimpik semasa Upacara Pembukaan. JOK India telah digantung pada Disember 2012 atas proses pilihan raya Persatuan Olimpik India.[7] Pada 11 Februari, Persatuan Olimpik India telah dibentuk semula dan atlet India dibenarkan untuk bertanding di bawah bendera mereka sendiri dari masa itu dan seterusnya.[8]

Pungutan pingat[sunting | sunting sumber]

  *   Tuan rumah (Rusia)

Ked. Negara Emas Perak Gangsa Jumlah
1  Rusia (RUS)* 13 11 9 33
2  Norway (NOR) 11 5 10 26
3  Kanada (CAN) 10 10 5 25
4  Amerika Syarikat (USA) 9 7 12 28
5  Belanda (NED) 8 7 9 24
6  Jerman (GER) 8 6 5 19
7  Switzerland (SUI) 6 3 2 11
8  Belarus (BLR) 5 0 1 6
9  Austria (AUT) 4 8 5 17
10  Perancis (FRA) 4 4 7 15
11  Poland (POL) 4 1 1 6
12  China (CHN) 3 4 2 9
13  Korea Selatan (KOR) 3 3 2 8
14  Sweden (SWE) 2 7 6 15
15  Republik Czech (CZE) 2 4 2 8
16  Slovenia (SLO) 2 2 4 8
17  Jepun (JPN) 1 4 3 8
18  Finland (FIN) 1 3 1 5
19  Great Britain (GBR) 1 1 2 4
20  Ukraine (UKR) 1 0 1 2
21  Slovakia (SVK) 1 0 0 1
22  Itali (ITA) 0 2 6 8
23  Latvia (LAT) 0 2 2 4
24  Australia (AUS) 0 2 1 3
25  Croatia (CRO) 0 1 0 1
26  Kazakhstan (KAZ) 0 0 1 1
Jumlah (26 Negara) 99 97 99 295

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sochi 2014 Reveals its Slogan". Sochi 2014 Olympic and Paralympic Games Organizing Committee. 25 September 2012. Dicapai pada 29 September 2012.
  2. ^ "Sochi Elected as Host City of XXII Olympic Winter Games, International Olympic Committee". Olympic.org. 4 Julai 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Disember 2010. Dicapai pada 17 Januari 2014.
  3. ^ "Sochi 2014 Closing Ceremony Unites Olympic Generations". Sochi 2014. 23 Februari 2014. Dicapai pada 25 Februari 2014.
  4. ^ Oliphant, Roland (30 Oktober 2013). "Sochi: chaos behind the scenes of world's most expensive Winter Olympics". Daily Telegraph. Dicapai pada 5 Februari 2014.
  5. ^ Owen Gibson (9 Oktober 2013). "Sochi 2014: the costliest Olympics yet but where has all the money gone?". The Guardian. Dicapai pada 6 Februari 2014.
  6. ^ Vancouver Olympics: Embarrassed Russia looks to 2014 Sochi Olympics The Christian Science Monitor, 1 Mac 2010
  7. ^ "Sochi Games: Four Indian skiers to go as independent athletes". Zee news. 31 Disember 2013. Dicapai pada 31 Disember 2013.
  8. ^ "IOC Executive Board lifts suspension of NOC of India". Dicapai pada 11 Februari 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
Vancouver
Sukan Olimpik Musim Sejuk
Sochi

Sukan Olimpik Musim Sejuk XXII (2014)
Diikuti oleh:
Pyeongchang