Oliver Smithies
Oliver Smithies | |
---|---|
Kelahiran | |
Warganegara | United Kingdom, Amerika Syarikat |
Pusat pendidikan | Balliol College, Universitas Oxford |
Terkenal kerana | Elektroforesis gel, gene targeting |
Anugerah | Albert Lasker Award for Basic Medical Research (2001)Wolf Prize in Medicine (2002) Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan (2007) |
Kerjaya saintifik | |
Bidang | Biokimia, Genetik |
Institusi | Universiti TorontoUniversity of Wisconsin-MadisonUniversity of North Carolina at Chapel Hill |
Oliver Smithies (lahir di Halifax, West Yorkshire, England, 23 Jun 1925; umur 99 tahun) ialah seorang ahli genetik Amerika Syarikat kelahiran British dan penerima Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan, atas penciptaan elektroforesis gel pada 1955, dan kajiannya pada tikus knock-out bersama dengan Mario Capecchi dan Martin Evans.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Smithies lahir di Halifax, West Yorkshire, England. Dia berkata bahawa minatnya dalam sains berasal dari keterpesonaannya terhadap radio dan teleskop.[1]
Smithies belajar fisiologi untuk kelas satu B.A. pada tahun 1964, kemudian beliau menerima gelar sarjana muda yang kedua dalam kimia[2]. Dia mendapatkan ijazah sarjana M.A. pada tahun 1951 dan Doktor Falsafah dalam biokimia pada tahun itu juga di Balliol College, Oxford. Pada biasiswa di Oxford, dia keluar dari sekolah perubatan untuk belajar kimia[1].
Walaupun Smithies buta warna, beliau adalah juruterbang pesawat berlesen yang menyukai geluncur angin.[1][2] Isterinya Maeda Nobuyo merupakan seorang profesor patologi di Universiti North Carolina, Chapel Hill (UNC). Setelah gagal mendapatkan pekerjaan di Wisconsin, Maeda mendapat panggilan dari UNC, dan Smithies mengikutinya ke Chapel Hill, North Carolina.[2] Sebelum itu Smithies berkahwin dengan Lois Kitze, seorang ahli sains di Universiti Wisconsin.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c "3 Win Nobel in Medicine for Gene Technology". New York Times. Dicapai pada 10 Oktober 2007. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ a b c "SCIENTIST AT WORK: Oliver Smithies; Sprinting Along for Five Decades". New York Times. Dicapai pada 10 Oktober 2007. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan)