Omar Mustapha Ong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Omar Ong)

Omar Ong merupakan rakyat Malaysia yang bekerja sebagai pengarah di dalam Lembaga Pengarah, Petronas. Beliau merupakan ahli lembaga pengarah bebas bukan eksekutif Petronas.[1] Beliau merupakan pembantu kepada Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Razak semasa Najib memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Latarbelakang[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan anak kepada Mustapha Ong, setiausaha sulit kepada bekas Menteri Penerangan yang paling lama, Tan Sri Mohamad Rahmat dan pernah berkhidmat di dalam bidang diplomatik di New York dan Brazil.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Omar bermula sebagai eksekutif di Petronas bermula Februari 16, 1995 dan kemudian berpindah ke Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDC) pada Februari 1, 1997 hingga Mac 31, 2000. Selepas itu, beliau berpindah McKinsey & Co, London tetapi berpengkalan di Kuala Lumpur. Pada Februari 2002, Omar menubuhkan Ethos & Co.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Februari 2004, beliau telah dilantik menjadi Pegawai Khas 1 kepada Timbalan Perdana Menteri pada masa itu dan satu perjanjian penyelesaian telah ditandatangani pada bulan Mei 2005 dan beliau mesti berkhidmat dengan kerajaan Malaysia bagi satu tempoh selama 4 tahun 10 bulan, yana mana ia mengingkari perjanjian biasiswa yang menghendaki beliau berkhidmat selama 10 tahun.[2]

Pada 30 Mac 2010, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Omar Musthapha Ong bertanggungjawab membawa APCO Worldwide sebagai konsultan imej dan komunikasi kepada kerajaan Malaysia. Ia sebagai penjelasan yang dituntut oleh ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan. Pada 22 Mac 2010 Anwar mendakwa konsep 1Malaysia diciplak dari slogan 1Israel.

Pada 28 Julai 2009 perkhidmatan Apco telah diperkenalkan oleh Omar Mustapha Ong melalui syarikat perunding beliau, Ethos & Company. Pada 4 Ogos 2009 perjanjian perkhidmatan dengan APCO disaksikan oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Tengku Datuk Sharifuddin Tengku Ahmad.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Omar Ong appointed Petronas non-exec director". Star biz. The Star Publication. 2010. Dicapai pada 7 July 2010.
  2. ^ [https://web.archive.org/web/20120121224604/http://www.mmail.com.my/content/14350-omar-appointed-petronas-board Diarkibkan 2012-01-21 di Wayback Machine "Omar appointed to Petronas board", Malay Mail, 29 September 2009.