Omar Raiyan Azlan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Omar Raiyan bin Kama Azlan (lahir 3 Oktober 2004)[1] ialah seorang pemain bola sepak Malaysia yang bermain bersama sebuah pasukan di Serbia, Red Star Belgrade.

Omar Raiyan Azlan
Maklumat peribadi
Nama penuh Omar Raiyan bin Kama Azlan
Tarikh lahir (2004-10-03)3 Oktober 2004
Tempat lahir Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu
Maklumat kelab
Kelab terkini
Red Star Belgrade
Kerjaya remaja
2013-2020 Manchester City
2020-2022 Red Star Belgrade
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2022- Red Star Belgrade 0 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Lahir di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu, Omar memulakan kerjayanya dengan Manchester City sebelum berpindah ke Red Star Belgrade pada tahun 2019. Beliau ialah pemain Asia pertama dan Muslim yang menyertai pasukan pembangunan kelab itu. Raiyan masih belum membuat debut pasukan utama Red Star Belgrade, tetapi sering ditampilkan dalam pasukan muda kelab tersebut.

Raiyan memulakan permainan bola sepak pada usia muda, dan menyertai akademi Manchester City di Abu Dhabi pada tahun 2013.

Awal kehidupan[sunting | sunting sumber]

Omar berkata dia mula menendang bola di dalam rumah sejak berusia sekitar 4 atau 5 tahun.

Untuk mengelakkan daripada pelbagai barangan dan perkakas rumah pecah akibat kerap terkena tendangannya, ibubapa Omar telah menghantarnya ke sebuah akademi bola sepak.

Dia dihantar bermain dan berlatih bersama ESM Football Academy (dahulunya dikenali sebagai E-Sports Football Club) ketika berusia 6 tahun. Kemudian Omar didaftarkan ke International Football Academy (IFA) sebelum berpindah ke Manchester City Football School di Abu Dhabi.[2]

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Manchester City[sunting | sunting sumber]

Raiyan menghabiskan masa di akademi Manchester City di Abu Dhabi sejak 2013 sebelum pindah ke Red Star Belgrade pada tahun 2020.[3]

Beliau ialah ahli pasukan yang memenangi Piala Iber pada 2019, dan juga dipilih sebagai salah seorang daripada 25 pemain terbaik di Emiriah Arab Bersatu dalam Pusat Prestasi Tinggi Du LaLiga.[4] Omar juga pernah mengetuai pasukannya mara ke pusingan 32 terbaik Piala Gothia 2018 di Sweden.[5]

Red Star Belgrade[sunting | sunting sumber]

Raiyan pindah ke Red Star Belgrade pada Jun 2020, dan telah mewakili kelab tersebut pada peringkat muda yang berbeza.[3]

Bapanya (Kama Azlan) terpaksa kembali ke Abu Dhabi kerana perniagaannya di Belgrade gagal dan ibunya kehilangan pekerjaan selama 20 tahun lebih akibat kemelesetan ekonomi global yang terjejas oleh Covid-19. Di Serbia, dia disokong oleh penjaga, kelab dan rakan keluarganya. Dia turut mendapat gred yang bagus.[6]

Dia tidak layak untuk bermain perlawanan rasmi untuk pasukan remaja kelab itu kerana Artikel 19 FIFA mengenai Perlindungan Anak Bawah Umur yang menetapkan bahawa perpindahan antarabangsa hanya dibenarkan jika pemain itu berumur lebih dari 18 tahun. Memandangkan dia tidak dapat bermain dalam liga rasmi, Red Star masih memberinya pendedahan dan kelebihan daya saing sehingga dia mencapai usia 18 tahun apabila Perkara 19 tidak lagi terpakai untuknya.[6]

Dia berpindah dari skuad bawah 17 untuk berlatih bersama pasukan bawah 19. Dia juga pernah bermain perlawanan persahabatan dengan pasukan bawah 23 tahun.[6]

Kerjaya kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Omar dipanggil bagi memperkuatkan skuad B-19 tahun negara menjelang saingan Piala AFF B-19 tahun yang akan berlangsung Julai 2022 di Indonesia.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Dia dikatakan genius matematik, mampu menyelesaikan kiub Rubik dalam tempoh 40 saat, memiliki diploma piano, selain mampu berkomunikasi dalam lima bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Arab, Perancis dan Serbia. Dalam bidang sukan, dia juga cemerlang dalam renang malah pernah memenangi anugerah 'Perenang Terbaik Tahunan' selain menyertai sekolahnya dalam pelbagai kejohanan ketika menetap di Abu Dhabi.[7] Dia bersekolah di Chartwell International School.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Jusri Shari on Twitter". Twitter (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-06-23.
  2. ^ Eksklusif: Safawi Idola Pemain Remaja Red Star Belgrade, Omar Raiyan
  3. ^ a b "Omar Raiyan Bakal Dipanggil Sertai Skuad B-19 Tahun Negara". VOCKET FC. 2022-06-20. Dicapai pada 2022-06-22.
  4. ^ "Omar Raiyan Bakal Dipanggil Sertai Skuad B-19 Tahun Negara". VOCKET FC. 2022-06-20. Dicapai pada 2022-06-22.
  5. ^ "Anak Malaysia 'pukau' Red Star Belgrade".
  6. ^ a b c d Taharumalengam, Avineshwaran a/l. "Teen Omar making great progress at Red Star". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-06-22.
  7. ^ "Omar Raiyan serba boleh".