Omar Samat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berbahagia Profesor Dr.

Haji Omar bin Samat


Rektor
Universiti Teknologi MARA Johor
Didahului olehProfesor Dr. Muhd. Kamil bin Ibrahim
Butiran peribadi
Lahir (1959-03-18) 18 Mac 1959 (umur 65)
Melaka Melaka
PekerjaanRektor
Laman web rasmihttps://www.facebook.com/pages/Rektor-Uitm-Johor/195483920604583

YANG BERBAHAGIA PROFESOR DR. HAJI OMAR BIN SAMAT merupakan Rektor atau dulunya dikenali dengan nama Pengarah kampus di negeri Johor. Prof. Dr. Omar Samat telah menyediakan pelbagai kemudahan kepada pelajar UiTM Johor sepanjang pentadbirannya.Beliau juga terkenal dengan sifatnya yang bersahaja dalam menyampaikan ucapan dan apabila bersama dengan mahasiswa. Kepakaran beliau adalah di dalam bidang kewangan. Hobi beliau adalah menanam durian dan boleh dikatakan menanam durian adalah sub-kepakaran beliau.

Kampus UiTM Johor[sunting | sunting sumber]

Kampus ini ditubuhkan pada bulan Disember 1983 di Bukit Siput, Segamat. Tetapi tidak lama kemudian, kampus ini terpaksa berpindah ke satu lokasi yang lebih besar di Segamat Baru, hinggalah pada bulan Januari 1990, kampus ini berpindah ke lokasi tetapnya di Jalan Muar, Segamat.

Kampus ini mempunyai 4 fakulti iaitu Fakulti Pengurusan Perniagaan, Fakulti Perakaunan, Fakulti Pengurusan Maklumat dan Fakulti Sains, Komputer dan Matematik. Antara kursus yang ditawarkan di kampus ini ialah Pra Diploma Perdagangan, Diploma Perakaunan, Diploma Sains Komputer, Diploma Sains Kuantitatif, Diploma Pengajian Perniagaan, Diploma Pengajian Perniagaan Pengangkutan, Diploma Perbankan, Diploma Analisis Pelaburan, Diploma Pengurusan Maklumat. Kini Fakulti Pengurusan Maklumat menawarkan kursus Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Rekod. Fakulti Pengurusan Maklumat mempunyai 25 orang pensyarah [ sumber : Albakri Mohammad : Pensyarah Pengurusan Maklumat ].

Kampus ini memiliki satu bangunan pentadbiran iaitu Bangunan Seri Bendahara yang menempatkan Hal Ehwal Akademik, Hal Ehwal Pelajar, Unit Sukan, Unit Keselamatan dan juga unit pentadbiran. Ia memiliki 6 bangunan kuliah iaitu Bangunan Sri Laksamana, Blok I, Blok U, Blok C, Blok Kayangan yang terletak di atas bukit dan Bangunan LT yang menjadi kelas kepada lebih 6,000 orang pelajar. Dewan Sri Temenggung menjadi dewan rasmi kampus ini yang menjadi lokasi Peperiksaan Akhir setiap semester dan ujian untuk pelajaran yang ditawarkan disini. Bangunan Pensyarah terbahagi kepada dua iaitu Blok A dan B yang menjadi bilik para pensyarah berbagai jawatan sehingga yang berpangkat Professor. Bangunan kediaman atau kolej yang menjadi tempat kediaman pelajar yang mendapat kemudahan kolej. Ia terbahagi kepada 3 Kolej iaitu Kolej A, Kolej B dan Kolej C. Kolej A menjadi kolej pelajar lelaki yang merangkumi Blok Sempana Riau, BlokTaming Sari dan blok baru iaitu Suluk Belingkung. Blok Suluk Belingkung menempatkan pelajar lelaki dan perempuan yang dibahagikan kepada dua bahagian. Kolej B pula merupakan kolej pelajar perempuan yang merangkumi Blok Mutiara, Blok Baiduri dan Blok Nilam (baru selesai pengubahsuaian pada 2014). Kolej C juga merupakan kolej pelajar perempuan yang merangkumi Blok Intan, Blok Zamrud, Blok Sempana Alam Buana dan Blok Si Manja Kini.

Kampus Bandar Johor Bahru telah secara rasmi ditutup pada April 2014 yang lalu dan dipindahkan ke Kampus Pasir Gudang dengan penambahan fakulti baru iaitu Fakulti Kejuruteraan.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Laman Web UiTM Johor
  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-25. Dicapai pada 2021-09-01.