Pergi ke kandungan

Omar Rojik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Omar bin Ali)
Omar Rojik
Omar pada tahun 1980-an.
Kelahiran
Omar bin Ali

(1925-11-23)23 November 1925
Meninggal dunia4 Mei 1997(1997-05-04) (umur 71)
Klang, Selangor, Malaysia
Sebab kematianSakit kejang otot
PekerjaanPelakon, pengarah, penulis
Tahun aktif1951–1997
Kampung asalSeberang Perak, Alor Setar, Kedah
PasanganNorsiati Omar
Anak-anak4
IbuRaonah Senapi
BapaAli Ibrahim

Omar Ali atau lebih dikenali sebagai Omar Rojik (23 November 1925 – 4 Mei 1997) merupakan seorang pelakon dan pengarah filem Singapura dan Malaya semasa zaman kegemilangan filem-filem Melayu di Studio Jalan Ampas.[1][2][3]

Kehidupan dan kerjaya

[sunting | sunting sumber]

Beliau berasal dari Kedah dan dilahirkan pada 23 November 1925 di Seberang Perak, Alor Setar, Kedah dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu dan Sekolah Inggeris sehingga darjah tiga. Ketika di sekolah, beliau pandai bermain alat muzik iaitu dengan cara menghafal sajak di samping gemar membaca novel dari Indonesia. Tamat saja persekolahan beliau telah mula bekerja di sebuah bengkel PWD, memasuki angkatan belia dan berkerja memperbaiki enjin kapal terbang semasa pendudukan Jepun.[4][5] Di samping itu, beliau juga pernah terlibat dengan parti politik di bawah pimpinan Ahmad Boestamam. Untuk mendapatkan pekerjaan tetap, beliau telah berhijrah ke Singapura di mana ketika berada di situlah beliau bertemu dengan R. Azmi yang telah mendapatkan nya pekerjaan sebagai buruh kasar di Syarikat Malay Film Productions Ltd (MFP). Dari situlah beliau mula mengenali dunia filem tempatan. Beliau merupakan anak Melayu yang diberi peluang mengarah di Syarikat MFP. Pembabitan beliau dalam bidang lakonan bermula apabila beliau telah diberi tugas memegang beberapa peranan kecil hinggalah ke peranan yang agak besar[6].

Omar juga berbakat dalam bidang penulisan dan merupakan penulis cerita asal bagi filem Dr. Rushdi, Antara Dua Darjat dan Semerah Padi.[7]

Kehidupan peribadi dan kematian

[sunting | sunting sumber]

Omar Rojik berkahwin dengan pelakon Norsiati Omar yang berasal dari Butterworth dan mempunyai 4 orang anak.

Beliau meninggal dunia pada 4 Mei 1997 di rumah anaknya di Klang, Selangor ketika berusia 71 tahun akibat sakit kejang otot.[8]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Sebagai pelakon

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
1951 Rayuan Sukma Filem pertama
Manusia
1952 Anjoran Nasib Pembantu Haji Salleh
1953 Istana Impian
1954 Pawang
Panggilan Pulau Kapten
1955 Insan Omar
1957 Mogok
1958 Matahari Kapten Nakamura
Sarjan Hassan Ketua Kempeitai
1963 Nasib Si Labu Labi Juri Pertandingan Ratu Kebaya 4 Filem terakhir, penampilan khas

Sebagai pengarah

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Pengarah Penulis Catatan
1956 Semerah Padi Tidak Ya Cerita asal
1959 Dandan Setia Tidak Ya
Batu Belah Batu Bertangkup Tidak Ya
1960 Sumpah Wanita Ya Ya Filem arahan pertama
Pertarongan Ya Tidak
Antara Dua Darjat Tidak Ya Cerita asal
Megat Terawis Tidak Ya
1961 Panji Semerang Ya Tidak
Singapura Dilanggar Todak Ya Tidak
1963 Kasih Tanpa Sayang Ya Tidak
Pilih Menantu Ya Tidak
1964 Jeritan Batin Ya Tidak
Siapa Besar Ya Tidak
1965 Sayang Si Buta[9] Ya Tidak
Taqdir[10] Ya Tidak
1966 Dahaga Ya Tidak
Aksi Kuching Ya Tidak
1968 Teratai Ya Tidak
Miang-Miang Keladi Ya Tidak
1969 Keranda Jingga Ya Tidak
Lanang Sejagat Ya Tidak
1970 Tuah Badan Ya Tidak
Dr. Rushdi Tidak Ya Cerita asal
1971 Durjana Ya Tidak
1972 Angkara Ya Tidak
Anak Ku Suami Ku Ya Tidak
1973 Satria[11] Ya Tidak
1974 Anak Setan Ya Tidak
Puaka Ya Tidak
Semambu Kuning Ya Tidak
1975 Si Buta Ya Ya
1978 Gila-Gila Ya Ya
1981 Si Luncai Ya Tidak
1983 Sayang Ibu Ya Tidak
Mat Salleh Pahlawan Sabah Ya Tidak
1984 Talak Ya Tidak
1986 Rumah Maut Ya Tidak Filem arahan terakhir

Sebagai pengarah

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Pengarah Penulis
1983 Seorang Tua di Kaki Gunung Ya Tidak
  1. ^ "Hajat Omar Rojik tak kesampaian". Berita Harian. 25 Februari 1998. m/s. 6. Dicapai pada 17 November 2018.
  2. ^ Zieman (7 Mei 1997). "Omar Rojik dared to be different". New Straits Times. Dicapai pada 8 November 2019.
  3. ^ "Omar Rojik : Dari mekanik Jepun ke pengarah filem Melayu". Utusan TV. 15 Disember 2022. Dicapai pada 20 Disember 2022.
  4. ^ Zainuri Misfar (16 November 1994). "Omar Rojik pernah jadi askar Jepun". Berita Harian. Dicapai pada 8 November 2021.
  5. ^ "Omar Rojik – bermula sebagai buruh biasa". Berita Harian Singapura. 6 Mei 1997. m/s. 6. Dicapai pada 8 November 2018.
  6. ^ Anak-Anak Kedah: Omar Rojik Diarkibkan 2010-11-21 di Wayback Machine Kedah.com
  7. ^ Seniman Omar Rojik dalam Kenangan Mamu Tanjung. 4 September 2012. Dicapai pada 8 November 2019.
  8. ^ "Omar Rojik meninggal". Berita Minggu. 4 Mei 1997. Dicapai pada 8 November 2021.
  9. ^ "Omar Rojik yakin filem Sayang Si-Buta akan jaya". Berita Harian Singapura. 17 April 1965. m/s. 7. Dicapai pada 20 November 2018.
  10. ^ "Taqdir filem baru Omar Rojik". Berita Harian Singapura. 3 Julai 1965. m/s. 7. Dicapai pada 17 November 2018.
  11. ^ Zainuddin Bendahara (17 Oktober 1971). "Perubahan2 baru Omar Rojik dim filem menarek 'SATRIA'". Berita Harian Singapura. m/s. 10. Dicapai pada 17 November 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]