Pergi ke kandungan

Ombak Rindu The Series

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ombak Rindu The Series merupakan sebuah siri drama televisyen web Malaysia 2019 arahan Osman Ali terbitan Infinitus Entertainment. Ia dibintangi oleh Remy Ishak dan Izara Aishah. Siri drama boleh ditonton secara percuma di iflix bermula 5 Disember 2019.

Ombak Rindu The Series
GenreDrama
Cinta
Konflik
Dendam
Berdasarkan daripada
  • "Cinta Tiada Akhirnya"
  • "Rindu Cintaku"

karya Fauziah Ashari

Ditulis oleh
  • June Tan
  • Maizura Mohd Ideris
  • Ajami Hashim
PengarahOsman Ali
Dibintangi oleh
Remy Ishak
Izara Aishah
Lagu pembukaan"Gelora Rindu" oleh Ezad Lazim & Idayu
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod4
Penerbitan
Penerbit eksekutifImilya Irwani Roslan
PenerbitGayatri Su-Lin Pillai
Tempoh siaran88 minit
Syarikat penerbitan
Infinitus Entertainment
Penyiaran
Saluran asaliflix
Siaran asal5 Disember 2019

Siri drama web ini merupakan adaptasi daripada novel Cinta Tiada Akhirnya dan Rindu Cintaku yang merupakan kesinabungan daripada Ombak Rindu.

Hariz (Remy Ishak) dan Izzah (Izara Aishah) walaupun dari dua dunia berbeza tetapi telah menemui cinta yang sempurna. Tetapi cinta mereka diuji apabila rahsia silam kembali mengancam kebahagiaan mereka berdua.

Konflik rumahtangga Hariz bermula apabila Izzah hilang dan muncul Suri yang mirip Izzah. Hariz berusaha membuktikan Suri adalah Izzah.

Bukan itu sahaja, malah kehidupan silam Hariz menyebabkan hubungan pasangan suami isteri ini semakin diuji.