Ombudsman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ombudsman (pinjaman bahasa Denmark-Norway-Sweden daripada bahasa Norse Lama umboðsmaðr iaitu "wakil") ialah pegawai yang ditugaskan mewakili kepentingan umum dengan menyiasat dan menghadapi aduan salah tadbir atau pelanggaran hak-hak. Pegawai-pegawai ini biasanya dilantik pemerintah atau parlimen, tetapi dengan suatu takat kebebasan yang tertentu. Inspektor jeneral, peguam bela rakyat atau pegawai lain mungkin akan memainkan peranan ini serta dilantik badan kehakiman di sesetengah negara. Ombudsman boleh juga dilantik dalam peringkat lebih bawah seperti dalam peringkat pemerintah perbandaran, tempatan mahupun negeri. Pekerjaan ini juga dilantik secara tidak rasminya oleh dan untuk syarikat tertentu seperti syarikat pembekal, akhbar, badan bukan kerajaan, atau badan peraturan profesional.

Ombudsman biasanya menyiasat aduan yang dilaporkan serta cuba menyelesaikannya sama ada melalui cadang (terikat atau sebaliknya) mahupun penengah atau pengantaraan (mediation). Mereka juga bertumpu kepada pengenalpastian isu-isu sistematik yang membawa kepada perkhidmatan yang tidak baik atau pelanggaran hak-hak orang ramai.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]