Omegle

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Omegle
Maklumat umum
URLwww.omegle.com
JenisLaman web perbualan

Perbualan chat online

Video chat online
Tersedia dalamBahasa Inggeris
Ditubuhkan25 Mac 2009 Edit the value on Wikidata
Dibubarkan8 November 2023 Edit the value on Wikidata
PengasasLeif K-Brooks (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
Dilancarkan pada25 Mac 2009; 15 tahun yang lalu (2009-03-25)
Perangkaan
Kedudukan Alexa2,771 (28 November 2017)
1,692
2,618 Edit the value on Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Omegle ialah sebuah laman web sembang dalam talian percuma yang membolehkan pengguna bersosial dengan orang lain tanpa perlu mendaftar . Perkhidmatan ini menyambungakan para pengguna secara rawak dalam suatu sesi perbualan. Perbualan dilakukan dengan menggunakan nama samaran "You" (Anda) dan "Stranger" atau "Stranger 1" dan "Stranger 2" dalam kes mod Spy. Laman ini dicipta oleh Leif K-Brooks yang berusia 18 tahun dari Brattleboro, Vermont. Laman ini dilancarkan pada 25 Mac 2009. [1] [2] Lebih kuran sebulan selepas pelancaran, Omegle dilayari sekitar 150,000 paparan halaman sehari, [3] dan pada Mac 2010 tapak itu memperkenalkan servis persidangan video.

Laman web ini telah dibandingkan dengan laman web AOL yang dibuat pada awal 1990-an. [4]

Karakteristik[sunting | sunting sumber]

Omegle pada asalnya adalah servis sembang secara teks yang menyambungkan para pengguna secara rawak untuk berkomunikasi sebagai "orang asing". Walau bagaimanapun, pada tahun 2010, Omegle memperkenalkan mod video untuk melengkapkan mod sembang teks, yang menyambungkan para pengguna yang tidak mengenali satu sama lain menggunakan kamera web dan mikrofon. Servis Sembang video juga mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi melalui teks.

Pada tahun 2011, versi beta bagi ciri baharu, "Mod Perisik" telah diperkenalkan. Mod perisik ini mempunyai dua pilihan: (1) Soalan dan (2) perbincangan. Dalam Mod soalan, pengguna akan menjadi "perisik" dan bertanyakan soalan kepada dua orang yang tidak dikenali. Dalam Mod perbincangan, pengguna akan digandingkan dengan orang lain untuk membincangkan soalan dengan orang yang tidak dikenali yang lain. Sebagai pengintip, pengguna memasukkan sebarang soalan untuk dijawab atau dibincangkan oleh dua pengguna berasingan dan dapat melihat perbincangan sebagai pihak ketiga, walaupun tanpa dapat menyumbang lebih lanjut kepada perbualan. Perisik boleh memberhentikan sesi pada bila-bila masa tanpa menamatkan tempoh sembang untuk dua pengguna yang lain. Jika pengguna memilih untuk membincangkan soalan melalui mod perbualan teks biasa, maka pengguna akan digandingkan dengan pengguna yang tidak dikenali yang lain dan boleh membincangkan soalan yang telah ditanyakan oleh pengintip sehinggalah pengguna asing tadi itu memutuskan untuk memutuskan sambungan dan/atau beralih kepada soalan lain .

Pada tahun 2012, Omegle telah menambahkan ciri baharu khas pada mod teks dan video, kebolehan untuk memasukkan tag "minat". Menambahkan tag "minat" membolehkan pengguna digandingkan dengan orang yang tidak dikenali yang mempunyai sifat persamaan dengan pengguna. Contohnya, jikalau pengguna memasukkan tag "game", maka pengguna akan digandingkan dengan pengguna lain yang juga menggunakan tag yang sama. Pengguna boleh memasukkan seberapa banyak minat yang mereka mahu, dan jika tiada padanan yang tersedia ditemui, pengguna akan digandingkan dengan orang yang tidak dikenali secara rawak.

Pada tahun 2013, versi mod sembang video yang tidak dipantau telah dibuka, menjadikan bahagian video kandungan asal yang diselia sebelum ini terbuka kepada pengguna yang berumur tiga belas tahun ke atas asalkan kandungan strim videonya mempunyai kandungan yang sesuai untuk tontonan umum. Pada mulanya, kandungan dewasa yang mempunyai kandungan matang dalam bahagian video Omegle telah ditapis menggunakan algoritma pengecaman imej sahaja. Versi bahagian video yang tidak dipantau pula membenarkan pengguna dewasa yang berumur lapan belas tahun ke atas kebebasan untuk menonton dan berkongsi antara satu sama lain, apa-apa strim video tanpa sekatan.

Pada tahun 2014, Omegle mula mencuba mod "Dorm Chat". Mod ini memerlukan pengguna memberikan alamat e-mel yang berakhir dengan " .edu " untuk mengesahkan bahawa mereka merupakan pelajar berdaftar dengan kolej atau universiti. Mod Dorm Chat membolehkan para pengguna bersembang dengan rakan sekelas dan rakan sekerja mereka di Omegle.

Pada tahun 2015, Omegle mula melaksanakan langkah keselamatan ReCaptcha untuk membantu mengurangkan jumlah bot di tapak laman web. Walau bagaimanapun, langkah ini didapati tidak berkesan kerana laman tersebut masih dipenuhi dengan bot yang telah disahkan sebelum langkah keselamatan digunapakai.

Pada akhir tahun 2019 dan awal tahun 2020, Omegle mula mengkritik Parti Komunis China, dan menyatakan sokongan untuk protes Hong Kong 2019–20, dengan memaparkan imej Bendera Amerika di muka depan dengan perkataan " Xi Jinping (Setiausaha Agung Komunis). Parti China) kelihatan mirip seperti watak Winnie the Pooh " di bahagian permulaan laman web tersebut. [5]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Sebelum tahun 2013, perkhidmatan laman web ini tidak menapis sumbangan pengguna melalui penapis kata-kata kotor, dan pengguna telah melaporkan menemui unsur-unsur lucah atau kandungan seksual pada video kamera semasa berhubung dengan pengguna yang tidak dikenali. [6] Selepas Januari 2013, Omegle telah melaksanakan sistem pantauan untuk mod sembang video, untuk memantau salah laku dan melindungi pengguna bawah umur 18 tahun daripada kandungan yang berpotensi memaparkan unsur-unsur berbahaya, termasuk kebogelan atau kandungan seksual. Walau bagaimanapun, pemantauan tersebut tidak begitu berkesan dalam pencegahan dan pengguna selalunya boleh mengelak daripada sistem pantauan laman web. [7] Untuk melengkapkan sembang video yang dipantau, Omegle juga mempunyai sembang video "tidak dipantau" yang tidak dipantau untuk kandungan seksual. [8] K-Brooks telah mengakui yang bahawa kandungan laman web yang boleh dipersoalkan, pada satu masa menyatakan kekecewaan terhadap cara tapak tersebut digunakan. [6]

Omegle dan tapak web sembang rawak yang lain mengalami lonjakan populariti semasa pandemik COVID-19 berlaku, dan peningkatan akibat pempengaruh sosial dari laman web YouTube dan TikTok yang popular telah membuat strim secara lansung menggunakan laman web tersebut. [9] Hal ini juga telah menyebabkan peningkatan pengguna di bawah umur yang melayari laman web tersebut. Banyak nasihat, buletin dan amaran telah dikeluarkan oleh kedua-dua penguatkuasa undang-undang tempatan dan negeri, kerana terdapat peningkatan besar dalam laporan jenayah siber yang melibatkan eksploitasi seksual pengguna bawah umur yang telah berlaku di Omegle disebabkan lonjakan populariti. [10]

Omegle kini menghadapi tuntutan mahkamah sebanyak $22 juta yang difailkan pada tahun 2019, berhubung kes bekas pengguna laman web itu yang telah menjadi mangsa eksploitasi seks kanak-kanak. Pada tahun 2014, plaintif yang berusia 11 tahun itu telah melayari masuk ke Omegle dan bertemu dengan seorang pedofil dari Kanada yang telah memeras ugutnya dan membawa masuk mangsa ke dalam jenayah perhambaan seksual digital. Tuntutan itu mendakwa bahawa Omegle dengan sengaja membenarkan penggandingan pengguna bawah umur dengan pengguna yang mempunyai jenayah pedofil. Hal ini kerana sebuah amaran skrin yang menyatakan "Pemangsa telah diketahui menggunakan Omegle, jadi sila berhati-hati" telah dipaparkan untuk pengguna dengan jenayahpedofil tersebut tetapi masih dapat digandingkan dengan pengguna bawah umur. Omegle telah mengalih keluar amaran ini daripada tapak web. [11]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Chatroulette
  • Stickam

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Brooks, Leif (30 March 2009). "Welcome to the Omegle blog!". Diarkibkan daripada yang asal pada 3 April 2009.
  2. ^ "Omegle chat program can help you find love anonymously". 14 April 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 April 2009. Dicapai pada 18 April 2009.
  3. ^ Quenqua, Douglas (26 April 2009). "Tired of Old Web Friends? A New Site Promises Strangers". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 September 2018. Dicapai pada 25 February 2017.
  4. ^ O'Brien, Terrence (2 April 2009). "Omegle.com Lets You Anonymously Mess With Complete Strangers". Switched.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 July 2011. Dicapai pada 17 March 2010.
  5. ^ Restar, Al (10 October 2019). "Omegle throws jabs at China: 'Xi = Pooh!'". Z6 Mag (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 April 2021.
  6. ^ a b "Chatroulette and Omegle: chat rooms with a twist". BBC News. 24 March 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 July 2017. Dicapai pada 6 June 2010.
  7. ^ "A Chat with Strangers: Fun or Dangerous?". 14 April 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2015. Dicapai pada 20 September 2015.
  8. ^ "Omegle privacy policy". 1 February 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 March 2013. Dicapai pada 27 February 2013.
  9. ^ Lorenz, Taylor (24 July 2020). "Oh, So We're Doing Random Video Chat Again?". The New York Times.
  10. ^ Slugoski, Kendra (9 March 2021). "Child luring and sextortion cases online spike since start of pandemic". Global News.
  11. ^ Fonrouge, Gabrielle (19 November 2021). "Omegle allowed child user to become pedophile's digital sex slave: suit". New York Post.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]