Omikuji

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Omikuji adalah sejenis kertas untuk meramalkan nasib masa depan yang diamalkan oleh masyarakat Jepun. Omikuji boleh dibeli di tokong Buddha dan kuil Shinto. Harganya lebih kurang 100 yen (lebih kurang RM3). Kebiasaannya, omikuji terletak dilipat dan dimasukkan ke dalam kotak. Apabila omikuji dicabut, pilih satu omikuji daripada banyak omikuji yang terletak dalam satu kotak tanpa dilihat isinya. Selepas seseorang memilih omikuji, dia perlu membuka kertas dan membaca apa yang ditulis. Di dalam omikuji, nasib dan Kansi(syair Cina) atau Waka(syair Jepun) ditulis.

Omikuji yang dimasukkan ke dalam kotak

Nasib masa depan dikelaskan lebih kurang 7, iaitu 大吉(Daikici)、吉(Kici)、中吉(Chukichi)、小吉(Shokichi)、末吉(Suekichi)、凶(Kyou)、大凶(Daikyou). 大吉(Daikici) bermaksud paling baik nasibnya dan 大凶(Daikyou) paling buruk nasibnya. Manakala, nasib tentang perkara yang lebih terperinci juga ditulis dalam omikuji. Contohnya, jodoh perkahwinan, kesihatan, pelajaran dan sebagainya. Omikuji yang dipilih di tokong Buddha dan omikuji yang dipilih di kuil Shinto mumpunyai sedikit perbezaan. Bagi omikuji di tokong Buddha, nasib diikuti oleh Kansi, manakala omikuji di kuil Shinto, nasib diikuti oleh Waka. Perbezaan ini berkaitan dengan sejarah perkembangan agama Jepun, iaitu agama Buddha berasal dari Cina tetapi Shinto berasal dari Jepun.

Omikuji di tokong Buddha

]

Omikuji di kuil Shinto

Ramai orang Jepun memilik omikuji pada tahun baharu untuk meramalkan nasib tahun tersebut. Walau bagaimanapun, omikuji tidak wajib, dan tiada peraturan yang tegas. Tambahan pula, terdapat orang yang percaya dengan serius, tetapi teradapt juga orang yang tidak mengambil berat tentang omikuji. [1]

Sejarah Omikuji[sunting | sunting sumber]

Di Jepun, pada abad ke-6 atau ke-7, terdapat sejenis omikuji yang digunakan untuk menjangkakan masa depan kerajaan oleh orang besar. Selepas abad ke-12, amalan ini mula tersebar antara orang biasa. Omikuji digunakan untuk menjangkakan jantina anak yang akan lahir atau nasib masa depan. Sejak abad ke-17, omikuji menjadi sangat popular di Jepun. Pada masa itu, terdapat sejenis omikuji yang berasal dari Cina , iaitu 天竺霊籖(Tenjikureisen). 天竺霊籖(Tenjikureisen) terdiri daripada 100 syair dan salah satu syair yang dipilih memberitahu nasib masa depan. Kebanyakan omikuji yang terdapat di tokong Buddha sekarang adalah sejenis 天竺霊籖 (Tenjikureisen) yang mengandungi syair Cina dalamnya.[2]

Peraturan omikuji[sunting | sunting sumber]

Walaupun omikuji tidak wajib, tetapi semasa memilih omikuji, seseorang mesti berhati-hati dengan tingkah laku sendiri kerana omikuji dianggap sebagai pesanan daripada dewa-dewa atau Buddha. Peraturan adalah berbeza mengikut setiap tokong Buddha atau kuil Shinto. Berikut adalah salah satu contoh daripadanya.

1. Sembayang di tokong Buddha dan kuil Shinto sebelum memilih omikuji.[3]

2. Membayangkan masalah atau kebimbangan secara khusus semasa tarik omikuji.

3. Tidak boleh memilih omikuji lebih daripada sekali. Kerana menggambarkan seseorang itu kurang kepercayaan terhadap dewa dan Budda.

4. Sekiranya seseorang itu menimpang omikuji yang lama (seperti omikuji yang dipilih pada tahun yang lalu), dia perlu memulangkankan semula di tokong Buddha dan kuil Shinto.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 羽車公式サイト.2018. 松本みずほhttps://www.haguruma.co.jp/14399/news/view/85 (2018 Haguruma kousiki saito. Mizuho Matsumoto)
  2. ^ 中村公一. 1999『一番大吉!おみくじのフォークロア』大修館書店(Kouichi Nakamura.1999 “Ichiban daikichi! Omikuji no folklore ”Taishukan shoten )
  3. ^ 「大吉」のおみくじで喜ぶ人が知らない本当の意味. 東洋経済オンライン. 2022/01/03 島田ゆかり (“Daikichi”no omikuji de yorokobu hito ga shiranai honto no imi . Toyo Keizai online 2022/01/02 Yukari Shimada )https://toyokeizai.net/articles/-/479794?page=3
  4. ^ おみくじを引くときの注意点は?識者「悩みを具体的に…」朝日新聞DIGITAL. 2020/01/01 伊藤舞虹 (Omikuji wo hiku toki no chuiten ha? Shikisya “Nayami wo gutaiteki ni…” Asahi shinbun digital. 2020/01/01 Maiko Ito) https://www.asahi.com/articles/ASMDJ3JPQMDJUTFL001.html