Onésime Clerc

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Onésime Yegorowitsch Clerc
Они́сим Его́рович Клер
Kelahiran(1845-02-25)25 Februari 1845
Meninggal dunia18 Januari 1920(1920-01-18) (umur 74)
DikebumikanPerkuburan Katolik Lutheran, Yekaterinburg
WarganegaraSwitzerland
Rusia
Pusat pendidikanUniversiti Imperial Saint Petersburg
Terkenal keranaPenubuhan Persatuan Pencinta Sains Alam Ural
PasanganNataliya N. Solotova
Kerjaya saintifik
BidangBotani
Author abbrev. (botany)Clerc

Onésime Yegorowitsch Clerc (Rusia: Они́сим Его́рович Клер; 25 Februari 1845 – 18 Januari 1920) ialah seorang ahli botani dan alami Rusia yang dilahirkan di Switzerland.[1][2]

Awal hidup dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Clerc dilahirkan di pekan Corcelles di Switzerland dan lulus pengajian di sebuah sekolah perdagangan di Neuchâtel.[3][4] Namun begitu, keadaan keluarganya tidak memungkinkan beliau untuk melanjutkan belajar di universiti.

Pada tahun 1862, Clerc berhijrah ke Rusia dan menjadi guru rumah bahasa Perancis dengan keluarga Trubetskoy di Moscow. Setelah mengambil ujian di Universiti Imperial Saint Petersburg, beliau diberi kelulusan untuk mengajar bahasa Perancis di institusi-institusi pendidikan. Setelah tiga tahun di Moscow, beliau bekerja di Yaroslavl, di mana beliau mengambil bahagian dalam karya persatuan saintifik tempatan.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1867, Clerc menjadi guru Perancis di sebuah sekolah tinggi lelaki Yekaterinburg yang dibuka pada tahun 1861. Di situ, beliau menjelajahi alam dan pemandangan di sekitar Yekaterinburg. Pengarah sekolah menengah dan rakan-rakannya serta pengarah Sekolah Perlombongan Yekaterinburg N. K. Chupin menyokongnya. Tidak lama kemudian, beliau menubuhkan Persatuan Pencinta Sains Alam Ural, dan menjadi setiausaha dan seterusnya, presiden persatuan itu hingga saat kematiannya, serta menubuhkan Muzium UOLJ pada akhir tahun 1870 yang kemudian menjadi muzium sejarah tempatan Wilayah Sverdlovsk.[1][5] Clerc menerbitkan karya sejarah geologi dan semula jadi, dan menamakan taksa botani; berdasarkan Kod Antarabangsa Tatanama Botani, namanya ditulis sebagai Clerc.[6] Beliau juga ialah anggota dalam lebih daripada 20 pertubuhan sains asing dan Rusia.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1870, Clerc berkahwin dengan anak perempuan seorang paderi, Nataliya Nikolajewna Solotova, dan dikurniakan empat orang anak. Anak sulungnya, Vladimir belajar di Universiti Geneva dan menjadi ahli biologi. Anak kedua, Modeste menjadi ahli geologi. Anak ketiga, Georgi menjadi ahli zoologi. Anak bongsunya, Kristiana menjadi guru Perancis di Shadrinsk.[1]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Clerc meninggal dunia pada 18 Januari 1920 di Yekaterinburg, dan dikebumikan di sana.

Peringatan[sunting | sunting sumber]

Nama Clerc dijadikan sebagai nama sebuah anugerah tahunan untuk projek muzium terbaik di Ural.[7] Pada tahun 2015, monumen Clerc pertama di Rusia didirikan di pintu masuk muzium sejarah tempatan Yekaterinburg.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Зорина, Л. И. (1989). Онисим Егорович Клер (dalam bahasa Rusia). Moscow: Nauka.
  2. ^ "Онисим Егорович Клер". Записки Уральского общества любителей естествознания (УОЛЕ) (dalam bahasa Rusia) (39): III–IX. 1924.
  3. ^ de Coulon, Baptiste. "Dans quelle maison de Corcelles habitait Onésime Clerc (Они́сим Его́рович Клер), fondateur du Musée d'histoire naturelle d'Iekaterinbourg (Russie), en 1862?". Dicapai pada 22 November 2020.
  4. ^ "Clerc, Onésime". Dicapai pada 22 November 2020.
  5. ^ Корепанова, С. А. (2013). История Екатеринбурга в деятельности Уральского общества любителей естествознания. Издательство УМЦ УПИ. Yekaterinburg. ISBN 978-5-8295-0234-8.
  6. ^ "Clerc, George Onésime". The International Plant Names Index. Dicapai pada 22 November 2020.
  7. ^ "Актуальная информация". Dicapai pada 22 November 2020.
  8. ^ "В центре Екатеринбурга поставили памятник швейцарцу, который создал самый большой краеведческий музей Урала". Dicapai pada 22 November 2020.