Kuih onde-onde

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Ondeh-ondeh)
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Klepon
Klepon juli 2018.jpg
Onde-onde yang dibungkus bekas plastik
Jenis sajianKuih
Tempat asalMalaysia, Indonesia
Suhu penghidanganSuhu bilik
di Wikibuku Buku Masakan: Kuih onde-onde  Media berkenaan di Wikimedia Commons Media: Kuih onde-onde

Kuih onde-onde atau juga dikenali sebagai buah melaka[1] atau klepon merujuk kepada sejenis kuih[2] yang diperbuat daripada bahan-bahan seperti tepung beras pulut, manisan, kelapa muda parut, garam, air dan daun pandan (untuk warna dan baunya yang harum).[3] Kuih onde-onde merupakan sejenis hidangan yang sering dijumpai di Malaysia, Indonesia[4], Singapura dan juga Brunei.

Di Indonesia, onde-onde disebut "klepon", sedangkan di Jawa dan bahagian lain di Indonesia makanan yang disebut onde-onde adalah bebola tepung beras berisi doh kacang hijau yang ditaburi biji bijan.

Asal[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan sumber sejarah, kuih onde-onde atau buah melaka diramalkan berasal dari Malaysia atau Indonesia.

Nama[sunting | sunting sumber]

Nama kuih onde-onde datangnya dari cara menghasilnya di mana adunan digentel bulat. Nama kuih buah Melaka pula datangnya dari saiz dan bentuknya yang menyerupai buah pokok melaka. Selain itu perbezaan antara kuih onde-onde dan kuih buah Melaka adalah kandungan intinya. Kuih buah Melaka menggunakan gula kabung/gula Melaka yang lebih cerah sebagai inti. Kuih onde-onde pula menggunakan gula nisan yang diperbuat daripada nira kelapa dan bewarna lebih hitam.

Di sesetengah tempat di pantai timur kuih ini lebih dikenali sebagai kuih kekoh caar[perlu rujukan]

Penyebaran[sunting | sunting sumber]

Kuih onde-onde ini boleh didapati sepanjang tahun tetapi lebih diminati waktu bulan puasa. Ia sesuai dimakan semasa minum petang. Kuih onde-onde mempunyai adunan tepung beras pulut yang menyelitupi manisan nisan di sebelah pantai timur atau gula kabung di sebelah pantai barat (buah melaka). Kuih ini dibebat dalam kelapa parut sebelum dihidangkan bagi mengelak ia melekat-lekat di antara sesama sendiri.

Kuih onde-onde tahan lebih lama jika disimpan dalam peti sejuk. Ia sering untuk dihasilkan bagi jualan harian, dan juga mudah untuk dihasilkan untuk makan sendiri.

Dalam budaya popular[sunting | sunting sumber]

Kuih onde-onde biasanya dihasilkan sebagai hidangan makan petang. Kuih onde-onde biasanya agak mudah untuk dihidangkan kerana ia tidak begitu melikit atau berkuah. Kuih onde-onde biasanya ada dihidangkan sebagai hidangan pejabat, contohnya semasa mesyuarat.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tan Bee Hong (22 June 2016). "Break fast with scenic view". New Straits Times. Dicapai pada 3 October 2016.
  2. ^ 101 Kue Nusantara. Dapur Lestari (dalam bahasa Indonesian). Puspa Swara. 2013. m/s. 57. ISBN 9786028453684.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ Jual 700 biji Akok Sehari. (dalam bahasa Melayu)[pautan putus]
  4. ^ Sri Owen (2014). Sri Owen's Indonesian Food. Pavilion Books. ISBN 9781909815476.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikibooks
Buku resipi Wikibuku mempunyai resipi