One-Punch Man

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
One Punch-Man
One Punch Man logo.svg
ワンパンマン
(Wanpanman)
GenreAksi, Cereka sains, Parodi, Komedi, Adiwira
Manga
One Punch-Man (komik web)
PengarangOne
PenerbitTerbitan sendiri
Tarikh Pengeluaran3 Julai 2009 – kini
Manga
One-Punch Man (lukis semula)
PengarangOne
IlustrasiYūsuke Murata
PenerbitShueisha
Penerbit Lain
Demografikseinen
PencetakanJump Comics
Majalah AsalYoung Jump Web Comics
Tarikh PengeluaranJune 14, 2012 – kini
Jilid10
Siri televisyen anime
PengarahShingo Natsume
Skrip/PenulisTomohiro Suzuki
StudioMadhouse
Tarikh tayangan5 Oktober 201521 Disember 2015
Episod12
Portal Anime dan Manga

One Punch-Man (Jepun: ワンパンマン, Hepburn: wanpanman, "Lelaki Satu Penumbuk") ialah sebuah komik web karya One[1] yang mulai diterbitkan pada awal tahun 2009[2] mengisahkan seorang lelaki bernama Saitama yang menjadikan kerjayanya iaitu adiwira sebagai suatu hobi. Saitama memiliki kekuatan yang dahsyat iaitu beliau mampu menumpaskan musuh dengan satu tumbukan sahaja. Manga ini diterbitkan semula dengan lukisan oleh Yūsuke Murata dalam siri terbitan semula Tonari no Young Jump keluaran Shueisha.[2] Setakat 23 jilid tankōbon telah dibukukan setakat Januari 2021.

Ia telah diadaptasikan menjadi anime oleh studio Madhouse dan ditayangkan di Jepun antara bulan-bulan Oktober dan Disember 2015.[3][4][5] Musim kedua anime tersebut mula tayang pada Oktober 2019.

Komik sesawang asal dibaca sebanyak 7.9 juta kali setakat Jun 2012 manakala terbitan semulanya dijual sebnayak 30 juta salinan setakat April 2020.

Jalan cerita[sunting | sunting sumber]

Saitama, seorang pemuda berkepala botak dan berperwatakan bersahaja dengan kekuatan tumbukan luar biasa memilih menjadi wira sebagai hobi, namun kekuatan luar biasa miliknya yang sering mengalahkan musuh-musuhnya dengan mudah menjadikan dia mula berasa bosan dengan kekuatan miliknya. Perkenalannya dengan seorang remaja cyborg bernama Genos membawa kepada perjalanan mereka berdua untuk menyertai satu persatuan adiwira lalu mula mengharungi kehidupan sebenar mereka sebagai adiwira apabila persatuan ini ditugaskan melindungi Bumi daripada serangan makhluk asing.

Barisan watak[sunting | sunting sumber]

  • Saitama (サイタマ)
Disuarakan oleh: Makoto Furukawa[6]

Seorang lelaki berusia 25 tahun yang menjadi adiwira bagi mengisi masa lapangnya, memiliki kuasa yang hebat hingga mampu menumpaskan musuh dengan satu tumbukan, dia sebelum ini berjaya mengalahkan seekor raksasa meskipun dirinya ketika itu tidak memiliki kekuatan yang dahsyat seperti ketika ini. Saitama mengakui bahawa kekuatan miliknya adalah hasil dari menjalani rutin senaman yang ekstrem namun menyebabkan rambutnya mengalami masalah keguguran hingga menjadi botak sebagai kesan sampingan. Dia baru sahaja dinaikkan pangkat dalam persatuan adiwira dari pahlawan tahap C ke tahap B yang dianggap sebagai pahlawan kelas rendah. Disebabkan kekuatannya yang mampu menewaskan raksasa dengan satu tumbukan menyebabkan kejayaannya itu sering menimbulkan kekeliruan terhadap persatuan adiwira yang menganggap penghapusan raksasa itu dilakukan oleh adiwira lain.

  • Genos (ジェノス)
Disuarakan oleh: Kaito Ishikawa[6]

Seorang remaja siborg berusia 19 tahun merupakan anak didik dan sahabat baik Saitama yang sangat dikaguminya. Dia terselamat dari suatu bencana yang mengorbankan keluarganya sekitar empat tahun yang lalu lalu seorang saintis bernama Dr. Kuseno berjaya merawat kecederaan yang dialaminya malah melengkapkannya dengan teknologi pemusnah. Dia dimasukkan oleh ahli jawatankuasa persatuan adiwira ke dalam kategori pahlawan tahap S yakni adiwira kelas elit meskipun kekuatan Saitama jauh melangkauinya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Two Creators of the Original Manga One-Punch Man". Oppai Hoodie Blog (dalam bahasa English). Dicapai pada May 20, 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ a b Chapman, Paul (March 7, 2015). ""One-Punch Man" Anime Greenlit". Crunchyroll. Dicapai pada September 19, 2015.
  3. ^ "One-Punch Man Manga Gets TV Anime". Anime News Network. March 7, 2015. Dicapai pada September 19, 2015.
  4. ^ "One-Punch Man TV Anime Listed for October Premiere". Anime News Network. March 17, 2015. Dicapai pada September 19, 2015.
  5. ^ "One-Punch Man Anime's October Premiere Confirmed". Anime News Network. July 22, 2015. Dicapai pada September 19, 2015.
  6. ^ a b "Yuuki Kaji, Aoi Yūki Join One-Punch Man TV Anime's Cast". Anime News Network. Dicapai pada March 22, 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]