One in a Million

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
One in a Million
Oneinamillion.jpg
Logo One in a Million
Genre Realiti
Pengarah Malaysia Sunil Kumar
Malaysia Michael Christian Simon
Pengacara Malaysia Awal Ashaari
Malaysia Marion Caunter
Dibintangi Malaysia Syafinaz Selamat
Malaysia Paul Moss
Lagu pembukaan Star oleh Jaclyn Victor
Negara asal Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris
Bilangan musim 3
Penerbitan
Penerbit eksekutif Malaysia Sunil Kumar
Tempoh siaran Berubah-ubah
Penyiaran
Saluran asal 8TV
Julung kali ditayangkan di 26 Mei 2006
Kronologi
Rancangan berkaitan Malaysian Idol
Pautan luar
Tapak sesawang rasmi

One in a Million (singkatan: OIAM) merupakan program realiti berbentuk pertandingan menyanyi di 8TV yang menawarkan RM 1,000,000 kepada juaranya untuk tujuan pembangunan kerjaya si juara sebagai artis. Antara ciri-ciri istimewa dan unik dalam format OIAM termasuk mengalu-alukan penyertaam artis yang masih memegang kontrak rakaman, proses Central Eliminations yang melibatkan ujian "Blind Test" yang mana juri memerhati bayangan peserta sambil menilai mutu vokalnya, dan proses penyingkiran dijalankan di awal setiap malam pertandingan mingguan.

Semenjak diperkenalkan pada tahun 2006 sebagai ganti untuk Malaysian Idol, OIAM sudah menjayakan tiga musim, dan juara-juaranya merupakan Suki Low Sook Yee (2006), Norayu Damit (2008) dan Shah Indrawan Ismail (2009).

Dibintangi oleh[sunting | sunting sumber]

Juri[sunting | sunting sumber]

Syafinaz Selamat[sunting | sunting sumber]

Popular dengan persembahan beliau dalam persada muzik klasik dan kontemporari, dan juga seorang penerima ijazah muzik dari Universiti Teknologi MARA dan juga pensyarah di universiti tersebut serta juga di Akademi Seni Negara. Beliau juga menimba pengalaman menjadi pengkritik program pertandingan menyanyi yang lain seperti musim ketiga dan keempat Akademi Fantasia.

Paul Moss[sunting | sunting sumber]

Paul Moss dikenali sebagai juri Malaysian Idol yang amat terus terang ketika meluahkan pendapat mengenai peserta program realiti, pengalaman beliau dalam industri muzik bermula pada zaman 1980-an dengan menjadi ahli kumpulan Aishah and The Fan Club di tanah air beliau New Zealand. Beliau pernah menjadi seorang penerbit muzik di Positive Tone dan kini menjadi Pengurus Jenama 8TV.

Pengacara[sunting | sunting sumber]

Awal Ashaari[sunting | sunting sumber]

Beliau menimba pengalaman mengacarakan beberapa rancangan dan juga pernah muncul dalam sebilangan siri drama seperti Misi XX Ray dan filem. Sebenarnya, Awal juga berpengalaman menyertai rancangan realiti TV, iaitu mencapai pusingan ketiga pada musim pertama Malaysian Idol.

Marion Caunter[sunting | sunting sumber]

Anak kelahiran Pulau Pinang yang pernah menuntut di Universiti Marquette di Amerika Syarikat ini pernah menyandang jawatan sebagai hos 8TV Quickie dan kini bertugas di Channel [V] juga sebagai pengacara televisyen.


Format[sunting | sunting sumber]

One in a Million terbuka kepada seluruh penduduk Malaysia berusia antara 16 hingga 32 ketika musim pertama sebelum had usia minimumnya dinaikkan ke 18 untuk musim kedua dan kembali ke 16 tahun untuk musim ketiga. Tidak seperti rancangan pertandingan nyanyian lain, One in a Million terbuka kepada artis di bawah naungan syarikat rakaman.

Para peserta tidak bolehlah merupakan kakitangan kekal dan/atau kontrak stesen televisyen 8TV atau mana-mana syarikat naungan Media Prima. para peserta juga tidak boleh merupakan wakil, kakitangan, pembantu dan/atau agen mana-mana pembekal perkhidmatan pengiklanan atau promosi 8TV, ahli keluarga terdekat mereka; dan/atau orang muflis yang tidak berbayar. Jika seseorang peserta atau mana-mana ahli keluarganya yang terdekat digaji oleh pembkal hadiah; dan/atau sesiapa atau mana-mana entiti yang terlibat atau menyertai rancangan ini dan penerbitannya termasuk panel juri, maka dia juga tidak layak.[1]

Ujibakat[sunting | sunting sumber]

Penerbit rancangan mengadakan ujibakat awam "terbuka" di lokasi terpilih di seluruh negara, yang mana sesiapa yang layak boleh menghadirinya. Satu seleksi ujibakat di hadapan para juri – biasanya yang terbaik, terburuk dan paling pelik – disiarkan sepanjang minggu-minggu terawal rancangan. Setiap peserta memasuki bilik ujibakat, selalunya setelah berjam-jam menunggu, lalu menyanyi sama ada secara a cappella atau diiringi alat muzik. jika sekurang-kurangnya seorang daripada dua penilai berkata "ya", maka peserta itu layak ke peringkat seterusnya, jika tidak dia akan diminta pulang. Peserta juga boleh diletakkan dalam kelompok "mungkin" jika para penilai tidak pasti sama ada untuk melayakkan mereka. Mereka akan diminta agar menyanyi lagi di hadapan para juri sama ada selepas waktu selang yang singkat atau pada akhir hari ujibakat.

Sila rujuk rencana musim OIAM masing-masing untuk melihat lokasi uji bakat.

Penyingkiran pusat dan kalah mati[sunting | sunting sumber]

Para peserta yang lulus dalam ujibakat akan dibahagi kepada beberapa kumpulan dalam punsingan "Central Elimination" (Penyingkiran Pusat). Mereka akan diminta untuk menyanyi di hadapan para juri lagi lalu bilangan mereka dikurangkan menjadi 40 orang.

Kemudian, 40 peserta itu menjalani 'Blind Test' dan 'Style/Presentation Test'. Dalam 'Blind Test', para peserta perlu membuat persembahan di sebalik adang-adang. Dalam 'Style/Presentation Test' pula, dua juri undangan turut menilai gaya dan persembahan setiap peserta. Dari sini, hanya 20 orang peserta layak ke pusingan kalah mati.

20 peserta yang layak itu diberi kedudukan mengikut mutu persembahan. Mereka yang berada dalam kedudukan 10 teratas perlu memilih seorang lawan di kalangan peserta 10 terbawah. Hanya seorang peserta dari setiap pasangan boleh mara seperti yang ditentukan para juri. 10 peseta yang disingkirkan diberi peluang kedua dalam The Second Chance Show, iaitu episod pertama yang dihadiri audiens studio. Bagaimanapun, episod ini dirakam awal beberapa minggu sebelum tarikh penyiarannya dan tidak disiarkan secara langsung. namun, mulai titik inilah dalam pertandingan bahawa para penonton boleh mula mengundi peserta kegemaran mereka. Dua orang peserta dari The Second Chance Show akan dilayakkan ke peringkat seterusnya, iaitu seorang pilihan juri dan seorang lagi pilihan penonton.

Peringkat akhir[sunting | sunting sumber]

Sepuluh minggu terakhir menyaksikan setiap daripada 12 finalis menyanyi sekurang-kurangnya sebuah lagu setiap minggu. Apabila bilangan peserta yang tinggal cukup sedikit, maka mereka akan menyanyi dua lagu. Sebaik sahaja setiap peserta habis menyanyi, para juri menilai persembahannya, lazimnya menumpu kepada kebolehan vokal dan persembahan pentas. Sebaik sahaja semua peserta sudah naik pentah, talian undian dibuka pada akhir rancangan dan para penonton boleh mengundi peserta yang hendak dikekalkan dalam pertandingan oleh mereka. Para juri, dari titik ini, sekadar memainkan peranan penasihat tanpa pengaruh langusng terhadap keputusan.

Keputusan hanya diumumkan seminggu kemudian pada episod berikutnya sebelum persembahan,yang mana keputusan diumumkan dalam satu rancangan khas yang disiarkan sehari dua kemudian. Penyingkiran pertama melibatkan dua peserta manakala penyingkiran seterusnya hanya melibatkan seorang setiap minggu. Bagaimanapun, pada musim pertama adanya pengecualian, iaitu para penerbit merancangkan satu kejutan yang mana tiada berlakuny penyingkiran pada Final 3. Maka, bukan dua tetapi tiga orang bertanding pada Grand Finalé untuk meraih undian penonton yang menentukan juara keseluruhan.

Juara keseluruhan meraih wang tunai RM 1 juta untuk membiayai kerjaya muziknya dan akan bernaung di bawah pengurusan The 8 Unit.

Rancangan[sunting | sunting sumber]

One in a Million
Oneinamillion.jpg
Finalis One in a Million
Musim 1 (2006)
Peserta Kedudukan/
Tarikh penyingkiran
Suki Low Sook Yee Juara
Faizal Tahir Naib Juara
Alif Satar Tempat ke-3
Dayang Nurfaizah 15 September 2006
Farah Asyikin Zulkifli 8 September 2006
Alif Azfar Ishak 1 September 2006
Mohd Lokman Aslam Abdul Mutalip 25 Ogos 2006
Zaihanee Zainal Abidin (Zai) 18 Ogos 2006
Nur Hasliah Abbu Hassan (Alia) 11 Ogos 2006
Shahmeen Shah Halim Shah (Ameen) 4 Ogos 2006
Norshammeme Arzeyana Shamsuddin (Mimi) 28 Julai 2006
Anny Johanna Mohammad Shariff 28 Julai 2006
Musim 2 (2007-2008)
Norayu Damit (Ayu) Juara
Nur Shahila Amir Amzah (Shila) Naib Juara
Siti Sarah Raisuddin 29 Februari 2008
Abraham Edwin (Ab) 22 Februari 2008
Mark Glenn Malim 15 Februari 2008
Shone Eric Jr. Majimbun 1 Februari 2008
Joni Tham Chi Won 25 Januari 2008
Ungku Intan Sarafina Ungku Yahya 18 Januari 2008
Khairullah Ezuan Sulaini (Iz) 11 Januari 2008
Tunku Tiara Yasmin Sofia 4 Januari 2008
Shahron Hussein (Rony) 28 Disember 2007
Nor Azrinna Azahar (Rina) 28 Disember 2007
Musim 3 (2009)
Shah Indrawan bin Ismail (Tomok) Juara
Elizabeth Applunius Chin (Esther) Naib Juara
Nasharul Aweera Noriyissham (Weera) Tempat ketiga
Zulqarnain Jaafar (Nine) 24 April 2009
Amylea Azizan (Amy) 17 April 2009
Simon Christopher Michael (Simon) 10 April 2009
Muhammad Ridzuan Sharifuddin (Rizu) 3 April 2009
Fify Emielia Shazlin Ahmad Murshaidi (Fify) 27 Mac 2009
Anith Aqilah Sulaiman Lim (Anith) 20 Mac 2009
Norafizah Mohamad Yasin (Pija) 13 Mac 2009
Rehana Mohd Yunus (Han) 6 Mac 2009
Nur Hidayu Md Tekhary (Ayu) 27 Februari 2009

Musim pertama (2006)[sunting | sunting sumber]

Musim pertama bermula dengan ujibakat di Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur pada April 2006. One in a Million digambar-gemburkan terutamanya dengan iklan yang banyak menekankan hadiah wang tunai RM1,000,000. Rancangan ini berjaya barangkalinya kerana dilihat sebagai ganti untuk siri Malaysian Idol - satu francais Pop Idol dari UK yang membentuk fenomena di merata dunia - yang dihentikan untuk masa yang tidak ditentukan.

Juara musim pertama, Suki Low Sook Yee, menyertai Monkey Bone, sebauh syarikat rakaman yang didirikan terutamanya untuk menguruskan kerjaya juara itu. Monkey Bone turut menyertakan naib juraanya, Faizal Tahir. Lagu-lagu Suki dan Faizal banyak dimainkan di radio serta beberapa rancangan khas televisyen. Single pertama Suki, Berdiri, dan Maha Karya Cinta nyanyian Faizal terus mengecapi kejayaan selepas pengeluarannya setelah habisnya musim pertama.

Faizal Tahir juga menjadi hos Gangstarz, satu lagi pertandingan menyanyi berkumpulan yang disiarkan di syarikat saudara 8TV iaitu TV3.

Finalis tempat kelima, Farah Asyikin binti Zulkifli yang juga pernah menyertai musim kedua Malaysian Idol (lalu mencapai tempat ketiga), mengeluarkan album sama nama yang menampilkan single hitnya Dari Sini Ke Bintang-bintang.

Musim ke-2 (2007-08)[sunting | sunting sumber]

Musim kedua bermula menjelang akhir tahun 2007 dengan ujibakat di empat lokasi, iaitu di Kota Kinabalu, Sungai Petani, Johor Bahru dan Kuala Lumpur di bulan September. Berbeza dari rancangan "Second Chance" musim lalu, selepas berakhirnya pusingan Top 20, juri memilih dua peserta tambahan dengan sendiri, iaitu Shone Majimbun dan Nor Azrinna Azahar.

Di pertengahan bulan Januari, disebabkan kesalahan Faizal Tahir menanggalkan baju dan tali pinggangnya di kaca televisyen sempena konsert ulang tahun keempat 8TV, pihak stesen digantung hak bersiaran langsung selama tiga bulan. Oleh itu, mulai minggu ke-6 Top 12, persembahan OIAM terpaksa dirakam pada petang Rabu sebelum disiarkan. OIAM berehat dari pertandingan dengan mempersembahkan rancangan istimewa sempena Tahun Baru Cina pada bulan Februari.

Sungguhpun dilarang bersiaran langsung, 8TV tetap dapat melangsungkan Grand Finalenya di kaca TV, iaitu berbentuk siaran tertunda 30 minit. Siti Sarah Raisuddin, Shila Amir Hamzah dan Norayu Damit berjaya ke peringkat terakhir ini, tetapi nasib Sarah tidak sebaik Faizal apabila disingkirkan di awal konsert akhir. Akhir sekali, Norayu menjadi juara keseluruhan musim kedua.

Musim ke-3 (2009)[sunting | sunting sumber]

Musim ketiga dimulakan dengan ujibakat yang terbahagi kepada dua peringkat iaitu peringkat awal di lima bandar diikuti ujibakat berpusat di Kuala Lumpur. OIAM3 menampakkan ramai lagi artis terkenal mengambil bahagian, maka disediakan sesi ujibakat khas untuk mereka. Setelah melalui pusingan ujibakat dan Central Eliminations, enam artis dan enam muka baru membentuk barisan finalis musim ini.

Barisan 12 finalis musim ketiga meraih pujian dari juri dan media sebagai peserta-peserta terbaik yang pernah bertanding di pentas OIAM "setakat ini", sekaligus berjaya mengharumkan cogan kata OIAM3 sebagai "the hottest season yet".

Malam kemuncak OIAM3 dilangsungkan pada 1 Mei 2009, menyaksikan Tomok terselamat dari tersingkir sebelum bertanding (hasil pantauan web yang disediakan pihak 8TV bagi peminat memilih sama ada dua atau tiga orang bertanding), agar boleh menjadi lelaki dan artis ternama pertama yang menjuarai pertandingan OIAM.

Finalis[sunting | sunting sumber]

Persembahan dalam One in a Million[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]