One in a Million (Musim 2)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
One in a Million (Season 2)
Oneinamillion.jpg
One in a Million
Format Rancangan permainan realiti interaktif
Pengacara Malaysia Awal Ashaari
Malaysia Marion Caunter
Juri Malaysia Syafinaz Selamat
Malaysia Paul Moss
Lagu pembukaan Star oleh Jaclyn Victor
Negara asal  Malaysia
Penerbitan
Penerbit eksekutif Malaysia Mas Ayu Hj. Ali (Musim 2)
Lokasi Kota Kinabalu, Sungai Petani, Johor Bahru, Kuala Lumpur (Ujibakat)
Kota Damansara (Central Eliminations)
Shah Alam (Pertandingan)
Penyiaran
Saluran asal 8TV
Siaran asal 16 November 2007
Kronologi
Mengikuti One in a Million (Musim 1)
Pautan luar
Tapak sesawang rasmi

One in a Million (OIAM) ialah pertandingan menyanyi TV realiti Malaysia pertama yang menawarkan RM 1 juta kepada juaranya. Musim keduanya (OIAM2) bermula siarannya pada 16 November 2007 di 8TV.

Berbanding dengan dua lokasi pada musim lalu, ujibakat OIAM2 diadakan di empat lokasi iaitu Kota Kinabalu, Sungai Petani, Johor Bahru dan Kuala Lumpur, dan hasilnya 80 orang kesemuanya layak ke peringkat Central Eliminations, Ujian "Blind" dan Personaliti di SEGi College. Kemudian, 20 orang peserta layak ke peringkat separuh akhir dan dari situ, 12 orang sahaja yang memasuki pusingan meraih undian penonton.

Seperti biasa, para penonton berpeluang mengundi untuk mengekalkan peserta kegemaran dan/atau menyingkirkan peserta paling kurang digemari melalui SMS atau talian tetap. Mula-mulanya, pertandingan meraih undian bersiaran langsung dan para penonton juga boleh berinteraksi dengan juri melalui bilik sembang Internet, tetapi insiden perlakuan sumbang naib juara musim pertama Faizal Tahir di sebuah konsert siaran langsung bukan OIAM di 8TV menyebabkan 8TV dilarang mengadakan rancangan hiburan siaran langsung selama tiga bulan, maka OIAM2 terpaksa dirakam dua hari sebelum penyiarannya mulai minggu keenam persembahan.

Grand Final OIAM2 diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam, pada 29 Februari 2008, disiarkan secara siaran tertunda 30 minit kerana larangan siaran langsung terhadap 8TV. Norayu binti Damit dari Sabah merangkul kejuaraan musim ini dengan hadiah tunai RM1 juta yang "dijamin akan digunakan untuk tujuan memajukan kerjaya muzik beliau".

Proses awal[sunting | sunting sumber]

Ujibakat[sunting | sunting sumber]

Ujibakat musim kedua bermula pada bulan Ogos.[1] Dua lagi lokasi ujibakat ditambah pada jadual rancangan (Sungai Petani dan Johor Bahru) bersama Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur. Jelajah kota One in a Million turut diadakan di lokasi-lokasi terpilih, menampilkan finalis-finalis musim pertama dan artis-artis tempatan yang lain. Hasil pengambaran tiga acara ujibakat pertama disunting menjadi satu episod permulaan selama sejam.

Kota Kinabalu[sunting | sunting sumber]

Ujibakat dimulakan di Le Meridien Hotel di Kota Kinabalu, Sabah pada 19 Ogos 2007. Antara 400 orang yang menyertainya, hanya 12 orang yang layak ke peringkat seterusnya. Antara mereka yang berjaya yang disiarkan termasuk:

  • Shone Eric Jr. Majimbun, 27, tukang masak dari Kota Kinabalu, bekas peserta musim kedua Malaysian Idol;
  • Norayu binti Damit, 18, dari Sabah, pernah mencuba nasib di musim lalu;
  • Mark Glenn Malim, 23, dari Sabah;
  • Zaidi bin Tuah.

Sungai Petani[sunting | sunting sumber]

Kemudian, ujibakat beralih ke Cinta Sayang Resort, Sungai Petani, Kedah pada 25 Ogos, disertai 391 orang tetapi hanya melayakkan tujuh orang, termasuk (seperti yang disiarkan):

  • Simon Christopher dari Pulau Pinang;
  • Nur Izareena;
  • Joni Tham Chi Won, 22, dari Ipoh;
  • Siti Hajar;
  • Daniel Boone;
  • Khairullah Ezuan "Iz" bin Sulaini, 24, penuntut dari Kuala Lumpur.

Johor Bahru[sunting | sunting sumber]

Bangunan Persada Johor, Johor Bahru, Johor menjadi lokasi ujibakat ketiga pada 2 September, di mana 394 orang mencuba nasib namun hanya sepuluh oranglah yang paling bertuah, termasuk:

  • Shahron "Rony" Hussein, 27, penyanyi kelab dari Johor;
  • Tunku Tiara Yasmin Sofia, 20, peragawati/pelakon sambilan dari Johor Bahru;
  • Farhana binti Mohd, bekas peserta musim pertama;
  • Mohd Hanif.

Kuala Lumpur[sunting | sunting sumber]

Lokasi terakhir ujibakat berlangsung selama dua hari (8 dan 9 September) di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Apa yang menarik ialah penyertaan artis rakaman yang menjejak langkah Dayang Nurfaizah dari tahun lepas. Mereka yang berjaya termasuklah

Para peserta yang gagal termasuk Muhammad Iqbal dan DJ Hot FM Muhammad Fikhri.

Di kalangan orang biasa yang layak termasuklah:

  • Abraham "Ab" Edwin, 24, dari Ranau, Sabah;
  • Nor Azrinna Azahar, 24, dari Seremban;
  • Ben Alim, cacat penglihatan
  • Muhammad Aizat dan Gregory Giting, pemain gitar
  • Mohd Edham, menarik kerana membawa papan nada lama
  • Abd Hakim Imran.

Central Eliminations[sunting | sunting sumber]

80 orang peserta sudah terpilih dari keempat-empat lokasi ujibakat lalu menuju ke Kolej SEGi, Kota Damansara, untuk emngharungi pusingan Central Eliminations. Mereka terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu 40 lelaki dan 40 perempuan. Kumpulan lelaki mula dulu, setiap seorang berlatih dan menyanyi salah sebuah daripada empat lagu berikut di hadapan dua orang juri: Dewi (Dewa 19), Lelaki Ini (Anuar Zain); My Wish (Rascal Flatts); dan Once in a Lifetime (Keith Urban). Pada hari berikutnya, barulah kumpulan wanita beraksi melalui prosedur yang sama dengan kumpulan lelaki, kali ini dengan Terlalu Istimewa (Adibah Noor); Satu Harapan (Jaclyn Victor); When You're Gone (Avril Lavigne); atau Never Again (Kelly Clarkson).

Cuma 40 orang yang layak ke cabaran seterusnya yang juga diadakan di kampus. Pada hari penyingkiran, para peserta dibahagi lagi menjadi beberapa kumpulan dan gambar foto para peserta dalam setiap kumpulan ini dipaparkan dalam skrin lalu sebilangannya dipadamkan, manandakan sama ada peserta yang gambar mereka masih tinggal itu layak ke peringkat seterusnya atau terpaksa pulang ke rumah.

Para peserta yang layak termasuk:

Lelaki
  • Anas
  • Addy
  • Shone
  • G.D.
  • Eddz
  • Abraham
  • Edham
  • Rex
  • Azmir
  • Joel
  • Izz
  • Mior
  • Ewan
  • Mark
  • Hanif
  • Bryan
  • Rony
  • Firdaus
  • Rizal
  • Simon
Perempuan
  • Nana
  • Shaney
  • Baby
  • Elya
  • Eila
  • Haida
  • Auni
  • Ayu
  • Joni
  • Sarah
  • Rinie
  • Kaka
  • Farah
  • Dewi
  • Nas
  • Shahila
  • Shikin
  • Tiara
  • Azrinna
  • Sarafina

Pada hari berikutnya, 40 orang peserta yang tinggal menyahut ujian Blind, yang mana mereka menyanyi di sebalik tabir lutcahaya, iaitu hanya bayang mereka dapat dilihat di hadapan. The judges evaluated their performances based primarily on their vocals.

Pada hari seterusnya, dua orang juri undangan, iaitu bekas Miss Malaysia Elaine Daly dan penghibur ternama Zainal Alam Kadir, dijemput untuk Ujian Gaya dan Personaliti untuk membantu dua juri tetap. Antara kriteria yang dinilai keempat-empat orang juri ini termasuk tujuan penyertaan para peserta, cara mereka membawa diri di atas pentas dan juga penampilan estetik mereka. Para juri mengeluh bahawa sungguhpun ujian blind amat menonjolkan, namun mereka masih bersegan-segan dan makin menonjol kelemahan mereka berbanding kekuatan mereka.[2] Walaupun begitu, para juri tetap melayakkan 20 orang seperti biasa (sila rujuk Separuh akhir).

Separuh akhir[sunting | sunting sumber]

20 peserta yang tinggal ini dibahagi kepada sepuluh pasangan, dan dalam setiap pasanan kedua-dua peserta berentap untuk merebut satu daripada 12 tempat di pusingan akhir. Tidak seperti musim lalu di mana setiap seorang daripada sepuluh peserta terbaik dipasangkan dengan seorang daripada sepuluh peserta tercorot, kali ini tidak dinyatakan bagaimana para peserta dibahagikan dan dipasangkan.

Pemilihan peserta yang layak ditentukan sepenuhnya oleh para juri. Dari setiap pasangan, seorang sahaja yang didapati lebih baik akan mengambil tempat di peringkat seterusnya. Maka tinggalnya dua tempat lagi yang mana setiap seorang juri mengumumkan pilihan sendiri, tidak seperti pada musim dahulu apabila satu lagi rancangan "peluang kedua" disiarkan untuk membolehkan rakyat memilih seorang peserta untuk layak dan seorang lagi pilihan juri.

Sepuluh peserta yang menang dari pasangan masing-masing ditandai warna kuning, manakala dua lagi ditandai warna jingga.

SimonIt's My Life (Bon Jovi) lawan ShilaTak Ada Logika (Agnes Monica)
AyuMencintaimu (Krisdayanti) AzmirCintakan Membawamu Kembali (Dewa)
TiaraAngel (Sarah McLachlan) JoelFever (Peggy Lee)
BryanEveryday I Love You (Boyzone) IntanIf I Ain't Got You (Alicia Keys)
ShonePlay That Funky Music (Wild Cherry) (Pilihan Paul) IzTime (Billy Porter)
RonyWild World (Cat Stevens) G.D.Jangan Bersedih Lagi (Anuar Zain)
SarahDi Akhir Garisan (Ziana Zain) RinaKali Pertama (Fairuz Hussein) (Pilihan Syafinaz)
MiorSemua Untukmu (Anuar Zain) JoniOnly in the Dark (Juwita Suwito)
MarkSolitaire (Neil Sedaka) NanaBig Girls Don't Cry (Fergie)
AbI Live My Life for You (Firehouse) RyzalAin't No Mountain High Enough (Marvin Gaye & Tammi Terrell)

Top 12[sunting | sunting sumber]

Mulai minggu keenam, pertandingan OIAM terpaksa dilangsungkan secara prarakaman dua hari sebelum siaran, kerana pihak 8TV dikenakan larangan daripada mengadakan siaran langsung atau tertunda akibat tindakan liar naib juara musim pertama, Faizal Tahir, pada konsert ulang tahun minggu sebelumnya.[3]

Selama lima minggu pertama, para penonton dapat berhubung dengan Syafinaz dan Paul secara langsung melalui bilik sembang Internet yang disediakan oleh Bluehyppo. Tujuannya adalah untuk para penonton meluahkan pendapat mereka mengenai persembahan para peserta setiap malam. Namun, mulai minggu keenam, kemudahan ini dihentikan kerana peralihan OIAM ke siaran rakaman.

Berikut adalah senarai kesemua 12 peserta dari juara hingga peserta terawal yang disingkirkan. Di kalangan mereka termasuklah empat orang kelahiran Sabah dan tiga artis rakaman.

Nota: Umur yang diberi adalah tepat pada permulaan pertandingan, dan keterangan yang diberi turut menggambarkan hidup mereka sebelum menyertai pertandingan serta apa yang sedia difahamkan mengenai mereka sepanjang pertandingan, disusuli lagu-lagu yang dinyanyikan sepanjang pertandingan mulai Top 12, serta penyanyi asal, dan pasangan duet (minggu ke-7).

Norayu "Ayu" Damit, 18, dari Putatan, Sabah, merupakan juara keseluruhan OIAM2. Beliau pernah mencuba nasib di musim pertama OIAM dan juga MyStarz LG.[4] Padahal hampir kesemua peserta lain kerap mendendangkan lagu Inggeris, Ayu yang kurang fasih berbahasa Inggeris hanya menyanyi dua buah lagu Inggeris, itupun dikritik kerana sebutan yang tidak jelas.[5] Namun begitu, pada Grand Finale, dikatakan ramai yang berpendapat Ayu lebih layak memenangi RM1 juta itu berbanding lawan-lawan beliau. Setelah menang, Ayu meluahkan perasaan bersyukur kerana "telah buktikan bahawa walaupun tidak ada rupa tetapi mampu menyanyi dengan baik."[6] Ayu juga beberapa kali dibandingkan dengan Jaclyn Victor berdasarkan suara beliau oleh Syafinaz.

  1. Samudera (Nora)
  2. Langit Ketujuh (Sharifah Zarina)
  3. Aku, Dia dan Kamu (D-Va)
  4. Ceritera Cinta (Jaclyn Victor dan Rio Febrian)
  5. Tari Tualang Tiga (Saloma)
  6. My Heart Will Go On (Celine Dion)
  7. Cinta (Krisdayanti dan Melly Goeslow, bersama Jaclyn Victor)
  8. My All (Mariah Carey)
  9. Top 3
    1. Ketentuan (Ramlah Ram)
    2. Dialah di Hati (Datin Seri Siti Nurhaliza)
  10. Grand Finale
    1. Samudera (Nora)
    2. Ceritera Cinta (Jaclyn Victor)
    3. Hanya di Mercu (ciptaan Aubrey Suwito/Nurfatimah)

Nur Shahila "Shila" Amir Hamzah, 18, dari Kuala Lumpur, merupakan anak kepada ND Lala dan pernah menghasilkan album sejak berusia kanak-kanak. Selain pakej beliau yang serba manis, Shila dikenali sepanjang pertandingan kerana merupakan peserta OIAM pertama yang menyanyi lagu selain bahasa Malaysia atau Inggeris dalam pertandingan, iaitu lagu Sepanyol Contigo en la Distancia ("Bersamamu dari Jauh") oleh Luis Miguel. (Sebelum ini Joni menyanyi gabungan lagu Mandarin, Yueliang Daibiao Wo de Xin (Teresa Teng) dan Fly Me To the Moon (Frank Sinatra) setelah tersingkir di minggu ke-6.)

  1. Too Little Too Late (JoJo)
  2. Stuck (Stacie Orrico)
  3. Oops! I Did It Again (Britney Spears)
  4. Di Bawah Pohon Asmara (Jaclyn Victor)
  5. I'll Be There (Jackson 5)
  6. Car Wash (Christina Aguilera dan Missy Elliott)
  7. Khayal (Alif Satar, bersama Alif Satar)
  8. Contigo en la Distancia (Luis Miguel)
  9. Top 3
    1. Bukan Milikmu (Agnes Monica)
    2. Love like This (Natasha Bedingfield)
  10. Grand Finale
  11. Contigo en la Distancia (Luis Miguel)
  12. Memori Tercipta (ciptaan Aubrey Suwito)
  13. medley Oops! I Did It Again (Britney Spears) + Stuck (Stacie Orrico)

Siti Sarah Raisuddin, 23, dari Kuala Lumpur, juga salah seorang artis rakaman selama lima tahun sebelum menyertai OIAM. Beliau terkenal dengan lagu-lagu seperti Ke Hujung Dunia dan Kebiasaan. Tunang beliau, Mohamad Haris Fuad Robinson dari New Zealand, sering kelihatan di kalangan penonton studio sehingga Grand Finale. Ketika mendendangkan Apologize di minggu ke-9, nampaknya beliau berair mata berikutan dendangan Sinaran yang dikecam juri, sehingga menggamit hati Syafinaz, padahal Paul pula tetap mengecam persembahan itu.

  1. Listen (Beyoncé)
  2. Lady Marmalade (LaBelle)
  3. Fantasia Bulan Madu (Search)
  4. medley Penasaran (Emilia Contessa) + Deja Vu (Beyoncé)
  5. Always On My Mind (Willie Nelson)
  6. I Have Nothing (Whitney Houston)
  7. Janji Manismu (Aishah, dengan Damian V.E)
  8. I Turn to You (Christina Aguilera)
  9. Top 3
    1. Sinaran (Sheila Majid)
    2. Apologize (One Republic)
Disingkirkan: 29 Februari 2008

Abraham "Ab" Edwin Dungot, 24, dari Ranau, Sabah, bermula sebagai seorang penyanyi kelab sebelum menguji bakat di Kuala Lumpur. Beliau ialah peserta lelaki terakhir yang tersingkir dari permainan.

  1. Naluri Lelaki (Samsons)
  2. Picture of You (Boyzone)
  3. Time is Running Out (Muse)
  4. Keabadian Cinta (Anuar Zain)
  5. Crazy Little Thing Called Love (Queen)
  6. That Thing You Do (The Wonders)
  7. Keliru (Nurul & Ajai, duet dengan Nurul)
  8. Swear It Again (Westlife)
Disingkirkan: 22 Februari 2008

Mark Glenn Malim Lorin, 23, dari Kota Kinabalu, Sabah, ialah seorang pelajar kejuruteraan awam yang dikatakan "banyak menarik undian gadis muda kerana rupanya."[7]

  1. No Promises (Shayne Ward)
  2. Wonderful World (James Morrison)
  3. Tapi Bukan Aku (Kerispatih)
  4. Everytime I Close My Eyes (Babyface)
  5. You Make Me Feel Brand New (Stylistics)
  6. Hujung Dunia (Nitrus)
  7. Sempurna (Farah Asyikin, duet bersama Farah Asyikin)
Disingkirkan: 15 Februari 2008

Shone Eric Jr. Majimbun, 27, dari Kota Kinabalu, bekerja sebagai tukang masak dan pernah menyertai musim kedua Malaysian Idol. Dialah peserta Sabah pertama yang tersingkir dari pertandingan.

  1. Itu Kamu (Estranged)
  2. Kasih Berubah (Ferhad)
  3. It's Alright Now (The Beloved)
  4. Let's Stay Together (Al Green)
  5. Mustang Sally (Wilson Pickett)
  6. Iris (Goo Goo Dolls)
Disingkirkan: 1 Februari 2008

Joni Tham Chi Won, 22, dari Ipoh, ialah satu-satunya peserta kaum Cina baik di kalangan Top 20 mahupun Top 12.

  1. Tattoo (Jordin Sparks)
  2. My Happy Ending (Avril Lavigne)
  3. Umbrella (Rihanna)
  4. Belaian Jiwa (Carefree)
  5. Somewhere Over the Rainbow (Judy Garland)
Disingkirkan: 25 Januari 2008

Ungku Intan Sarafina binti Ungku Yahya, 26, anak kelahiran Stulang Darat, Johor, tetapi bertapak di Kuala Lumpur, merupakan artis rakaman yang terkenal dengan lagu Selamanya Kembali.

  1. Sampai Menutup Mata (Acha Septriasa)
  2. Pilihlah Aku (Krisdayanti)
  3. Wake-Up Call (Maroon 5)
  4. Semusim (Marcell)
Disingkirkan: 18 Januari 2008

Khairullah Ezuan "Iz" bin Sulaini, 24, dari Kuala Lumpur, menyiapkan kursus lepas ijazah dalam kajian komunikasi silang di Melbourne sebelum menjalani ujibakat OIAM2 di Sungai Petani.[8] Penyingkiran Iz dikhabarkan berpunca daripada imej beliau yang dikatakan seolah "gay boy" oleh Paul pada malam sebelumnya.[9]

  1. Wait For You (Elliott Yamin)
  2. When I Get You Alone (Robin Thicke)
  3. Suci dalam Debu (Iklim)
Disingkirkan: 11 Januari 2008

Tunku Tiara Yasmin Sofia, 20, dari Johor Bahru, ialah seorang peragawati dan pelakon sambilan.

  1. How to Touch a Girl (JoJo)
  2. Andainya Kau Tiada (Ruth Sahanaya)
Disingkirkan: 4 Januari 2008

Shahron "Rony" Hussein, 27, dari Johor Bahru, ialah seorang penyanyi kelab.

  1. Aku Mau (Once)
Disingkirkan: 28 Disember 2007

Nor Azrinna "Rina" Azahar, 24, dari Seremban, ialah seorang bekas peserta akhir Bintang RTM. [10]

  1. Hurt (Christina Aguilera)
Disingkirkan: 28 Disember 2007

Carta penyingkiran[sunting | sunting sumber]

Pusingan Akhir
Minggu penyingkiran: 28 Dis 4 Jan 11 Jan 18 Jan 25 Jan 1 Feb 15 Feb 22 Feb 29 Feb
Tempat Peserta Keputusan
1 Norayu binti Damit JUARA
2 Nur Shahila bte Amir Hamzah NAIB JUARA
3 Siti Sarah Raisuddin Btm 3 Btm 3 Elim
4 Abraham Edwin Elim
5 Mark Glenn Malim Elim
6 Shone Eric Jr. Majimbun Elim
7 Joni Tham Chi Won Elim
8 Ungku Intan Sarafina binti Ungku Yahya Elim
9 Khairullah Ezuan bin Sulaini Elim
10 Tunku Tiara Yasmin Sofia Elim
11 Shahron Hussein Elim
12 Nor Azrinna Azahar Elim


Petunjuk
"Elim" – Eliminated (disingkirkan)
"Btm 3" – Bottom 3 (peserta ini diumumkan berada di antara kedudukan tiga terbawah)

Tema mingguan[sunting | sunting sumber]

  1. Top 12 – Pop (21 Disember 2007): Peserta menyanyi lagu-lagu 'popular'.
  2. Top 10 – My Hero (28 Disember 2007): Dua orang peserta dari minggu lepas disingkirkan pada awal persembahan. Peserta yang tinggal menyanyi lagu nyanyian asal idola masing-masing.
  3. Top 9 – Rock (4 Januari 2008): Peserta menyanyi lagu-lagu berbentuk rock.
  4. Top 8 – R&B (11 Januari 2008): Peserta menyanyi lagu-lagu berbentuk R&B.
  5. Top 7 – Nostalgia (18 Januari 2008): Peserta menyanyi lagu-lagu yang keluar sekitar 1950-an hingga 1970-an.
  6. Top 6 – Greatest movie hits (25 Januari 2008): Peserta menyanyi lagu-lagu tema filem yang terkenal.
  7. Top 5 – Duet (1 Februari 2008): Setiap peserta berpasangan dengan artis ternama dan sama-sama menyanyi, tidak semestinya lagu nyanyian asal pasangan itu.
  8. Top 4 – Lagu Cinta (15 Februari 2008): Peserta menyanyi lagu-lagu asmara.
  9. Top 3 (22 Februari 2008): Setiap peserta menyanyi dua buah lagu, satu pilihan peserta lain dan satu pilihan penganjur pertandingan.
  10. Grand Finale (29 Februari 2008): (Lihat keterangan di bawah.)

Artis undangan[sunting | sunting sumber]

Che'Nelle, penyanyi kelahiran Sabah yang menempa nama di Amerika Syarikat, menjadi artis jemputan untuk menutup malam persembahan. Selepas menyanyikan single beliau Hurry Up, beliau diuji kefasihan berbahasa Melayu loghat Sabah oleh para peserta yang berasal dari Sabah. Paul menegur para peserta agar mencontohi artis jemputan dengan memberi persembahan yang penuh ajaib dan menaikkan bulu roma.

Afdlin Shauki menjadi satu-satunya juri jemputan OIAM2 sepanjang pertandingan sejak Top 12, berbeza sekali dengan OIAM1 di mana setiap minggu pasti ada juri jemputan.

Kumpulan Hujan menjadi artis jemputan di Grand Finale. Juara musim pertama, Suki Low, tidak pernah muncul di mana-mana minggu persembahan.

Inside Out[sunting | sunting sumber]

Mulai 27 Disember 2007, 8TV menayangkan rancangan mingguan khas bertajuk One in a Million Inside Out yang memaparkan kisah kehidupan para peserta dan juri sebelum dan sepanjang tempoh pertandingan, serupa dengan Diari Akademi Fantasia. Apabila dibandingkan dengan siaran malam persembahan, rancangan diari ini rupanya ketinggalan dua minggu, iaitu peserta yang disingkiran dua minggu lalu ditampilkan pada akhir rancangan, sehingga siaran 14 Februari apabila video testimoni Joni dan Shone diselitkan dalam satu episod agar dirapatkan jurangnya kepada seminggu.

Inside Out terakhir disiarkan pada 29 Februari 2008, sejurus sebelum Grand Finale.

Istimewa Tahun Baru Cina[sunting | sunting sumber]

Pada minggu 9 Februari 2008 tidak berlangusngnya pertandingan OIAM untuk memberi laluan kepada sambutan Tahun Baru Cina yang hari keduanya jatuh pada tarikh itu. Di mana para peserta mengadakan kunjungan istimewa ke rumah kanak-kanak Yayasan Sunbeams sempena perayaan tersebut.

Grand Finale (29 Februari 2008)[sunting | sunting sumber]

Gara-gara sekatan yang dikenakan terhadap 8TV kesan tindakan Faizal Tahir, Grand Finale OIAM tidak dapat bersiaran langsung, sebaliknya disiarkan tertunda 30 minit dari Stadium Melawati, Shah Alam. (Adalah diingatkan bahawa sekatan itu mula-mulanya turut meliputi siaran tertunda.)

Konsert Grand Finale dimulakan dengan lapan orang peserta yang disingkirkan awal kembali dengan persembahan berkumpulan: Joni, Rina, Tiara dan Intan mendendangkan Lady Marmalade diikuti Rony, Mark, Ab dan Iz dengan Alright Now, diikuti kelapan-lapan mereka bergabung untuk menyanyikan Itu Kamu. Persembahan pembukaan diakhiri dengan Destinasi Cinta oleh Sarah, Shila dan Ayu selaku tiga orang finalis yang tinggal dalam pertandingan.

Seperti yang diumumkan sebelum ini bahawa pada malam itu, seorang peserta disingkirkan dari pertandingan dan dua peserta lain akan bertanding untuk meraih hadiah RM1 juta, dan orang itu merupakan Sarah yang terpaksa memberi laluan kepada Ayu dan Shila. Kedua-dua finalis ini dikehendaki menyanyi tiga buah lagu setiap seorang, iaitu satu pilihan juri, satu pilihan diri dan satu lagu ciptaan baru oleh komposer tanahair.

Ayu Shila
  1. Samudera (Nora)
  2. Ceritera Cinta (Jaclyn Victor)
  3. Hanya di Mercu (ciptaan Aubrey Suwito/Nurfatimah)
  1. Contigo en la Distancia (Luis Miguel)
  2. Memori Tercipta (ciptaan Aubrey Suwito)
  3. medley Oops! I Did It Again (Britney Spears) + Stuck (Stacie Orrico)

Talian undian dibuka selama sejam mulai persembahan pembukaan Ayu pada kira-kira pukul 9.30 malam (waktu siaran). Kedua-dua juri memberi komen paling memberangsangkan untuk persembahan kedua Ayu (di mana Paul mengaku bulu romanya berasa ditegakkan oleh vokal beliau) dan persembahan ketiga Shila (Paul memuji kecerdikan Shila yang menonjolkan kelebihan beliau selain suara). Komen juri bagi lagu baru mereka berbelah bagi, Paul berpendapat bahawa jiwa muda Shila janggal dengan kehendak emosi lagu dan bagi Ayu pula, "bukan persembahan terbaik"; Syafinaz pula mengingatkan Shila agar tidak tertekan oleh komen Paul yang tadi.

Kumpulan Hujan juga turut memberi persembahan, mendendangkan Pagi yang Gelap dan Empayarmu. Siti Sarah, sungguhpun disingkirkan awal, namun diberi peluang untuk mempersembahkan lagu baru beliau ciptaan Audi Mok dan Habsah Hassan, berjudul Pasti Berbeza. Ayu dan Shila turut mempersembahkan duet lagu Aku Bukan Untukmu nyanyian asal Krisdayanti.

Kira-kira pukul 10.55 malam (waktu siaran), Awal mengumumkan bahawa juara bukan sahaja merangkul RM1 juta ringgit, bahkan juga wang itu dijamin oleh OIAM untuk tujuan memajukan kerier muzik beliau. Selepas itu, melalui detik-detik penuh debaran sambil imej cek disiarkan di kaca TV memaparkan nama juara perlahan-lahan, Awal dan Marion mengumumkan Norayu binti Damit sebagai juara musim kedua OIAM.

Menurut laporan, Ayu meraih 62% daripada jumlah 167,977 undian pada malam itu berbanding Shila (38%).[11][12]

Selepas OIAM[sunting | sunting sumber]

Selaku juara dan naib juara OIAM2, Ayu dan Shila secara automatik sah manjadi artis di bawah syarikat rakaman Monkey Bone yang sebelum ini turut menerima Suki Low dan Faizal Tahir, juara dan naib juara musim pertama.[6]

Sambutan, pujian dan kritikan[sunting | sunting sumber]

Kualiti para finalis musim ini menjadi titik pertikaian yang hebat, terutamanya pada minggu-minggu awal persembahan; timbulnya ulasan bahawa peserta musim ini jelasnya "tidak setanding" dengan peserta musim sebelumnya; Rony yang terawal sekali tersingkir pula mendakwa bahawa para penonton mementingkan paras rupa berbanding bakat.[13] Selepas persembahan minggu keempat, kedua-dua juri bertegas bahawa masih belum jelas kelihatan peningkatan yang memberangsangkan dan Syafinaz mengeluh bahawa para peserta mengambil masa terlalu lama untuk menggilap potensi mereka sekaligus menyebabkan para juri berasa "bodoh".[14] Namun begitu, komen yang memberangsangkan mula diperbanyakkan pada minggu keenam dan ketujuh.

Larangan siaran langsung yang dikenakan terhadap 8TV di tengah perjalanan OIAM juga dikatakan turut mempengaruhi mutu rancangan. Menurut satu rencana Kosmo!, seperti mana para peserta mahu merasa kehangatan mengadakan persembahan secara langsung, begitu juga penonton yang ingin melihat kredibiliti peserta kesayangan mereka beraksi tanpa rakaman, kerana kehangatan yang bakal dirasakan cukup berbeza jika pertandingan itu bersiaran secara langsung, bukan rakaman seperti sekarang.[5]

Walaupun begitu, menjelang Grand Finale, Paul Moss dan Ahmad Izham Omar selaku ketua 8TV menyifatkan finalis tahun ini sebagai "yang paling kompetitif sehingga hari ini". Menurut Izham, finalis Top 3 OIAM2 merupakan kelompok tiga peserta teratas yang paling hebat pernah disaksikan 8TV, sekaligus menjadikan musim ini "dramatik".[15]

Selepas berakhirnya musim ini, menurut satu laporan akhbar Utusan Malaysia, pola undian dikatakan "berubah" apabila pemilihan Ayu sebagai juara mencerminkan kebijaksanaan "menilai bakat daripada pakej yang ditampilkan.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 8tv.com.my One in a Million Season Two auditions[1]
  2. ^ Terrina Hussain (10 December 2007). "One in a Million Season 2: Episode 4". gua.com.my. 
  3. ^ "Siaran langsung 8TV, Faizal digantung 3 bulan". Utusan Malaysia. 2008-01-19. 
  4. ^ {{cite news|title=One million reasons to shine|author=Chua, D.|publisher=[[New Straits Times|date=2008-02-28}}
  5. ^ a b Haryati Karim (2008-02-16). "OIAM sekadar biasa". Kosmo!. Dicapai pada 2008-03-03. 
  6. ^ a b c Shazryn Mohd. Faizal (2008-03-03). "Pola undian penonton OIAM2 berubah". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2008-03-03. 
  7. ^ "Mark Malim Will Win One in a Million". 2007-12-21. Dicapai pada 2008-03-03. 
  8. ^ "All about Iz". Dicapai pada 2008-03-03. 
  9. ^ Nor Fadzilah Baharudin (2008-01-14). "OIAM 2 imej penyebab Iz tersingkir?". KOSMO!. Dicapai pada 2008-02-02. 
  10. ^ "Intan Sarafina, Siti Sarah antara Top 20 OIAM". mSTAR Online. 2007-12-10. Dicapai pada 2008-03-03. 
  11. ^ Shuhaidah Saharani (2008-03-01). "Ayu's One in a Million". Weekend Mail. 
  12. ^ Norliza Mohamad Zakaria (2008-03-01). "One In A Million: Penyanyi remaja Sabah bolot RM1 juta". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2008-03-01. 
  13. ^ Soo, Jessabell (2008-01-01). "Kualiti peserta kurang menyerlah". Kosmo!. Dicapai pada 2008-02-02. 
  14. ^ Soo, J. (2008=01-14). "Peserta OIAM2 dikecam". Kosmo!. Dicapai pada 2008-02-16. 
  15. ^ Chua, Dennis (2008-02-28). "A million reasons to shine". New Straits Times. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]