One in a Million (musim 3)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari One in a Million (Musim 3))
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

One in a Million 3 ialah sebuah pertandingan nyanyian realiti TV Malaysia pertama yang menawarkan hadiah RM 1 juta kepada juaranya. Musim ketiga program ini telah mulai disiarkan pada 23 Januari 2009 di 8TV.

One in a Million
Musim 3
Oneinamillion.jpg
One in a Million
Dihoskan olehAwal Ashari
Marion Caunter
JuriSyafinaz Selamat
Paul Moss
Bil. peserta12
JuaraTomok
Naib juaraEsther
Tempat finalStadium Malawati, Shah Alam, Selangor
Negara asal Malaysia
Bil. episod18
Keluaran
Rangkaian8TV
Tarikh siaran23 Januari –
1 Mei 2009
Maklumat tambahan
Laman web[1]
Kronologi musim
← Sebelumnya
Musim 2

Kejutan musim ketiga[sunting | sunting sumber]

Pertandingan nyanyian mingguan diadakan pada malam Jumaat, siaran bermula pukul 9.30 malam, bermula 20 Februari 2009, di studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Kejutan terbaru musim ini adalah, mulai minggu Top 12 hingga Top 7, imuniti juri menganugerahkan imuniti kepada seorang peserta yang mereka rasa adalah yang terbaik pada malam itu, sekaligus membolehkan peserta berkenaan terkecuali dari proses undian. Imuniti tersebut disertakan dengan hadiah mingguan istimewa untuk peraihnya yang didedahkan dalam One in a Million Diaries.

Undian dibuka selepas persembahan, yang mana para penonton boleh mengundi melalui SMS untuk mengekalkan atau menyingkirkan seseorang peserta. Penyingkiran dijalankan pada permulaan setiap malam pertandingan yang seterusnya. Peserta yang disingkirkan menyanyi lagu yang sepatutnya dipertandingkan di pembuka tirai, diikuti peraih imuniti (Top 12 hingga Top 7) yang memulakan pertandingan.

Finalis Top 12[sunting | sunting sumber]

Mengikut susunan penyingkiran
(Umur dicatat sewaktu pertandingan)

Ujibakat[sunting | sunting sumber]

Ujibakat OIAM musim ketiga diadakan sepanjang bulan November di lima bandaraya di Malaysia. Berikut merupakan tempat-tempat ujibakat One in a Million:

Di samping itu, acara jelajah pra-ujibakat turut diadakan di bandar-bandar tersebut (dua minggu sebelum ujibakat masing-masing), menampilkan promosi One in a Million dan persembahan oleh bekas peserta OIAM. Kelima-lima sesi ujibakat awal dikelola oleh juri-juri lain. Para peserta yang layak dari kelima-lima ujibakat awal ini dikehendaki ke Hotel Gardens, Mid Valley, untuk menjalani sesi penilaian utama pada 30 November dan 1 Disember, di mana barulah mereka bertemu dengan Syafinaz dan Paul Moss.

Seperti musim-musim lalu, artis yang pernah atau masih memegang kontrak rakaman masih dialu-alukan turut serta.[1] Kali ini, mereka dikehendaki terus ke ujibakat utama di Gardens tanpa perlu menjalani ujibakat awal. Daripada lebih 30 artis yang mencuba nasib, 15 orang lulus dari ujibakat tersebut termasuk Wan Mohd Shahril, Ridzwan, Amylea bte Azizan (bekas peserta AF3), Norafizah Mohd Yasin (Pija, juara Mentor), Naufara binti Mohd Yasin, Shah Indrawan Ismail (Tomok New Boyz), Rehana, Wan Nurul Zhana Wan Mohd Hanizan dan lain-lain lagi; antara peserta yang turut mengambil bahagian tetapi tidak berjaya termasuk Abot dan Khadeeja.[2]

Siaran OIAM3 di 8TV yang bermula pada 23 Januari 2009, hanya bermula dari sesi ujibakat utama di Gardens ini, berbeza dari musim lalu yang bermula dari ujibakat awal.

Central Elimination[sunting | sunting sumber]

Performances & Result[sunting | sunting sumber]

Top 12 Show[sunting | sunting sumber]

Tarikh siaran: 20 Februari 2009

Finalis Lagu (penyanyi asal)
Anith "That's What You Get" (Paramore)
Amy "Aku Skandal" (Hujan)
Simon "Home" (Daughtry)
Ayu "Matahariku" (Agnes Monica)
Fify "If I Were A Boy" (Beyoncé)
Weera "Aku Dah Bosan" (Amy Search)
Pija "Lagu Untukmu" (MUH)
Nine "Cinta Ini Membunuhku" (d'Masiv)
Han "Menjaga Hati" (Yovie & Nuno)
Tomok "Cuba" (Faizal Tahir)
Esther "Better In Time" (Leona Lewis)
Rizu "Juwita Citra Terindah" (M. Nasir)

Imuniti: Esther

Top 11 Show[sunting | sunting sumber]

Tarikh siaran: 27 Februari 2009
Tema: Memori Tercipta
Juri jemputan: Salamiah Hassan

Finalis Lagu (penyanyi asal)
Esther "Mengenangmu" (Kerispatih)
Han "Getaran Jiwa" (P. Ramlee)
Simon "Knockin' On Heaven's Door" (Guns N' Roses)
Nine "Berita Dari Rantau" (Alleycats)
Amy "Akan Tiba" (Alif Satar)
Rizu "My Way" (Frank Sinatra)
Anith "Rindu" (Hetty Koes Endang)
Tomok "Rahsia Pohon Cemara" (Exists)
Weera "She's Gone" (Steelheart)
Pija "Since U Been Gone" (Kelly Clarkson)
Fify "Tak Tercapai Akalmu" (Elyana)

Imuniti: Amy

Top 10 Show[sunting | sunting sumber]

Tarikh siaran: 6 Mac 2009
Tema: Bebas
Juri jemputan: Jaclyn Victor

  • Tersingkir: Han - "I Don't Want Miss A Thing" (Aerosmith)
Finalis Lagu (penyanyi asal)
Amy "Bohemian Rhapsody" (Queen)
Nine "Hapus Aku" (Nidji)
Fify "Hot N Cold" (Katy Perry)
Simon "Juwita" (Saleem)
Anith "Pilihlah Aku" (Krisdayanti)
Rizu "Sandaran Hati" (Letto)
Pija "So What?" (P!nk)
Weera "Gemilang" (Jaclyn Victor)
Esther "I Try" (Macy Gray)
Tomok "Crazy In Love" (Beyoncé Knowles)

Imuniti: Weera

Top 9 Show[sunting | sunting sumber]

Tarikh siaran: 13 Mac 2009
Tema: Minggu Penulis Lagu
Juri jemputan: Fauzi Marzuki

Finalis Lagu (penyanyi asal) Penulis
Weera "Janjiku" (Sofazr) Taja MUH
Amy "Yang Pernah" (Estranged) Estranged
Fify "Kalis Rindu" (Elyana) Aidit Alfian
Rizu "Cinta" (Flop Poppy) Andy
Tomok "La La La Kerjalah" (Meet Uncle Hussain) Taja MUH
Anith "Mungkin" (Anuar Zain) Pacai
Nine "Aku & Kamu"(Flop Poppy) Andy
Esther "Dialah Dihati" (Dato' Siti Nurhaliza) Aidit Alfian
Simon "Generasiku" (OAG) Audi Mok

Imuniti: Tomok

Top 8 Show[sunting | sunting sumber]

Tarikh siaran: 20 Mac 2009
Tema: Tarikan Bertentangan
Juri jemputan: Jay Jay

Finalis Lagu (penyanyi asal)
Tomok "Gantung" (Melly Goeslaw)
Amy "I'm Yours" (Jason Mraz)
Weera "Tiada Lagi" (Mayangsari)
Rizu "Mercy" (Duffy)
Simon "When You're Gone" (Avril Lavigne)
Fify "Pria Terhebat" (Sheila On 7)
Nine "Karma" (Cokelat)
Esther "Won't Go Home Without You" (Maroon 5)

Imuniti: Esther

Top 7 Show[sunting | sunting sumber]

Tarikh siaran: 27 Mac 2009
Tema: Bebas
Juri jemputan: Francissca Peter

  • Tersingkir: Fify - "Don't Speak" (No Doubt)
Finalis Lagu (penyanyi asal)
Esther "I Don't Love You" (MCR)
Rizu "Naluri Lelaki" (Samsons)
Simon "Eternity" (Robbie Williams)
Weera "Enter Sandman" (Metallica)
Amy "Satu Dalam Sejuta" (Amylea Azizan)
Nine "Nakal" (Gigi)
Tomok "Ingin Bersamamu" (Syafinaz)

Imuniti: Tomok

Top 6 Show[sunting | sunting sumber]

Tarikh siaran: 3 April 2009
Tema: Bebas

  • Tersingkir: Rizu - "She Will Be Loved" (Maroon 5)
Finalis Lagu (penyanyi asal)
Tomok "Umbrella" (Rihanna ft. Jay Z)
Amy "Somewhere Only We Know" (Keane)
Esther "Sweet About Me" (Gabriella Cilmi)
Nine "Cinta Gila" (Grey Sky Morning)
Weera "Dipenjara Janji" (Awie)
Simon "Livin' On A Prayer" (Bon Jovi)

Sistem Imuniti dihentikan.

Top 5 Show[sunting | sunting sumber]

Tarikh siaran: 10 April 2009
Tema: Tribute to Datuk Sheila Majid
Juri jemputan: Datuk Sheila Majid

  • Tersingkir: Simon - "Ku Mohon"
Finalis Lagu
Amy "Dia"
Weera "Antara Anyir Dan Jakarta"
Nine "Pengemis Muda"
Esther "Lagenda"
Tomok "Aku Cinta Padamu"

Top 4 Show[sunting | sunting sumber]

Tarikh siaran: 17 April 2009
Tema: Dalam Konsert

Finalis Lagu (penyanyi asal)
Nine "Keroncong Untuk Ana" (M. Nasir)
Tomok "Jika Kau Bercinta Lagi" + "Sekuntum Mawar Merah" + "Kerana" (Alleycats)
Esther "One Night Only" (Jennifer Hudson) + "Semua Jadi Satu" (3 Diva) + "Keeps Gettin' Better" (Christina Aguilera)
Weera "Tak Ada Logika" (Agnes Monica) + "Emansipasi" (Republic Of Brickfields)

Top 3 (Semifinal)[sunting | sunting sumber]

Tarikh siaran: 24 April 2009
Tema: Pilihan Juri & Peminat

  • Tersingkir: Nine - "Karma" (Cokelat)
Finalis Lagu (penyanyi asal)
Tomok "Crazy In Love" (Beyoncé)
"Cuba" (Faizal Tahir)
Esther "Better In Time" (Leona Lewis)
"Won't Go Home Without You" (Maroon 5)
Weera "Gemilang" (Jaclyn Victor)
"Aku Dah Bosan" (Amy Search)

Top 3 (Grand Finale)[sunting | sunting sumber]

Tarikh siaran: 1 Mei 2009
Tema: Grand Finale

  • Tersingkir: Tiada penyingkiran.
Finalis Lagu (penyanyi asal)
Weera "Sampai Syurga" (Faizal Tahir) + "My Baby You" (Marc Anthony) + "Hukum Karma" (Wings)
"Ku Disini" (Weera)
(Lagu: Lin Li Zhen / Lirik: Pacha O)
Esther "Menggapai Mimpi" (Esther)
(Lagu: Sharon Paul / Lirik: Lew Mable)
"Don't Stop The Music" (Rihanna)
Tomok "Hanya Kau Yang Mampu" (Aizat)
"Rindu Terhenti" (Tomok)
(Lagu: Aubrey Suwito / Lirik: Tinta S)

Tempat Ketiga: Weera
Naib Juara: Esther
Juara: Tomok

Carta penyingkiran[sunting | sunting sumber]

Rank Finalis Top 12 Top 11 Top 10 Top 9 Top 8 Top 7 Top 6 Top 5 Top 4 Top 3 Finale
20/2 27/2 06/3 13/3 20/3 27/3 03/4 10/4 17/4 24/4 01/5
1 Tomok N/A Imuniti Imuniti Btm 2 1st
2 Esther Imuniti Imuniti 2nd
3 Weera N/A Imuniti 3rd
4 Nine N/A Btm 3 Btm 3 Btm 2 Elim
5 Amy N/A Imuniti Btm 2 Elim
6 Simon N/A Elim
7 Rizu N/A Btm 2 Elim
8 Fify N/A Elim
9 Anith N/A Elim
10 Pija N/A Btm 3 Elim
11 Han N/A Elim
12 Ayu N/A Elim
Klu warna
  •      Peserta yang menjadi juara.
  •      Peserta yang menjadi naib juara.
  •      Peserta yang menjadi pemenang tempat ketiga.
  •      Peserta yang mendapat Imuniti.
  •      Peserta yang berada dikedudukan tercorot.
  •      Peserta yang telah disingkirkan.

Penglibatan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "OIAM kembali untuk musim ketiga". gua.com.my. 2008-11-12. Dicapai pada 2008-11-12.
  2. ^ Mohd Nasif Baharuddin (2008-12-06). "30 artis sasar RM1j". Harian Metro. Dicapai pada 2008-12-06.[pautan mati kekal]