Ong Kim Swee

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ong Kim Swee
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1970-12-11) 11 Disember 1970 (umur 53)
Tempat lahir Melaka, Malaysia
Posisi permainan Pemain tengah (Bersara)
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1991-1992 Melaka
1993-1994 Sarawak
1994-1998 Sabah
Pasukan kebangsaan
1990-1991 Olimpik Malaysia 8 (1)
1994-1995 Malaysia 5 (0)
Pasukan diurus
2005 Melaka
2009-2010 Malaysia B-19
2009- Harimau Muda A
2011- Malaysia B-23
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Datuk Ong Kim Swee (Cina ringkas: 王金瑞Cina tradisional: 王金瑞pinyin: Wáng Jīn Ruì; lahir 11 Disember 1970) ialah pengurus bola sepak dan bekas pemain bola sepak Malaysia. Beliau sekarang mengurus Sabah FC di Liga Super Malaysia. Beliau menghabiskan kebanyakan kerjaya sebagai pemain bola sepak bermain untuk pasukan Malaysia Timur terutamanya Sarawak dan Sabah semasa pertengahan 90-an.

Beliau pada masa ini mengurus Sabah FC yang telah bertanding di dalam Kejohanan Pra-Olimpik AFC 2012 untuk kelayakan ke sukan Olimpik London 2012 dan Sukan Asia Tenggara 2011.[1] Beliau juga bekas pengurus Harimau Muda A di dalam Liga Super Malaysia.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebagai pemain[sunting | sunting sumber]

Kim Swee memulakan kerjayanya sebagai pemain Melaka pada awal 90-an. Beliau ialah ahli pasukan Olimpik Malaysia yang digelar Barcelona 1992 di bawah jurulatih Chow Kwai Lam.[1]

Pada tahun 1993 Kim Swee menyertai Sarawak FA yang mana beliau bermain selama dua musim sebelum dipindahkan ke Sabah FA secara kontroversi pada akhir 1994. Dengan Sabah beliau memenagi Piala FA Malaysia pada tahun 1995 dan Liga M pada tahun 1996.

Kim Swee memperlihatkan penampilan antarabangsa menentang Kuwait pada 22 September 1994. Beliau adalah ahli skuad Malaysia bagi Sukan Asia 1994 dan juga bermain bagi Pilihan Malaysia yang berjaya seri dengan kelab Flamengo 1-1 di dalam perlawanan persahabatan pada tahun 1995.

Sebagai Jurulatih[sunting | sunting sumber]

Kim Swee melatih pasukan Melaka pada tahun 2005.[2] Pada tahun 2009, Kim Swee mengambil alih ketua jurulatih Harimau Muda daripada Datuk K. Rajagopal.[3] Beliau telah memenangi Liga Perdana Malaysia dengan Harimau Muda pada tahun tersebut.[1] Dengan pasukan Malaysia U-22, Ong berjaya menjuarai final perlawanan bola sepak Sukan Asia Tenggara 2017 di tanah air, memenangi pingat perak sebagai finalis kalah kepada Thailand serta layak ke suku akhir Kejohanan AFC U-23 2018.[4][5][6][7]

Anugerah sebagai pengurus[sunting | sunting sumber]

Malaysia[sunting | sunting sumber]

Darjah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Oktober 2013, Ong bersama-sama penyanyi Ramli Sarip dan pelakon Rosyam Nor dikurniakan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk bersempena dengan Hari Keputeraan Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.[8]

Penghargaan Malaysia
  •  Melaka
    • Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) - Datuk (2013)[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Tough task for Kim Swee - The Star". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-06. Dicapai pada 2021-10-04.
  2. ^ Shellito among trio eyeing Malacca post - The Star
  3. ^ Ong out to elevate Harimau Muda - The Star
  4. ^ Ajitpal Singh (27 August 2017). "KL2017: Kim Swee on the verge of creating history". New Straits Times. Dicapai pada 29 June 2018.
  5. ^ "Ong Kim Swee, One-on-One: Sackings, silver medals and big offers from Indonesia". FourFourTwo. 23 September 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-29. Dicapai pada 29 June 2018.
  6. ^ Gabriel Tan (18 January 2018). "Malaysia, Vietnam surprise at AFC U-23 while Thailand falter". Fox Sports Asia. Dicapai pada 29 June 2018.
  7. ^ Zulhilmi Zainal (21 January 2018). "Ong Kim Swee wants to build on historic achievement with consistency". Goal.com. Yahoo! News Australia. Dicapai pada 29 June 2018.
  8. ^ a b "Star-studded awards ceremony". The Star. 14 October 2013. Dicapai pada 1 August 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]