Onomatopoeia
Onomatopoeia (dari Yunani: ονοματοποιία[1] lakuran όνομα onoma = nama[2] dan ποιέω poieō, = "saya buat/lakukan"[3] yakni "saya mencipta nama") adalah perkataan menggambarkan objek sasaran daripada bunyi dihasilkan yang didengarinya. Perkataan ini boleh didapati sebagai kata nama (contohnya nama haiwan seperti "ruak-ruak", "hudhud") atau kata kerja (contoh: dering, debar, kicau, ciap, cebur, Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak...).
Gambaran umum[sunting | sunting sumber]
William George Maxwell dan kemudiannya Richard James Wilkinson menghujahkan bahawa ada beberapa rangkaian kosa kata dalam bahasa Melayu yang boleh ditentukan seikat makna tersirat melalui persamaan suku kata, antaranya:[4]
- buah, buntal, buli, bunting seciri maksud tersirat bermuka melentur lengkung dengan suku kata bu-
- kata-kata berhujung bunyi sengauan velar (diwakili ڠ ng) menunjukkan kesan maksud tersirat diinderakan berkala lebih terpanjang atau berterusan seperti panjang, pandang, gong, gantung, gemilang dan sebagainya, lawannya yang diinderakan bersifat buntu atau terkerat berhujung bunyi hentian glotis (diwakili ق -k) seperti dalam kata-kata lekuk, cangkuk dan sebagainya.
Penerapan lanjut[sunting | sunting sumber]
Ia banyak diterapkan dalam karya seni jenis komik untuk menggambarkan kesan bunyi persekitaran latar cerita; teknik ini dipelopori pekomik Amerika Syarikat Roy Crane semasa mengkaryakan siri komik Washington Tubbs pada tahun 1924.[5]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ ὀνοματοποιία, Henry George Liddell, Robert Scott, A Greek-English Lexicon, melalui Perseus
- ^ ὄνομα, Henry George Liddell, Robert Scott, A Greek-English Lexicon, melalui Perseus
- ^ ποιέω, Henry George Liddell, Robert Scott, A Greek-English Lexicon, melalui Perseus
- ^ Wilkinson, Richard J. (Januari 1936). "Onomatopoeia in Malay". Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society. 14 (3 (126)): 72–88. JSTOR 41559855.
- ^ DeForest, Tim (2004). Storytelling in the Pulps, Comics, and Radio: How Technology Changed Popular Fiction in America. McFarland. m/s. 115. ISBN 9780786419029.
![]() | Rencana linguistik ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |