Ooi Teck Hock

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ooi Teik Hock
Maklumat peribadi
Nama kelahiran黄德福
Negara Malaysia
Lahir(1920-11-13)13 November 1920
Pulau Pinang, Malaya (kiniMalaysia)
Mati21 Mac 1983(1983-03-21) (umur 62)
Pulau Pinang, Malaysia


Ooi Teik Hock (Cina ringkas: 黄德福Cina tradisional: 黃德福pinyin: Huáng Dé Fú; lahir 13 November 1920 - 21 Mac 1983)[1][2] merupakan pemain lelaki badminton dari Malaysia yang telah memenangi gelaran kebangsaan Tanah Melayu dan mewakili negara dalam persaingan beregu dan perseorangan antara 1939 dan 1958. Teik Hock telah mewakili empat kali kejohanan Piala Thomas mewakili pasukan Tanah Melayu pada 1949, 1952, 1955 dan 1958. Berpasangan dengan ramai pemain lain, beliau pernah kalah sebanyak lapan kali dalam pertandingan beregu, dan memenangi empat daripada lima pertandingan perseorangan. [3]

Menerusi Kejohanan Terbuka Seluruh England, beliau pernah memenangi dua kali pertandingan beregu lelaki pada tahun 1949 (bergandingan bersama Teoh Seng Khoon) dan 1954 (bergandingan dengan Ong Poh Lim). Menerusi kejohanan ini juga, beliau pernah mendapat naib juara apabila tewas di tangan David G. Freeman. [4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mention of Ooi Teik Hock's death
  2. ^ Thomas Cup hero Ooi Teik Hock – the old champ who faded away
  3. ^ Herbert Scheele ed., The International Badminton Federation Handbook for 1967 (Canterbury, Kent, England: J. A. Jennings Ltd. 1967) 66-78.
  4. ^ Scheele, 166-168.