Opah (drama)
Rencana ini mungkin memerlukan penyusunan semula untuk mematuhi Wikipedia garis panduan susun atur. (Julai 2022) |
Dia seorang tua. Pengasih dan penyayang.....
Siapa tidak kenal opah watak yang dicipta oleh A. Wahid Nasir?
Opah bermula dari siri Drama Minggu Ini pada tahun 1983. Pada tahun-tahun berikutnya Opah menjadi siri yang menjadi popular dan salah satu rancangan tunggak RTM. Watak utama dipegang oleh Zaiton Hussain sebagai Opah Kalsom, Khatijah Abu Hassan (Jenab), Zami Ismail (Dollah), Radzali Buyung (Osman), Normala Omar (Timah) isteri Osman, Mohamad Abdullah (Alang Yasin) dan Mustaffa Noor (Amar). Watak cucu-cucu Opah pula dilakonkan oleh Aziz M. Osman (Burn), Nornashriq Nornikman (Bob) dan Asdayanti Daut (Lina).
Siri 'Opah' ini yang disiarkan selama 14 tahun mengutarakan falsafah kekeluargaan berteraskan budaya Melayu berlandaskan ajaran Islam. Opah ditonjolkan sebagai seorang ibu tunggal yang kematian suami berjaya membesarkan empat orang anaknya. yang turut diwarnai oleh ragam cucu-cucunya.
Nilai-nilai murni dalam keluarga Melayu yang dipaparkan melalui drama 'Opah' membawa banyak pengajaran kepada para penonton.[1]
Pelakon[sunting | sunting sumber]
- Zaiton Hussain sebagai Opah Khalsom
- Khatijah Abu Hassan sebagai Jenab
- Zami Ismail sebagai Dollah
- Hana Othman, Hashimah Hashim sebagai Siti
- Roslizah Hussin, Nasliza Nasreen sebagai Zura
- Asdayanti Daut sebagai Lina
- Ismail Fahmi Zami sebagai Amin
- Roosli Hamid, Badrul Muhayat sebagai Hasrul
- Raja Yom Rozilah, Rohani Chik, Kuna Muzani, Lizawati Hamdan, Rosnah Johari sebagai Hawa
- Radzali Buyong sebagai Osman
- Normala Omar sebagai Timah
- Sharifah Shalina, Khaty Azian, Kasmadiana sebagai Khatijah (Khaty)
- Zulkifli M. Osman, Aziz M. Osman, Nor Rashidi Idris, Adam Hamid sebagai Bakar (Burn)
- Noor Nashriq Dadameah sebagai Borhan (Bob)
- Mustapha Noor, Abu Bakar Kasim sebagai Amar
- Yasmin Yusoff sebagai Jessica / Nor Ain
- Mohammad Abdullah sebagai Alang Yasin
- Zainon Latif sebagai Temah
- Hasnifalina Rosni sebagai Kiah
- Norlia Ghani sebagai Joyah
- Alice Voon sebagai Nancy / Aishah
- Izzaidah Khairan sebagai Cikgu Midah
- Nasreen Ngasri sebagai Juriah
- Anita Rafar sebagai Senah
- Raisuddin Hamzah sebagai Harun
- Dian P. Ramlee sebagai Odah
- Ismail Hutson sebagai Johari
- Baharuddin Omar sebagai Anjang
- Jijot Hap, Sarimah Mahran sebagai Salmah Malina
- Masita Aziz sebagai Azizah
- Aida Marina Mohd Yusuf sebagai Shila
- Shukery Hashim sebagai Mahat
- Delimawati sebagai Suhana
- Zulkifli Ismail sebagai Azman
- Aishah Atan sebagai Shida
- Zainol Macwilson sebagai Azhar
- Linda Emily sebagai Alia
- Ismail Din sebagai Encik Naim (Peguam Nor Ain)
- Johan Abdullah sebagai Cameron
- Sharifah Shahora sebagai Zaleha
- Mariati Hussin sebagai Ibu Azman
- Zulkifli Zain sebagai Taib
- Fatimah Yassin sebagai Datin Maimun
- Fetty Dzul sebagai Liza
- Abd Razak Abd Rahman sebagai Pak Brahim
- Rohaya Rahman sebagai Tipah
- Jessica Lim sebagai Misako Kakashi
- Harith Harun sebagai Penyangak
- Mohamad Rahim Rasidin sebagai Penyangak
- Abdul Rashid Jaafar sebagai Penyangak
- Che Berhah Hj. Harun sebagai Penyangak
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Mohd. Saiful Sahak (20 Julai 2019). "Opah cetus fenomena drama kekeluargaan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 10 Julai 2022.