Operasi Haze

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pencemaran udara di Asia Tenggara pada Oktober 1997

Operasi Haze merupakan misi memadam api merentasi sempadan terbesar dalam sejarah yang membabitkan anggota pemadam api Malaysia yang menyeberangi ke Indonesia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Jerebu buat pertama kali muncul dan mengganggu kehidupan seharian di Malaysia pada April 1983. Ketika itu punca jerebu itu masih tidak diketahui dan andaian dibuat bahawa puncanya adalah akibat dari abu terapung dari letusan gunung berapi, zarah asap terapung dari hutan terbakar besar-besaran, pembakaran terbuka pertanian di negeri jiran, dan juga pembakaran pertanian tempatan.[1] Gangguan ini berterusan pada Ogos 1990, dari Jun hingga Oktober 1991, dan berulang setiap tahun sejak 1992 dan melanda pada bulan-bulan Ogos, September, dan Oktober. Kesan jerebu mencapai puncaknya pada tahun 1997 apabila punca jerebu ketika itu diletakkan sepenuhnya pada pembakaran hutan dan perladangan di Sumatra Selatan, Kalimantan, dan beberapa pulau lain di Indonesia dengan langit menjadi kabur dengan pencemaran dari Ogos hingga November tahun itu.

Kesan[sunting | sunting sumber]

Jerebu di Kuala Lumpur.

Menjelang September 1997, kebakaran hutan di Indonesia telah marak di luar kawalan. Kawasan yang terbabit dengan kebarakan telah dianggarkan sebagai bersaiz 4 juta padang bola sepak dan kelihatan malah dari angkasa. Kebakaran hutan Indonesia ini telah menghasilkan awan asap kuning yang kurang menyenangkan yang melemaskan kawasan yang luas di Asia Tenggara, sampai sehingga sejauh utara Australia. Fenomena itu dikenali ringkasnya sebagai – Jerebu. Jutaan orang terpaksa mengenakan topeng dan beratus-ratus kematian dilaporkan di Indonesia, akibat kesan langsung atau tidak langsung kemerosotan kualiti udara.

Kesan Jerebu ini telah menyebabkan Indeks Pencemaran Udara meningkat dengan membimbangkan pada tahap merbahaya. Di negeri Sarawak nombor API ini mencapai tahap rekod. Dalam tempoh hanya enam bulan, 10,000 orang mendapatkan rawatan bagi keadaan berkait dengan Jerebu. Di Malaysia, Perdana Menteri terpaksa mengistiharkan Keadaan Darurat, menutup sekolah, pejabat kerajaan dan banyak kedai di seluruh negara, termasuk bidang pembinaan dan industri yang terhenti sepenuhnya. Jumlah kos keseluruhan Jerebu pada rakyat Malaysia diangarkan RM802 juta atau US$321 juta bagi tempoh antara Ogos hinggo Oktober 1997. Nilai kerosakan GDP akibat Jerebu dianggarkan sekitar 0.30 peratus.[2] Jerebu itu turut menjejaskan output turbin di turbin gas Logi Kuasa Kuala Langat (KLPP), Malaysia. Ia diandaikan bahawa pembakaran turbin gas semasa bebas mencukupi bagi mencapai keadaan pembakaran sempurna. Bagaimanapun semasa tempoh jerubu, jisim udara kemungkinannya mengandungi jumlah oksigen yang kurang yang menjejskan pembakaran sempurna yang perlukan dikekalkan.[3]

Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dr Mahathir Muhammad terdesak untuk mencari penyelesaian.[4] Rancangan yang bijak dicadangkan oleh ketua jabatan bomba dan penyelamat Malaysia untuk menghantar pasukan pemadam api Malaysia ke seberang ke Indonesia.Kesan yang lain juga adalah bahawa alam sekitar telahpun rosak.

Tindakan[sunting | sunting sumber]

Operasi Haze menjadi misi memadam api terbesar dalam sejarah. Pasukan bomba Malaysia berjuang untuk memadamkan api yang melitupi sepanjang Sumatera dan Kalimantan habis-habisan selama lebih dari 25 hari yang memeritkan. Pasukan pemadam api juga berhadapan dengan halangan besar dengan jumlah bilangan api yang dihadapi. Pada kemuncak kebakaran ladang dan hutan yang besar, bilangan titik panas mencecah sehingga 37,938, yang berlaku pada Ogos 1997.[5] Selain itu pelbagai ancaman lain turut dihadapi, seprti, pokok yang kelihatan segar boleh tumbang ke atas mereka bila-bila masa apabila pangkal pokok habis terbakar dijilat api. Kebakaran tanah gambut merupakan ancaman terbesar kepada ahli bomba kerana mereka boleh terjerumus dalam lubang api ketika api marak jauh di dalam tanah.

Di situ, mereka juga berhadapan dengan banyak masalah akibat kekurangan peralatan yang bersesuaian, berhadapan kekurangan sumber air, sehingga masalah mengenal pasti punca api jauh dalam tanah gambut. Akhirnya, selepas 25 hari, mereka berjaya melawan Jerebu cukup untuk mengembalikan penglihatan melihat langit kembali. Dan dengan bantuan hujan monson, ancaman jerebu akhirnya diatasi.

Selepas operasi[sunting | sunting sumber]

Pada pengakhirnya, keseluruhan antara 8 - 10 juta hektar hutan musnah, dianggarkan 40,000 orang mendapatkan rawatan dari hospital dan banyak kematian dilaporkan, sektor perlancongan terjejas teruk dan dianggarkan sehingga 10 juta dolar Amerika Syarikat direkodkan diseluruh region.

Langkah pengurangan masa hadapan[sunting | sunting sumber]

Sebagai sabahagian langkah yang diambil bagi mengelakkan berulangnya Jerubu, Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) meluluskan pembentukan sistem amaran awal dalam Pelan Tindakan Jerubu Region ("Regional Haze Action Plan - RHAP") pada tahun 1998 bagi mengelakkan kebakaran hutan dan jerubu yang terhasil melalui penambah baik polisi pengurusan dan penguat-kuasaan, sebagai contoh melalui Sistem Penilai Bahaya Kebakaran ("Fire Danger Rating System - FDRS")[6]

Sebagai tambahan, Malaysia dan Indonesia bersetuju dengan Kerjasama Malapetaka dan Bantuan yang ditanda tangani oleh H.E. Datuk Seri Mohamed bin Rahmat, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Malapetaka Kebangsaan dan Bantuan dan juga sebagai Menteri Maklumat, bagi pihak Kerajaan Malaysia dan H.E. Dato’ Seri Utama ft. Azwar Anas, Menteri Penyelaras bagi Kebajikan Rakyat dan juga merangkap Pengerusi Badan Penyelaras Pengurusan Malapetaka Kebangsaan Indonesia ("Indonesia National Disaster Management Coordinating Board - BAKORNAS-PB") bagi pihak Kerajaan Indonesia.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "INDONESIA'S FIRES AND HAZE, The Cost of Catastrophe (mise à jour en 2006), sous la direction de David Glover et Timothy Jessup, Chapter 3. Malaysia, Mohd Shahwahid H.O. and Jamal Othman, CRDI/ISEAS 1999, ISBN 9-81230-006-6, e-ISBN 1-55250-332-1, 160 p." Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-12-27. Dicapai pada 2012-04-07.
  2. ^ Indonesia's Fires and Haze: The Cost of Catastrophe By David Glover, Timothy Jessup, page 46
  3. ^ "Effect of Haze on Gas Turbine Output By: Engr. Dr Philip Tan, MIEM, P.Eng , Mr. Loh Tian Ek and Mr. Ng Yan Fu" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2015-06-26. Dicapai pada 2012-04-07.
  4. ^ New Straits Times - Nov 8, 1997
  5. ^ "Climate Solutions: Clearing up the region's hazy future, Fitrian Ardiansyah, Jakarta | Tue, 10/26/2010 10:58 AM". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-07. Dicapai pada 2012-04-07.
  6. ^ OPERATIONAL FDR IN MALAYSIA AND ASSOCIATION OF SOUTHEAST ASIA NATIONS
  7. ^ "Malaysia Country Report 1999, Crisis And Disaster Management Unit, Division For National Security Prime Minister's Department, Putrajaya, MALAYSIA". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-05. Dicapai pada 2012-04-07.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]