Operasi ISA Tawau 2011

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Operasi ISA Tawau 2011 merujuk kepada penahanan 7 rakyat Malaysia dan 6 rakyat Filipina dan suku Bugis, Sulawesi, Indonesia di Tawau, Sabah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 14-16 November 2011. Mereka ditangkap kerana kegiatan militan yang menggunakan Tawau sebagai tempat transit senjata dan dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Omar yang beroperasi dari Kalimantan.Kumpulan itu merekrut warga tempatan dan menghantarnya berlatih di negara jiran.Mereka ditahan bawah Seksyen 73(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.[1] Menteri Dalam Negeri, Dato Hishamuddin Hussein menjelaskan bahawa 13 militan Jemaah Islamiah itu ditahan di Pusat Tahanan Tawau.[2][3]

Pesuruhjaya polis Sabah, Datuk Hamza Taib memaklumkan kes itu dikendalikan oleh pasukan anti pengganas PDRM Bukit Aman diketuai oleh DSP Azman Omar.[4]Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menyatakan bahwa kegiatan anggota militan terbabit jika tidak dibendung boleh mengancam dan menggugat keselamatan negara malah keselamatan rantau ini.Mereka boleh ditahan selama 60 hari dan disambung lagi sehingga 2 tahun.Beberpa laptop dan wang tunai telah dirampas .[5]

Ketua Polis Tawau, Ibrahim Chin tidak memberi sebarang maklumat tetapi media tempatan melaporkan ramai polis berada di sepanjang jalan ke Lapangan Terbang Tawau , berhampiran Apas, lokasi mereka ditahan.

Pada 23 November 2011, Dato Hishammudin Hussein menjelaskan , 13 suspek pengganas Darul Islam itu merancang mahu membunuh ADUN Sabah.Seorang pegawai polis hendak dijadikan tebusan bagi membebaskan komrad mereka.Mereka menjalani latihan gerila di Sulawesi, Indonesia dan telah diajar untuk menghasilkan bom.Ketua kumpulan mereka Abdullah Omar ditahan di Indonesia Julai 2011 dan mula muncul sejak 2006.[6]

Pada 5 November 2011, Inspektur Jenderal Polis Indonesia, Saud Usman Nasution menyatakan Abdullah Omar mengembangkan jaringan mereka hingga ke Jakarta. [7]Ledakan bom rakitan berlaku di Jalan Philip Latumahina, Kelurahan Uritetu, Kecamatan Sirmau, Kota Ambon pada 19 November 2011. Tiada nyawa yang terkorban tetapi dinding restoran Paradiso dan bangunan terapi Nakamura berlubang-lubang.[8]Pasukan Detasemen Khusus 88 Antiteror Polri telah merampas tiga pucuk senjata laras panjang, dua pucuk senjata laras pendek, dan 790 butir peluru untuk tujuan penculikan dan tembakan curi terhadap kumpulan Syiah dan melancarkan Operasi Ightilat. .[9] Mereka sembunyikan senjata dengan menanam senjata berhampiran satu pokok di hutan Universiti Indonesia, Depok.[10]Senjata diseludup memalui Pelabuhan Tanjung Perak,Surabaya.[11]

Mereka yang ditahan[sunting | sunting sumber]

Akhbar Berita Harian dan The New Straits Times melaporkan 11 orang terlibat tetapi Suaram menyatakan jumlahnya 14 orang :

  1. Mohd Nazri Dollah (guru agama)
  2. Yusof Saripuddin (peniaga ayam)
  3. Muhd Adnan Umar
  4. Darto Bandu (guru tuisyen)
  5. Muhd Abduh Umar (pemandu lori)
  6. Faizal Hamma
  7. Joni @ Muadz (pengedar akhbar harian)
  8. Bakar Baba (guru).
  9. MAB, YS, MAU, M bin H, AP, MN bin D, Z bin S, P bin H, S bin A, dan KB.
  10. Adwan, Azmi dan Suriadi - tidak dinyatakan nama penuh dan status pekerjaan mereka.
  11. Ichwan Zulfikar dari selatan Sulawesi.Nama samaran lain ialah Muhammad Ichwan, Abdullah Omar, Zulfikar, Abu Umar, Indra Kusuma, Andi Yunus and Nico Salman.

Kumpulan ini cuba membunuh Menteri Pertahanan Indonesia, Matori Abdul Jalil pada 1999. Brig. Gen. Tito Karnavian pernah menyatakan kumpulan Ichwan ini pernah melakukan serangan bom di Jakarta, Ambon dan Poso. Pada 2005, lima pegawai polis Brimob terbunuh ketika diserang di Loki, Ambon.Penyerangan ini dirancang oleh Djaja alias Asep Dahlan yang kini mendekam di Lapas Porong, Jawa Timur. Asep dikenal sebagai anggota Mujahidin Ambon yang berafiliasi dengan Jamaah Islamiah.

Strategi untuk mencari kader baru ialah dengan mengadakan kelas pengajian al Quran sekitar Jakarta Barat, Tanggerang dan Bekasi .[12]

Menyokong tindakan polis[sunting | sunting sumber]

Chai Kim Sen selaku Setiausaha Agung Pemuda MCA menyokong tindakan menangkap 13 militan JI itu demi keselamatan negara Malaysia, Indonesia dan Filipina . Kiranya tidak dibendung, negara akan terjerumus kepada masalah yang lebih serius seperti di al Qaeda di Timur Tengah.[13]

Bantahan[sunting | sunting sumber]

Pada 17 November 2011, Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh dan Penyelaras NGO hak asasi Suaram, E Nalini sangsi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memansuhkan ISA pada 15 September 2011.[14]


Pemuda PAS Sabah dan Sarawak mendapat maklumat bahawa mereka adalah pendakwah.Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi dan Abang Ahmad Kardee Abang Masagus percaya mereka ditangkap kerana motif politik semata-mata dan langsung tidak mempunyai kaitan dengan Seksyen 73(1) ISA.[15]

Pada 19 November 2011, Dewan Ulama PAS mendesak Datuk Seri Najib Razak memberi penjelasan berkenaan penahanan 13 individu terbabit, dipercayai pengikut atau penyokong parti PAS.Sebahagian daripada mereka dilaporkan rakyat tempatan dan merupakan guru agama. Penolong Setiausaha Dewan Ulama PAS pusat Nazmi Nik Din mendapati penahanan mereka bercanggah dengan perutusan Perdana Menteri sempena sambutan Hari Malaysia pada 15 September 2011.

Semua mereka yang bersalah hendaklah dibicarakan di mahkamah . Seseorang tidak dianggap bersalah kecuali diadili di mahkamah.Dalam Islam ,seseorang itu tidak dianggap bersalah kecuali diadili di mahkamah.Kalau benar Malaysia memperjuangkan Islam, mengapa prinsip semudah itu tidak realisasikan.

PAS sedang berusaha membawa isteri-isteri tahanan terbaru di bawah ISA ke Parlimen bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri.AJK PAS pusat Mazlan Aliman berbincang dengan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)bagi membawa mereka dari Sabah.Sidang Parlimen November 2011 masih berbaki dua minggu.Tangkapan ini jelas menunjukkan sikap hipokrit mereka.Tahanan hendaklah dibicarakan di mahkamah jika benar dakwaan mereka terlibat dengan kumpulan militan . Sehingga kini, isteri mereka tidak tahu mengapa dan kenapa suami mereka ditangkap.Kiranya mereka menggerakkan kumpulan militan seperti didakwa, bawa ke mahkamah.Suhakam dan Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) juga mahu mereka dibebaskan.[16]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Polis sahkan tahan 13 orang bawah ISA
  2. ^ 13 detained in Tawau most dangerous to M'sia and regionRead more: 13 detained in Tawau most dangerous to M'sia and region - Latest - New Straits Times http://www.nst.com.my/latest/13-detained-in-tawau-most-dangerous-to-m-sia-and-region-1.8177#ixzz1eCf6dyXc
  3. ^ IGP: 13 suspected JI members arrested under ISA in Tawau
  4. ^ Sekumpulan lelaki ditahan ISA di Sabah
  5. ^ "10 Islamic activists arrested under ISA in Tawau". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-18. Dicapai pada 2011-11-20.
  6. ^ "Kumpulan 13 ditahan ISA di Sabah rancang bunuh Adun". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-25. Dicapai pada 2011-11-23.
  7. ^ Kelompok Abdullah Omar Kembangkan Sel di Jakarta
  8. ^ Ledakan Bom di Ambon untuk Menakut-Nakuti Warga
  9. ^ Kelompok Abdullah Omar Rencanakan Penculikan
  10. ^ Satu Anggota Kelompok Abdullah Omar Buron
  11. ^ Polisi Malaysia Bekuk Jaringan Abu Umar di Tawau
  12. ^ [Two Alleged Indonesian Terrorists Arrested in Malaysia]
  13. ^ "Sabah arrests condemned as MCA backs ISA action". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-18. Dicapai pada 2011-11-20.
  14. ^ Najib told to release detainees of outgoing ISA[pautan mati kekal]
  15. ^ 'PM perlu malu ISA diguna lagi'
  16. ^ "Dewan Ulama PAS gesa Najib beri penjelasan 13 ditahan ISA". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-20. Dicapai pada 2011-11-20.